Bisnes

Encik Titan Kesal Dengan Gathering 2014

Encik Titan kesal dengan Gathering 2014

Semasa Gathering 2014 yang dianjurkan oleh Tim Infokerjaya, ramai jemputan telah hadir. Dari 90 orang yang mendaftar online, 76 orang telah berjaya hadir walau pun hujan lebat di pagi hari. Di antaranya ialah nama-nama besar dalam bidang usahawan internet iaitu Zeo Unic, Suhairi Shaffie, Jamal Sifu FB Ads, Akma Omar, Tok Putih, Hasrul Hassan, Akubiomed, Prof Hariz dan ramai lagi. Tidak terkecuali bloggers terkenal dari Denaihati Network dan juga affiliate Tim Infokerjaya iaitu Encik Titan.

 

 

Bukan calang-calang bloggers

Beliau adalah seorang bloggers yang aktif dalam bidang penulisan dan menjadi tempat rujukan kepada bloggers untuk mendapatkan perkongsian ilmu blogging. Beliau merupakan seorang guru sekolah dan pernah dinobatkan sebagai pemenang dalam sebuah pertandingan niche blogging. Beliau bermula sejak 2003 hingga sekarang. Beliau pernah mendapat banyak tawaran advertorial, review berbayar, memenangi anugerah dan pertandingan serta ditawarkan menjadi panel dalam seminar.

Semasa waktu rehat, ramai hadirin yang mengambil kesempatan untuk bertegur sapa dengan sahabat-sahabat yang hadir. Selain bertanya khabar, mereka juga bertukar-tukar pandangan tentang pengalaman dan ilmu pengetahuan masing-masing. Tidak ada istilah newbie atau oldtimer pada hari tersebut. Masing-masing dengan kemahiran yang tersendiri.

 

Kitab Merah Jambu laku keras

Encik Titan juga kesal kerana ebook tersebut telah menjadi sasaran kebanyakan usahawan internet termasuklah bloggers. Menurut beliau, selepas membeli ebook tersebut, kebanyakan mereka telah mengaplikasikan teknik dan strategi yang beliau kongsikan di dalamnya. Rahsia besar Encik Titan iaitu komisyen affiliate dari Tim Infokerjaya juga sudah terdedah. Jadi sekarang Encik Titan terpaksa berkongsi potongan kek dengan usahawan internet yang lain.

Kata Encik Titan, kalau tahu awal-awal lagi beliau takkan menulis ebook tersebut, sambil ketawa kecil.

16 thoughts on “Encik Titan Kesal Dengan Gathering 2014”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.