Guna 3 barang dari Google untuk buat duit online
Pernah saya terfikir untuk cipta satu corong pendapatan yang automatik. Hanya guna 3 barang dari Google untuk buat duit online.
- Gmail
- Blogspot
- Google Ad
3 perkara di atas dapat bantu saya buat duit masa simpanan saya hampir kering. Saya agak buntu masa tu. Duit dalam bank cepat kering macam baju di ampaian. Komitmen makin bertambah. Belanja sekolah anak, duit minyak dan belanja makan harian nak kena tampung.

Guna barang percuma untuk buat duit
Saya teringat barang yang ada dari Google, boleh guna secara percuma iaitu blogspot. Hanya perlu masukkan artikel dan jadilah sebuah blog. Saya cari ebook yang paling laris jualannya dan daftar jadi ejen affiliate. Dalam artikel blog saya masukkan link untuk pembaca tempah ebook yang saya sarankan.
Satu jualan dapatlah komisen RM50. Kalau jual 30 unit, boleh buat bayar Hilux sebulan. Tapi, nak pastikan blog saya kekal di 1st page akan ambil masa yang lama, sebab guna barang percuma. Masa ni saya terfikir untuk guna Google Ad. Buat cara yang paling asas, saya dapat letak iklan keluar di 1st page dalam Google.
Masa tu pesaing pun kurang, kadang-kadang boleh dapat 1st rank. Komisen jual ebook pun dapat tampung kos iklan + boleh simpan duit. Lepas belanja RM150, Google bagi kupon RM150 sebagai hadiah (one time use). Boleh guna untuk buat iklan seterusnya.
Saya dah apply teknik yang sama untuk jual produk digital, hartanah dan servis. Ianya berhasil.
2 perkara ni orang dah jarang guna
Baik blogging atau Google Ad, 2 perkara ni orang dah jarang buat. Nak taip 300 patah perkataan untuk satu artikel pun susah nak buat. Ini satu peluang buat saya. Buat perkara yang orang lain dah lupakan. Bukan kena buat selalu. Dapat seminggu sekali pun dah cukup.
Boleh kata ramai orang pergi ke media sosial. Tapi bila nak info, masih ramai yang guna Google. Google je, dah jumpa info. Sesetengah orang, cari info dari Google lepas tu baru buat keputusan untuk beli. Buka 3 – 4 laman web sekadar untuk buat survey je.
Ini satu kelebihan untuk mereka yang ada blog. Mereka boleh masukkan content yang berkaitan dengan apa yang orang nak. Contohnya, mereka cari info “dropship shopee”. Dari situ akan keluar laman-laman web, blog dan portal yang berkaitan dengan dropship shopee.
Tugas anda? Bantu mereka dapatkan info yang mereka nak. Anda daftar affiliate panduan Shopee untuk mereka. Mereka beli dan anda dapat komisen. Itu yang saya buat. Boleh guna duit affiliate untuk bayar bil, takaful dan duit kopi.
Boleh berjaya ke buat blog & Google Ad?
Terpulanglah, nak buat silakan. Buat sampai jadi. Nak dapat hasil kena ikhtiar. Buat eksperimen iklan. Maklumlah, kalau kita sendiri tengok iklan yang sama mesti bosan. Buat blog dan iklankan guna Google Ad. Orang tak suka, biarkan. Bukan mereka bayar bil anda. Buat guna blogspot je.
Untuk long term, belajar buat SEO. Boleh jimatkan lagi kos iklan. Kalau anda tak buat, biar saya je buat 2 benda ni, buat blog danelajar Google Ad Banyak jenis bisnes dan servis boleh iklan guna Google Ad. Nak cari prospek lagilah boleh.