Dari RM275 Menjadi RM166 Ribu

Mar 19

Dari RM275 menjadi RM166 ribu

Pasti ramai yang sukakan model bisnes dengan modal yang rendah dengan pulangan yang tinggi. Dengan ilmu yang betul, sudah pasti anda boleh mendapat keuntungan yang lumayan. Dari RM275 menjadi RM166 ribu. Perlu diingat ini bukanlah skim cepat kaya atau duduk diam dapat duit. Pelaburan ini menggunakan pembiayaan dari Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Teknik kewangan ini dikongsikan oleh seorang perunding kewangan yang berpengalaman iaitu Redzwan Khairudin.

Katakanlah anda berumur 25 tahun pada masa sekarang. Untuk 30 hingga 30 tahun dari saat ini anda perlu buat simpanan paksaan dengan syarat tidak boleh mengambil duit tersebut dalam masa tersebut. Gunakan RM275 sebagai modal permulaan. Ada dua strategi menyimpan yang bakal anda gunakan iaitu :

  • Sijil Pembiayaan ASB Islamik
  • Pelaburan unit amanah saham patuh syariah

 

Mulakan dengan sijil Pembiayaan ASB Islamik

Pada tahun pertama, mohon sijil pembiayaan berjumlah RM50,000 dengan ansuran bulanan sebanyak RM275 selama 30 tahun. Kadar caj bank ialah 5.2% dengan dividen ASB sebanyak 7.25%. Setahun bayaran anda kepada bank ialah RM3,300.  Dividen yang bakal anda terima ialah RM3,625. Gunakan RM3,300 untuk selesaikan komitmen sijil kedua.

Baki dividen sebanyak RM325 jangan diapa-apakan. Bila tiba hujung tahun pertama, mohon untuk sijil ASB kedua dengan memastikan waktu tersebut dividen sudah terkumpul pada bulan Januari tahun kedua.

Pada tahun kedua, sijil kedua yang dipohon menerusi pembiayaan ASB mestilah berjumlah RM50,000. Ambil tempoh 30 tahun untuk diselesaikan. Sebahagian daripada dividen tahun pertama anda gunakan untuk menjelaskan komitmen sijil kedua selama setahun. Lebihan dividen RM325 disimpan dan jangan dibelanjakan.

Sijil yang kedua dikenakan caj bank sebanyak 5.2% selama 30 tahun. Dividen ASB pula sebanyak 7.25%. Setahun anda perlu bayar RM3,300. Dividen tahun kedua sebanyak RM7,274 dibelanjakan untuk selesaikan bayaran sijil kedua dan ketiga berjumlah RM6,600. Masih ada baki RM674. Simpan dan jangan dikeluarkan.

Pada hujung tahun kedua, pastikan dividen sudah terkumpul pada bulan Januari tahun ketiga. Pada tahun yang sama tambah pinjaman ASB berjumlah RM50,000. Ambil ansuran selama 30 tahun. Sebahagian dari dividen yang tersimpan pada tahun kedua digunakan untuk menyelesaikan komitmen tahunan sijil kedua dan sijil ketiga bagi tempoh setahun. Simpan baki RM674.

Nilai sijil ketiga anda ialah RM50,000. Dengan caj bank sebanyak 5.2%, ambil ansuran selama 30 tahun. Bayaran secara tahunan dikira sebagai RM3,300. Dividen ASB dikira pada kadar 7.25%. Jumlah dividen pada tahun ketiga ialah RM10,947. Gunakan ia untuk selesaikan komitmen sijil kedua, ketiga dan keempat sebanyak RM9,900. Masih ada baki RM1,047.

Pada penghujung tahun ketiga, mohon sijil yang keempat. Pastikan dividen anda mula terkumpul pada tahun keempat di bulan Januari. Tahun yang keempat ini mohon lagi pinjaman ASB sebanyak RM50,000.

Tiba sahaja tahun keempat, tambah sijil pembiayaan keempat yang bernilai RM50,000. Bayar ansuran selama 30 tahun. Dividen yang anda kumpul sebelum ini pada tahun ketiga digunakan untuk menjelaskan bayaran tahunan sijil kedua, ketiga dan keempat bagi tempoh setahun. Simpan baki dividen sebanyak RM1,047.

Nilai sijil keempat ASB anda ialah RM50,000 dengan caj keuntungan bank sebanyak 5.2%. dividen tahunan ASB dikira atas 7.25% dengan tempoh selama 30 tahun. Komitmen anda setahun ialah RM3,300. Jumlah dividen ASB pada tahun keempat ialah RM14,648. Gunakan jumlah tersebut untuk melunaskan komitmen sijil ASB kedua, ketiga dan keempat yang berjumlah RM9,900. Simpan baki dividen tahun keempat RM4,748.

Hingga ke peringkat ini, sijil ASB tidak lagi boleh ditambah kerana sudah mencapai jumlah RM200,000. Ulangi pengiraan pada tahun keempat untuk tahun kelima sehingga tahun ke sembilan. Baki dividen ASB adalah seperti berikut :

  • Tahun kelima RM5,093 (simpan)
  • Tahun keenam RM5,461 (simpan)
  • Tahun ketujuh RM5,858 (simpan)
  • Tahun kelapan RM6,282 (simpan)
  • Tahun kesembilan RM6,738 (simpan)

 

Tahun akhir sekali iaitu tahun kesepuluh, anda akan menerima dividen di akhir tahun. Kaedah pengiraan dividen adalah seperti berikut :

7.25% x ([RM50,000 x 4] + RM325 + RM674 + RM1,047 + RM4,748 + RM5,093 + RM5,461 + RM5,858 + RM6,282 + RM6,738) x 12/12 akan dapat RM17,126. Jangan belanjakan wang ini.

Kemudian anda boleh batalkan keseluruhan perjanjian 4 sijil ASB RM50,000 setiap satu sijil. Bank akan kembalikan seluruh nilai wang pokok atau surrender value yang anda bayar sepanjang tempoh 10 tahun.

Berikut adalah kiraan yang anda perlu tahu :

  • Sijil pertama RM50,000 pada bulan ke 120 bernilai RM9,086. RM50,000 – RM40,913 = RM9,086
  • Sijil kedua yang bernilai RM50,000 pada bulan ke 108 bernilai RM7,952. RM50,000 – RM442,048 = RM7,952
  • Sijil ketiga yang bernilai RM50,000 pada bulan ke 96 bernilai RM6,874. RM50,000 – RM43,126 = RM6,874
  • Sijil keempat yang bernilai RM50,000 pada bulan ke 84 bernilai RM5,851. RM50,000 – RM44,149 = RM5,851

 

Jumlah keseluruhan simpanan ASB

1. Jumlah dividen berbaki (tahun 1 hingga 9)
RM325 + RM674 + RM1,047 + RM4,748 + RM5,093 + RM5,461 + RM5,858 + RM6,282 + RM6,738 berjumlah RM36,226

2. Jumlah dividen tahun ke 10
7.25% x ([RM50,000 x 4] + RM325 + RM674 + RM1,047 + RM4,748 + RM5,093 + RM5,461 + RM5,858 + RM6,282 + RM6,738) x 12/12
= RM17,126

3. Jumlah nilai serahan [sijil 1 – sijil 4]
= RM9,86 + RM7,952 + RM6,874 + RM5,851
= RM29,763

Jumlah keseluruhan
= [Jumlah dividen berbaki tahun 1 sehingga tahun 9] + dividen tahun 10 + [jumlah nilai serahan sijil 1 sehingga sijil 4]
= RM36,226 + RM17,126 + RM29,763
= RM83,115

 

Bermula dengan 1 sijil pembiayaan dengan wang RM275 sebulan sehingga 10 tahun, simpanan sebanyak RM83,115 berjaya dikumpulkan. Jika anda simpan RM275 sebulan tanpa pembiayaan ASB, belum tentu anda boleh dapat sejumlah simpanan sedemikian. Jika simpan sendiri RM275 x 10 tahun x 12 bulan cuma dapat RM33,000 sahaja.

Dengan pembiayaan ASB, anda boleh dapat lebihan RM50,115 lagi. Anda boleh ajak pasangan anda untuk buat pembiayaan ASB dan guna cara yang sama untuk dapat RM83,115. Selepas 10 tahun, anda boleh dapat RM166,230.

 

dari RM275 menjadi RM166 ribu

Simpanan anda hari ini menentukan masa depan kewangan anda.

 

Teruskan dengan pelaburan unit amanah saham

Seterusnya, anda pilih unit amanah patuh syariah untuk laburkan wang RM166,230 tersebut atas satu nama. Selepas kerja 10 tahun dan dapat gaji yang lebih stabil, anda boleh teruskan teknik menyimpan dengan modal RM275 ini.

Bermula dengan RM166,230 kemudian ditambah dengan Regular Saving Plan (RSP) sebanyak RM550 untuk 25 tahun, maka anda bakal mendapat RM2.75 juta jika mendapat pulangan purata 10% setahun. 15 tahun kemudian anda boleh berbelanja sebanyak RM15,277 untuk keluarga.

Jika pulangan tahunan yang anda terima ialah 12%, maka anggaran pulangan yang bakal anda terima ialah RM4.32 juta. Belanja yang boleh digunakan untuk keluarga anda ialah RM24,016 sebulan.

Jika pulangan tahunan anda ialah 15%, maka anda bakal menerima RM8.68 juta atau belanja bulanan sebanyak RM48,277 sebulan.

Harus anda ingat semua pulangan yang ditulis ini adalah bergantung kepada unit amanah yang menguruskan wang anda. Menurut rekod pencapaian, pulangan sebanyak 10% – 15% ini boleh dicapai dan diuruskan. Dapatkan nasihat dari konsultan unit amanah yang berdaftar sebelum membuat apa-apa pelaburan.

 

Jika tidak pasti bagaimana nak mula dengan ASB, sila rujuk panduan pengurusan kewangan sekarang juga.

6 comments

  1. menarik perkongsian entry ni…. thanks
    Wan Syahida recently posted…Telomere Study Vivix Yang Memenangi Hadiah Nobel Dalam Kategori PerubatanMy Profile

  2. Masalah dengan orang sekarang ni ialah tak sabar.. Itu la mereka tak suka nak buat pelaburan jangka panjang ni..

    Mereka lebih suka melabur dengan agen2 skim cepat kaya.. yang kononnya memberi pulangan besar dan cepat.. Akhirnya kecundang dengan hutang2..

    Pelaburan jangka panjang walaupun ambil masa tapi ianya lebih selamat dan menguntungkan
    dedauncomel.com recently posted…Tips dan Cara Ringkas Menurunkan Berat Badan Dengan SihatMy Profile

  3. saya pun baru tahu tentang ASB Islamik…

    info dan idea yang brilliant nie..
    Hero Borneo recently posted…Rahsia Jadi Kaya Terbongkar Selepas 30 HariMy Profile

  4. Oh, dah ada ASB Islamik ya, sangat menarik cara penyimpanan wang yang disarankan
    Noriza Abdul Rahman recently posted…DETOKS? Boleh ke Buang Toksin Dalam Badan Kita?My Profile

  5. Jangan terkejut kalau saya katakan ada yang gagal dengan teknik ASB ini. Puncanya ialah emosi. Guna dulu bulan ini, bulan depan cover balik. Akhirnya tak dapat nak cover. Bunga habis, pokok pun kena tebang.

    Untuk guna teknik ini, kita kena anggap duit itu bukan duit kita, selagi belum habis tempohnya. Displin.

    Ingat “memerlukan keazaman yang tinggi”. Semoga berjaya.
    Azwan recently posted…Kaweco Ice Sport Rollerball; pembelian atas talian.My Profile

    • ikhwanfahmi /

      Asalnya nak buat simpanan secara paksa, silapnya berbelanja secara sukarela.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.