Bisnes

Gaji RM5000 Tapi Ada 12 Syarikat

Gaji RM5000 tapi ada 12 syarikat

Seorang pemuda bersama ibunya baru balik dari menziarahi kubur bapanya. Selesai parker kereta Porshe Macan berkasut Louis Vuitton itu nampak bersahaja dengan baju Ralph Laurennya. Beliau merupakan usahawan dengan gaji RM5000 tapi ada 12 syarikat yang dikendalikannya. Dengan jam tangan Omega De Ville bernilai RM20,000 yang dipakainya menunjukkan beliau seorang yang hebat.

Seorang anak muda yang melihat beliau cuba mengorek rahsia. Tanpa keberatan, beliau memulakan perkongsiannya. Beliau adalah seorang usahawan dengan memiliki 12 syarikat. Meski pun memiliki syarikat yang banyak, beliau cuma ambil gaji RM5000 sahaja sebulan. Agak meragukan dengan gaji sebanyak itu boleh menaiki kereta mewah dengan aksesori bernilai puluhan ribu ringgit.

Menurut beliau, kebanyakan harta benda yang diterima hari ini merupakan pemberian syarikat. Gaji yang tinggi hanya akan dikenakan cukai. Jika gaji bulanan RM15,000 cukai yang dikenakan ialah 25% sebelum berbelanja. Wang yang diberi pada ibu bapa, baiki kereta dan makan semuanya dikenakan cukai.

 

gaji-RM5000-tapi-ada-12-syarikat
Apa rahsia gaji RM5,000 tapi boleh pakai kereta mewah?

 

Tips untuk kurangkan cukai

Lain halnya dengan cukai syarikat yang dikira selepas berbelanja. Cukai dikenakan jika ada keuntungan. Jika rugi tak perlu bayar cukai. Oleh itu biarlah syarikat yang membiayai belanjawan harian. Ianya tidak akan dikenakan cukai.

Lebihan wang dari satu syarikat akan digunakan untuk membina syarikat yang baru. Wang yang dilaburkan untuk syarikat akan dikecualikan dari cukai. Untuk mengelakkan cukai, beliau menggunakan wang syarikat untuk membina syarikat-syarikat baru. Cukai tidak boleh dielak tetapi boleh dikurangkan. Gaji yang kecil boleh mengelakkan cukai peribadi.

 

Syarikat tanggung belanja peribadi

Setiap perbelanjaan harian untuk diri dari wang syarikat akan dikecualikan dari cukai. Wang yang dilaburkan untuk membina syarikat baru akan merendahkan cukai syarikat. Perkara ini boleh diulang-ulang untuk membina lebih banyak syarikat baru. Ia akan membantu anda untuk menikmati hidup ini dengan lebih bermanfaat.

Pesan beliau, wang tidak penting tetapi ia boleh membuat ramai orang gembira. Sambil memberikan kad jemputan kahwin pada pemuda yang bertanya, beliau memberitahu calon isterinya seorang pramugari. Tahniah!

11 thoughts on “Gaji RM5000 Tapi Ada 12 Syarikat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.