DSR tinggi tapi pinjaman lulus
Bila Debt Service Ratio (DSR) tinggi, bagaimana nak mohon pinjaman dari bank? DSR tinggi tapi pinjaman lulus bukan sesuatu yang mustahil. DSR setinggi 90% boleh lulus bergantung pada tabiat menyimpan anda. Berikut adalah tips yang dikongsikan oleh Bella Leana untuk pastikan pinjaman yang dipohon lulus dengan cemerlang.
1. Tabiat menyimpan. Contoh paling mudah anda ada simpanan dari pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Pinjaman ASB anda sudah mencapai tahap maksimum RM200,000. Pinjaman ASB2 juga sudah penuh. Dalam Tabung Haji turut ada simpanan. Selain itu anda juga ada simpanan dalam unit amanah contohnya Public Mutual.
Baki gaji anda pula masih ada RM1,000 sementara menunggu gaji baru masuk di esok hari. Tunjukkan baki simpanan Tabung Haji, ASB dan kad kredit secara minimum kepada pegawai bank untuk membantu permohonan pinjaman anda. Pastikan kad kredit tidak digunakan sehingga mencecah 70% had kredit.
2. Baki wang lepas tolak komitmen. Lepas wang ditolak dari komitmen mempengaruhi permohonan pinjaman anda. Meski pun DSR rendah tapi baki wang anda sedikit, permohonan pinjaman belum tentu akan berjaya. Simpanan anda masih berbaki RM3,000 lepas tolak belanja dari komitmen. DSR tinggi tapi pinjaman masih boleh diluluskan.
Wang simpanan dalam bank turut mempengaruhi pinjaman. Lagi 10 hari sebelum gaji, simpanan bank anda menunjukkan baki RM20. Ingat, pastikan masih ada baki sekurang-kurangnya RM1,000 dalam akaun.
3. Deposit tetap. Anda boleh cagarkan deposit tetap (fix deposit) sebagai sekuriti kepada pihak bank untuk pembayaran semula pinjaman. Pihak bank mahukan bayaran sekuriti dari 6 ke 12 bulan ansuran atau RM10,000 kepada pinjaman anda. Deposit tetap anda tidak boleh dikeluarkan sehinggalah pinjaman dilangsaikan.
Lepas beberapa tahun, barulah anda boleh mohon untuk keluarkan deposit tetap anda. Mohon pembiayaan semula pinjaman dengan sertakan slip gaji 3 bulan. Bank akan mengira semula DSR anda.

Jika anda mempunyai wang tunai, itu adalah kekuatan sebenar anda. Tidak perlu tunggu akaun bank anda mencecah jutaan ringgit baru nampak gagah. Cantikkan akaun bank anda dan sediakan angka yang boleh menawan hati pihak bank. Barulah permohonan pinjaman anda boleh lulus.
Tips ini anda boleh gunakan semasa memohon pinjaman rumah dan pinjaman kereta. Untuk lebih banyak panduan menguruskan kewangan, sila rujuk kepada panduan pengurusan kewangan dan hartanah sekarang.
Aliran tunai yang stabil dan fix deposit berjuta-juta sedap sikit hidup dalam dunia yang fana ini..
tak perlu pinjaman untuk beli barang…
mrhanafi recently posted…5 Punca Kalah Teruk Dalam Contest SEO
Apa yang penting pastikan membuat bayaran pinjaman setiap bulan dan seboleh-bolehnya jangan biarkan membuat bayaran lebih dari tarikh yang telah dipersetujui. Ianya juga boleh memberi kesan kepada DSR.
AhmadiKatu recently posted…Pengalaman Dikongsi – Baik Atau Buruknya Diambil Sebagai Pengajaran
Bagus tips yang tuan berikan ni. Terima kasih banyak. Boleh ikut kalau nak buat pinjaman
Mazni Azmi recently posted…Set berpantang terbaik? Ini 11 Cara memilih produk terbaik untuk pantang bersalin!