Corong jualan yang paling berkesan
Dalam industri pemasaran internet, corong jualan (sales funnel) dibezakan dengan bisnes 5, 6 dan 7 angka. Dengan corong jualan, pendapatan tahunan anda akan meningkat, nilai pelanggan akan meningkat dan pendapatan anda juga meningkat. Persoalannya, ada tak corong jualan yang paling berkesan yang boleh dibuktikan?

Contoh corong jualan yang mudah
Hazli Khalim mahu anda lihat bagaimana corong jualan bagi setiap bisnes di bawah.
1. McDonald. Mereka jual burger, campur air minuman berkarbonat dan kentang goreng kecil atau besar.
2. CJ Wow Shop. Mereka jual 1 produk dalam 1 masa. Kemudian jual produk lain dengan banyak. Pengacara akan jual secara langsung. Selang 5 minit keluar nombor telefon untuk pelanggan buat tempahan. 50 pembeli pertama akan dapat hadiah. Kerja mereka adalah menjual.
Mereka tiada upsell dan downsell tetapi masih ada pembeli. Jualan berjalan tanpa ada corong jualan yang bersimpang-siur. Smart Shop masih boleh bertahan lebih 20 tahun dengan cara ini. Tak perlu ada corong jualan tahap profesional untuk menjual.
3. Seminar. Jika anda pernah hadir ke seminar, penceramah akan buka tawaran pakej yuran RM498 untuk masuk ke kelas pakej perak. Kemudian untuk kelas seterusnya, pakej emas RM4998 pula ditawarkan. Bagi ke program bimbingan, pakej platinum perlu diteruskan dengan yuran RM14,998. Tanpa ada laman web, mereka upsell program secara offline.
Corong jualan ringkas untuk buat jualan
Kebanyakan guru-guru pemasaran internet guna corong jualan yang ringkas ini untuk buat lebih banyak jualan sehingga mencecah jutaan ringgit. Hanya perlu gabungkan video, squeeze page, laman jualan dan pemasaran emel. Ianya sangat berkesan dan terbukti. Contoh paling mudah ialah beri ebook percuma sebagai pendahuluan untuk kumpul data.
Tak perlu guna corong jualan yang berjela-jela. Lagi ringkas corong jualan anda, lagi mudah anda buat lebih banyak wang. Namun begitu, tidak salah untuk menjadi usahawan yang bijak menjual front offer, mid offer dan high end offer dengan berkesan. Lagi banyak wang yang anda dapat. Tanpa aplikasi yang mahal, anda masih boleh buat untung.
Pastinya setiap satu satu jualan ada kaitan antara satu sama lain. Jualan yang melengkapkan jualan yang satu lagi.
ahmadyani recently posted…Abang Sado Jual 1,000 Kek Gedik Hanya Dari Rumah
Alhamdulillah ibu baru tuan beri hari ni, mohn halal
Ibu Zaid recently posted…11 Homestay di Melaka tepi pantai yang cantik dan bersih!
jualan yang ringkas ni buat pelanggan senang tertarik dan mudah faham
nikkhazami recently posted…Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Berjerawat