Gaji RM3 ribu beli 4 buah rumah
Bila anda kerja dengan gaji permulaan di bawah RM2,000 pasti ada cabaran untuk membeli rumah. Mungkin anda boleh beli sebuah rumah sahaja dengan gaji tersebut. Tetapi bila anda ada gaji yang lebih tinggi, anda boleh beli lebih dari sebuah rumah atau dengan gaji RM3 ribu beli 4 buah rumah secara terancang. Ini adalah teknik yang dikongsikan oleh Harith Faisal di status Facebooknya.

Rahsia beli 4 buah rumah
Sukar untuk dipercayai dengan gaji RM3,000 boleh beli sampai 4 buah rumah apartmen. Setiap rumah bernilai RM200,000 paling kurang. Ansuran bulanan setiap rumah ialah RM1,000. 4 buah rumah sudah RM4,000. Gaji RM3,000 tolak komitmen rumah RM4,000 = -RM1,000.
Ya, sewakan rumah pertama supaya gaji anda selamat dari membayar ansuran setiap bulan. Matikan perjanjian sewaan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya ia diiktiraf sebagai bukti pendapatan tambahan anda.
Mati setem di LHDN
Perjanjian sewaan ini harus anda sertakan bila memohon pembiayaan dari bank. Rumah yang disewakan itu haruslah melepasi tempoh 6 bulan sewaan. Rumah pertama anda beli dengan ansuran RM1,000 dan sewakan pada kadar RM1,100 sebulan.
Komitmen anda pada masa itu ialah RM1,000 dari RM3,000 atau 33.33%. Bank akan luluskan pembiayaan anda.
Kemudian anda beli rumah yang kedua. Pendapatan anda sekarang ialah sekarang ialah RM3,000 + sewa RM1,100 = RM4,100. Komitmen rumah pertama ialah RM1,000 dan rumah kedua ialah RM1,000.
Jumlah komitmen anda ialah RM2,000 untuk 2 buah rumah dengan 48.78% dari pendapatan RM4,100 anda. Sewakan rumah kedua dengan kadar RM1,100 sebulan. Jangan lupa matikan setem di LHDN.
Seterusnya anda beli rumah yang ketiga. pendapatan anda sekarang ialah RM3,000 + sewa RM1,100 + RM1,100 = RM5,200. Komitmen rumah pertama RM1,000, rumah kedua ialah RM1,000 dan rumah ketiga ialah RM1,100.
Komitmen untuk 3 buah rumah adalah 57.69% daripada jumlah pendapatan RM5,200. Permohonan pembiayaan rumah ketiga lulus tanpa sebarang masalah. Sewakan rumah ketiga ini dengan kadar RM1,100 juga.
Kini pendapatan anda ialah RM3,000 + RM1,100 + RM1,100 + RM1,000 = RM6,300. Dengan pendapatan ini, anda boleh beli rumah yang keempat. Dengan ansuran bulanan RM1,000 komitmen anda kini adalah 63.49%.
Kelebihan mati setem
Perjanjian sewaan yang dibuat memberi kelebihan seperti bukti pendapatan pemilik rumah dan menjaga hak milik di antara penyewa dan pemilik rumah. Harus anda ingat, bukan semua bank menerima 100% pendapatan rumah sewa anda. Ada yang menerima 80% dan ada yang 50% sahaja.
Jika anda perlukan rujukan, sila rujuk kepada panduan pelaburan hartanah yang terkini.
kalau ada empat buah rumah…memang sangat bagus dan terbaik tuan…
agak-agak kalau ada 4 buah rumah boleh kahwin 4 juga la..
secara lagiknya begitu tetapi gaji RM3K mana cukup kecuali RM300K sebulan..
mrhanafi recently posted…Doa Cepat Kaya Dan Murah Rezeki
perkongsian yang bijak..
JMR recently posted…Tsim Sha Tsui & Mong Kok, Hong Kong
Memang perlu utk kita uruskan kewangan dgn baik.
Kauthar mohd recently posted…Kenapa Kena Pakai Krim Malam Setiap Hari.