Kehidupan

Demi Anak Sanggup Bersesak Di Karnival

Demi anak sanggup bersesak di karnival

Anak sulung kami memang suka menonton siri kartun Upin dan Ipin. Setiap hari tengok tanpa rasa jemu. Saya sebagai ayah memang tak nak menghampakan harapan si anak, siap beli DVD Upin dan Ipin. Tak cukup dengan itu, siap download video dari Youtube. Satu hari kami terlihat iklan karnival Upin dan Ipin yang bakal diadakan di Putrajaya. Bermula hari Jumaat sampai Ahad. Kami rancang untuk pergi hari Jumaat. Demi anak sanggup bersesak di karnival.

 

demi anak sanggup bersesak di karnival
Bergambar sebelum masuk dewan.

 

Datang awal elak kesesakan

Kami boleh agak hari Sabtu dan Ahad mesti lebih meriah dan sesak. Pengunjung dari seluruh Malaysia bakal memenuhi Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebab iklan pun sudah tersebar di televisyen setiap hari. Sekali tengok tak apa, kalau sudah 10 kali tengok anak pun tak boleh duduk diam. Sekali sekala kena bawa anak jalan-jalan, bercampur dengan orang ramai. Tahu macam mana kondisi masyarakat di luar. Baru minda berkembang maju. Menonton televisyen sahaja tak cukup.

 

Ultraman Ribut tarik minat pengunjung

Apa yang menarik dalam karnival ini bukan setakat Upin dan Ipin, tapi penampilan watak superhero Ultraman. Les Copaque (Malaysia) dan Tsuburaya (Jepun) buat satu usahasama untuk tampilkan Ultraman Ribut dalam 3 episod Upin dan Ipin. Seperti yang kita tahu, Ultraman bukanlah satu cerita baru. Sejak tahun 1966 lagi ia sudah wujud.

Meski pun datang pada hari Jumaat, pengunjung tetap ramai. Bukan saya seorang saja yang gendong anak, tapi ramai lagi ibu bapa yang buat perkara yang sama. Lepas habis Ultraman beraksi, pengacara turut membuat pengumuman anak-anak yang hilang di pentas. Macam-macam ragam!

Sebelum balik, sempat juga kami bergambar di sebahagian booth dan mendapatkan cenderahati untuk anak-anak buah. Datang saja tak bermakna, kena bagi hadiah pada yang tak berpeluang. Sekurang-kurangnya ada tanda ingatan. Masa kami bertolak pulang, memang sesak dengan kenderaan lain yang baru sahaja nak masuk ke Putrajaya. Ini baru hari Jumaat, hari Sabtu dan Ahad tak tahulah macam mana.

4 thoughts on “Demi Anak Sanggup Bersesak Di Karnival”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.