Hartanah

Gaji Rendah Mampu Beli Rumah

Gaji rendah mampu beli rumah

Biasanya pembelian rumah menggunakan konsep sewa beli di mana pembeli akan membuat permohonan untuk pinjaman perumahan. Setiap permohonan pinjaman perumahan tidak sama dan berbeza-beza mengikut kemampuan pemohon serta bergantung kepada beberapa faktor. Oleh itu anda perlu bijak mengukur kemampuan pinjaman perumahan masing-masing.

Seorang anak muda yang berpengalaman dalam hal-ehwal kewangan, Amir Syahir ada menyenaraikan 3 panduan asas untuk semakan kelayakan pinjaman wang dari bank.

 

gaji-rendah-mampu-beli-rumah
Gaji rendah boleh beli rumah bila anda tahu uruskan wang anda.

 

1. Semak Central Credit Reference Information System (CCRIS). CCRIS adalah rekod pembayaran pinjaman yang anda miliki. Pinjaman peribadi, pinjaman sewa beli kereta, kad kredit dan pinjaman perumahan dimasukkan dalam CCRIS. Ia akan menjadi rujukan untuk pihak bank meluluskan permohonan pinjaman anda. Bank Negara Malaysia menyediakan servis untuk menyemak CCRIS.

2. Credit Tip Off Service (CTOS). Mereka yang tersenarai dalam CTOS adalah orang yang mempunyai hutang tertunggak. Menjadi penjamin turut berisiko untuk tersenarai dalam CTOS. Selesaikan tunggakan hutang anda jika sudah tersenarai dalam CTOS.

3. Debt Service Ratio (DSR). Ia merupakah nisbah hutang pada pendapatan anda. Tinggi nisbah DSR, semakin tinggilah komitmen anda. Bank menggunakan DSR untuk menentukan pembiayaan yang layak anda terima. Pengiraan DSR tidak sama bagi setiap bank.

Katakan gaji anda ialah RM2,000. Anda tiada hutang pinjaman peribadi, tiada hutang kereta dan tiada kad kredit. Rumah yang layak anda beli bernilai RM130,000 dengan ansuran bulanan RM600. RM600 bahagi RM2,000 darab 100 bersamaan 30%.

Sebahagian besar bank menetapkan DSR sehingga 60% untuk gaji di bawah RM3,000. DSR pada aras 30% layak mendapat pinjaman perumahan. Inilah rahsia mereka yang bergaji rendah mampu membeli rumah. Jika gaji sebulan RM3,000 tapi banyak komitmen memang sukar nak dapatkan pinjaman bank.

Selain hutang dari institusi kewangan seperti bank, ia tidak dikira sebagai komitmen bulanan. DSR yang mencapai 60% hingga 70% tidak layak membeli rumah bernilai RM130,000.

 

Pelan tindakan untuk tingkatkan pendapatan

Senaraikan beberapa dokumen sebagai sokongan untuk meningkatkan pendapatan anda. Senarai di bawah adalah sebagai contoh :

1. Amanah Saham Bumiputera (ASB)
2. Tabung Haji
3. Akaun simpanan tetap
4. Perjanjian sewaan
5. Akaun simpanan emas atau perak

Tiada langsung rekod CCRIS menyukarkan pihak bank memberi pinjaman kepada anda. Jika usia anda sudah lebih 30 tahun pun sukar untuk mendapat pinjaman, jadi apa lagi sebab bank menolak permohonan pinjaman anda?

 

Mengapa permohonan pinjaman ditolak?

Di antara sebab pihak bank tidak meluluskan pinjaman adalah seperti berikut :

1. Tidak mempunyai rekod CCRIS yang baik. Rekod pembayaran balik pinjaman tidak konsisten. Sekejap bayar awal sekejap bayar lewat.

2. Disenaraikan dalam CTOS. Tanpa sedar nama anda disenaraihitamkan. Anda mungkin pernah jadi penjamin kepada hutang orang lain.

3. Kekuatan kewangan. Bank mengutamakan pinjaman kepada mereka yang mampu. Jika tidak mampu bayar balik, maka bank juga yang akan rugi.

4. Profail individu. Tanpa dokumen yang lengkap akan menyusahkan pegawai bank. Pastikan anda memberi maklumat peribadi, pekerjaan, nombor telefon pejabat, nama dan alamat syarikat, taraf pendidikan dan surat pengesahan jawatan.

5. Kerjaya. Pastinya bank akan melihat kerjaya anda. Selama mana anda bekerja dan di mana syarikat anda. Jika anda kerja kerajaan pastinya tiada masalah.

6. Profail kewangan. Berikut adalah senarai profail kewangan yang anda perlu sediakan :

  • Pendapatan seperti gaji, elaun, komisyen dan pendapatan sampingan.
  • Komitmen seperti hutang peribadi, hutang kereta, kad kredit dan pinjaman koperasi.
  • Pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB), emas, perak dan unit amanah.
  • Simpanan bank, tabung haji dan KWSP.
  • Cukai atau zakat.
  • Bukti pendapatan, pelaburan dan simpanan

7. Lokasi hartanah. Sebahagian pinjaman perumahan tidak diluluskan kerana lokasinya di tempat yang agak terpencil. Selain itu, pemaju yang bermasalah turut menyumbang kepada kegagalan mendapat pinjaman perumahan.

8. Skor kredit. Ia dinilai berdasarkan analisis kepada bayaran semula berpandukan rekod CCRIS. Di antara perkara yang perlu dilihat ialah penggunaan kad kredit yang melebihi had, jumlah kad kredit dan bagaimana corak pembayaran semula.

 

6 tips memilih hartanah idaman

Biasanya rumah yang dibeli akan meningkat nilainya dalam masa beberapa tahun selepas ianya disiapkan. Sama ada dibeli untuk duduk atau disewakan, anda harus bijak mencari tips memilih hartanah idaman supaya tidak kerugian di masa hadapan. Menurut Amir Syahir, jika ia dibeli dengan nilai RM130,000 dan selepas 5 tahun menjadi RM300,000 pasti ia menjadi aset yang bernilai.

Di antara faktor-faktor yang perlu diambil kira ialah :

1. Lokasi yang betul. Ada sebahagian tempat memberi pulangan hartanah yang lumayan seperti kawasan yang mempunyai pengangkutan awam, penduduk yang pesat, pejabat kerajaan, berhampiran dengan sekolah, kolej atau universiti, hospital, pusat membeli belah dan kawasan industri.

2. Keselamatan kawasan. Kemudahan seperti keselamatan yang dikawal oleh pengawal, CCTV, kad sekuriti dan berhampiran dengan Balai Polis akan memberi kelebihan kepada hartanah anda untuk dijual di masa yang akan datang.

3. Jiran tempatan. Jika anda berjiran dengan orang tempatan, itu lebih selesa daripada berjiran dengan warga asing.

4. Geografi. Kawasan yang kerap dilanda banjir, tanah runtuh dan berhampiran dengan tapak pelupusan sampah akan menurunkan nilai hartanah tersebut.

5. Kemudahan trafik. Adanya perkhidmatan bas, LRT, komuter dan lebuh raya akan melonjakkan nilai hartanah dengan lebih pantas.

6. Kemudahan prasarana. Wujudkan restoran, kedai makan, bangunan bisnes, pasaraya dan bank menambah nilai bagi hartanah anda.

Jika anda perlukan rujukan lengkap untuk membeli rumah, sila rujuk panduan uruskan kewangan dan hartanah yang menghimpunkan pengalaman-pengalaman pelabur hartanah yang berwibawa dan boleh dijadikan panduan untuk anda membeli rumah.

5 thoughts on “Gaji Rendah Mampu Beli Rumah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.