Bisnes

Gaji RM10 Ribu Sebulan Dengan Bisnes

Gaji RM10 ribu sebulan dengan bisnes

Buat bisnes memang nampak mudah, tapi nak pastikan aliran tunai sentiasa positif memang mencabar. Banyak komitmen syarikat yang perlu diberi perhatian, contohnya gaji staf, sewa kedai, bil elektrik, bil air dan kos operasi. Nak dapat gaji RM10 ribu sebulan dengan bisnes pun belum tentu boleh dicapai.

Mohd Alif Haiqal ada kongsikan tips bagaimana pemilik bisnes boleh capai gaji RM10,000 sebulan. Asas untuk memahami perkara ini ialah bagaimana anda membahagikan untung kasar jualan produk dengan tepat.

 

gaji-RM10-ribu-sebulan-dengan-bisnes
Kewangan syarikat bergantung kepada aktiviti pemasaran yang betul.

 

Formula pendapatan dengan FB Ads

Contoh ini dikaitkan dengan Facebook Ads atau FB Ads. Anda perlu bahagikan kos kepada, kos untuk dapatkan satu jualan produk, kos operasi, keuntungan bisnes, gaji untuk staf dan gaji diri sendiri.

Jika kos produk ialah RM50, letak harga jualan sebanyak RM100. Margin RM50 anda bahagikan kepada :

1. RM20 untuk kos jualan, FB Ads bernilai RM20 boleh dapatkan satu unit jualan.
2. RM10 untuk kos operasi.
3. RM5 untuk bayar gaji staf, gaji RM3,000 kena jual 600 unit.
4. RM10 untuk untung bisnes, penting untuk besarkan bisnes anda.
5. RM5 untuk gaji anda, untuk gaji RM10,000 perlu ada 2,000 jualan sebulan. Jika mahu gaji RM20,000 maka perlu ada 4,000 jualan sebulan.

 

Bayar gaji staf dengan bonus

Untuk dapat jualan 4,000 unit, kos pemasaran yang perlu dikeluarkan ialah RM20 x 4,000 = RM80,000. Untuk memastikan anda dapat, fokus pada stratei Upsell. Jaga pelanggan anda supaya dapat memanjangkan jangka hayat pembelian mereka.

Jika anda mempunyai untung dalam bisnes contohnya RM40,000 (RM10 x 4,000 unit), anda boleh gunakan formula ini untuk mengembangkan lagi bisnes anda. Jika gaji RM1,500 untuk staf masih boleh tambah bonus contohnya RM20,000 jika capai 4,000 unit x RM5. Sebagai majikan, anda pantau satu jualan di bawah kos RM20.

Anda hanya perlu pantau FB Ads dan staf anda buat jualan 4,000 unit.

 

18 thoughts on “Gaji RM10 Ribu Sebulan Dengan Bisnes”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.