Guru boleh bayar PTPTN guna wang pelaburan
Bila dilihat laporan dalam sebuah akhbar tempatan berkaitan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), seramai 51,884 orang guru yang tidak membuat bayaran balik pinjaman PTPTN diperintahkan untuk membuat potongan gaji sebagai langkah membayar semula wang yang dipinjam. Tindakan serius akan diambil sekiranyanya gagal berbuat demikian. Ada banyak cara untuk membayar semulan pinjaman tersebut, contohnya guru boleh bayar PTPTN guna wang pelaburan.
Tindakan serius seperti dibuang kerja bakal dikenakan jika guru-guru gagal berbuat demikian. Sebelum dibuang kerja, maka guru-guru yang terlibat haruslah bertindak pantas mematuhi arahan tersebut. jika dilihat situasi yang berlaku, ia boleh dikatakan berpunca dari guru yang langsung tidak membuat pembayaran PTPTN. Mereka yang sudah membayar dengan konsisten tidak perlu membuat potongan gaji kerana arahan tersebut ditujukan kepada guru yang liat membayar PTPTN sahaja.
Di bawah akta Peraturan 4(2)(i) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, guru yang tidak membayar PTPTN akan dibuang kerja. Memang rugi jika dibuang kerja dari sektor awam kerana mereka yang terlibat bakal kehilangan kesemua kelebihan gaji, elaun, cuti dan kemudahan pinjaman sebagai seorang penjawat awam. Belajar sudah bertahun-tahun di universiti, berebut peluang untuk menjadi guru dan kemudian dibuang kerja pula.
Sudah menjadi tanggung jawab untuk peminjam membayar kembali wang PTPTN yang dipinjam. Ada banyak cara untuk melunaskan kembali hutang PTPTN tersebut. Di antaranya ialah :
1. Pinjam wang ibu dan ayah
2. Buat bisnes internet dan bayar PTPTN
3. Guna wang pelaburan
4. Beli rumah dan sewakan

Guna wang pelaburan untuk bayar PTPTN
Wang pelaburan boleh digunakan untuk membayar PTPTN. Sebelum membuat sebarang pembayaran, anda yang terlibat haruslah membuat penyelidikan tentang bidang-bidang pelaburan yang boleh memberikan pulangan lumayan. Hasil dari pelaburan tersebut boleh anda gunakan untuk mengurangkan hutang PTPTN yang membelenggu anda sekian lama. Pelaburan boleh dilihat dengan kadar pulangan 4% hingga 12% setahun. Sebaik-baik pelaburan ialah melabur dalam jangka masa yang panjang.
Ada satu jenis pelaburan yang boleh anda gunakan untuk membayar kembali hutang PTPTN anda. Ianya tidak dapat membantu anda sekiranya anda mahu menyelesaikan hutang PTPTN dalam masa yang singkat. Ia adalah pelaburan jangka panjang. Dengan menggunakan teknik ini, anda bakal mendapat kembali wang yang dilaburkan. Oleh itu saya nasihatkan anda baca artikel Rahsia Bayar PTPTN Secara Bijak dahulu.
adis bayar dah sebab 2 sem je pakai ptptn..alhamdullilah
seri recently posted…3 pulau tidak diketahui orang luar di Mersing Johor cantik macam Krabi?
Bila hutang dah selesai baru rasa fikiran lapang.
dengar kata ramai yang kena balcklist, kawan saya pun kena
myrujukan recently posted…Beli Putu Bambu Warna Hijau Dengan Hanya RM3
Susah kalau dah masuk senarai hitam, nak buat pinjaman pun belum tentu lulus.
aik, guru pun ada amek ptptn juga ek
Uncle Zuan recently posted…Kafe Big Mouth Burger Kini Di Buka di D’Cattleya Senawang
Ada kursus pendidikan di IPTA yang pinjam dari PTPTN dulu.
lebih kena potong gaji dari kena buang kerja..
kalau kena buang kerja sebab hutang memamang malu wei..
mrhanafi recently posted…Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Kalau dah kena buang boleh hilang sumber kewangan.
tulah sifat manusia.
masa nak berhutang bersemangat.
masa nak bayar balik hutang rasa lemau semacam
mrhanafi recently posted…Sistem Analisis Peperiksaan Yang Boleh Dipercayai
guru kena jadi contoh ikutan supaya ramai yg akan bayar balik pinjaman kakakaka
Belang Tarung recently posted…Perbandingan Specs Suzuki Belang R150, Yamaha LC150FI dan Yamaha FZ150I
Guru contoh kepada masyarakat, yang baik jadi teladan, yang buruk jadi sempadan.
Macam-macam cara boleh langsaikan hutang PTPTN ni kan…
Noriza Rahman recently posted…Siapa Kata Ibu Bersalin Secara Caesarean Tak Hebat?
Ada banyak cara untuk selesaikan PTPTN, salah satunya ialah bisnes internet.
elok juga buat mcm ni at least terbayar juga
raihanah recently posted…Cara Semulajadi Untuk Kulit Cantik
Nak kena paksa baru boleh bayar balik hutang PTPTN.
Kalau yang ada kerja pun liat nak bayar… bila dah kena buang kerja lagi teruk la jadinya. Ugut jangan tak ugut :p
sabree hussin recently posted…Rostia Shawl House: Dapatkan Plain Shawl yang tidak jarang dan MURAH
memang ada ramai kawan gua yang liat.
tak faham gak kekadang.
kereta mahal tak ingat.
tapi memang pemalas gila nak bayar.
titan recently posted…Jubah Lelaki Moden dari ELRAH Exclusive
Kereta mahal tapi jiwa bebal nak bezakan hutang wajib dengan hutang tak wajib.
nasib guru banyak sangat maslaah yang dihadapi
jalan dan makan recently posted…Resep Seafood Tempura
Nak 1000 Daya tak nak 1000 dalih..kena usahakan jugak untuk membayar hutang. Lainlah kalau masih tidak menjawat sebarang jawatan kan..insyaAllah ada cara nya
JMR recently posted…MH Homestay : Pilihan Terbaik Homestay di Kuala Terengganu
Bayar sikit-sikit pun tak apa kot… benda boleh bincang
Xplorasi Destinasi recently posted…Hutan Lipur Sungai Tua – Pengalaman camping tepi sungai di Taman Negeri Selangor
Hutang, walau sehebatmanapun dipolitikkan, ianya tetaplah hutang. Bayarlah. Ada banyak bayar habis, tiada banyak, bayarlah ikut jadual.
Wan recently posted…Siri Bercakap Dengan Duit: Pengenalan kepada buku Think and Grow Rich.