Hiperinflasi wang kertas tak laku
Hari ini ramai orang bergantung kepada wang kertas. Hiperinflasi wang kertas tak laku akan berlaku pada suatu hari nanti. Pada ketika itu orang ramai sudah hilang keyakinan pada wang kertas sebagai medium pertukaran kerana ia tidak bernilai lagi. Ramai pakar kewangan mencadangkan anda menyimpan logam yang dianggap berharga iaitu emas.
Hiperinflasi pernah berlaku selepas Jerman tewas dalam Perang Dunia Kedua di sekitar tahun 1912 – 1923. Perbelanjaan untuk menyewa rumah turun 30% dengan mendadak dan pendapatan isi rumah sekadar bertambah 2% sahaja. Dalam masa yang sama belanja makanan naik sehingga 90%. Apabila wang kertas tidak bernilai, kesemua barang dan servis akan naik harganya.

Dari rumah besar ke rumah kecil
Mereka yang sudah berkeluarga dan tinggal di rumah besar akan mencari rumah yang kecil sedikit untuk mengurangkan kadar bayaran sewa atau komitmen bulanan. Tidak mustahil dalam satu rumah ada 2 – 3 keluarga yang sama-sama menyewa. Semasa hiperinflasi, ramai orang akan mengambil keputusan untuk berjimat cermat termasuklah perbelanjaan sewa rumah.
Petani jadi orang kaya
90% perbelanjaan makanan akan meningkat semasa hiperinflasi. Jadi carilah tanah untuk ditanam sayur-sayuran, buah-buahan dan bela ternakan. Makanan tidak boleh dikurangkan kerana ia adalah satu keperluan. Sekiranya anda memiliki tanah, usahakanlah untuk bekalan makanan di masa yang akan datang. Mungkin anda tak perlu jual, tapi sekurang-kurangnya anda boleh makan sendiri.
Nilai hartanah merosot
Perpindahan ramai keluarga dari rumah besar ke rumah kecil akan menyebabkan banyak rumah besar menjadi kosong. Pemilik rumah tersebut terpaksa menurunkan kadar sewa atau menjualnya dengan nilai yang jauh lebih rendah dari harga pasaran. Akhirnya rumah tersebut terpaksa dijual dan dilelong dengan murah kerana tawaran jauh lebih tinggi dari permintaan.
Bekalan ilmu tangani hiperinflasi
Sebelum hiperinflasi berlaku, anda harus lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya tidak kelam kabut apabila ianya benar-benar terjadi nanti. Mulakan dengan belajar bagaimana nak menguruskan perkara-perkara yang boleh anda kawal dengan mudah supaya dapat anda gunakan semasa ekonomi gawat nanti.
Siapa yang nak join pelaburan emas kena hati-hati,
takut termasuk pelaburan emas yang tersontot.
Sebaiknya, belajarlah ilmu pelaburan emas dulu.
Bila dah belajar tu,
jangan lupa untuk terus aplikasikan ilmu pelaburan emas tu ya 😀
Adzrif Sidek recently posted…Tabiat Menyimpan Syiling Emas
Betul, pelaburan ilmu itu lebih utama.
kene lebih bijak dan kreatif bab cari duit sekarang nih.
banyak cara.
cuma dari kita-kita aje.
titan recently posted…Kisah 1 orang lelaki HENSEM dan 100 Ribu Ringgit Malaysia
Sayang sekali ada yang tak nak ambil peluang tu.
Dahsyat juga penangan hiperinflasi..agak gerun saya membacanya
mrhanafi recently posted…Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Harga makanan jadi mahal nanti.
Nilai emas tidak akan jatuh.. Semakin jatuh nilai wang kertas semakin bertambah nilai pula emas…
ExpanDroiders recently posted…Aplikasi Android Khusus Untuk Wanita Period
Benar, nilai emas akan sentiasa naik.
Bila dah berlaku hiperinflasi macam ni, segalanya dah terlewat. Wang kertas memang dah tak laku, termasuklah wang digital.
Yang berharga pada waktu tu ialah barangan keperluan asas yang diperlukan untuk kelangsungan hidup
sabree hussin recently posted…Kursus Pra Perkahwinan sekitar Lembah Klang untuk pasangan yang ingin berkahwin
Sekarang ni tengah berjinak dengan pelaburan emas..
Untuk masa hadapan juga
Noriza Rahman recently posted…Apakah Punca Kaki Kejang Semasa Mengandung?
Infomasi yang berguna dan menarik. Terima kasih tuan.
kalau ikut hadis emas dan peraklah yg sepatutnya digunapakai..namun puak yahudi telah memperkenalkan modern money mechanics yg byk ke arah riba..iaitu duit sekarang
Belang Tarung recently posted…Bagaimana Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jerebu Ditentukan
hmmm… tension memang tension ngan keadaan kewangan sekarang, tapi nak wat camne kan? nak tak nak kena tempuh gak, try or die la kata orang
Alongxp recently posted…Dapatkan semula nombor telefon dan contact
dah terasa sikit kesanya..contoh terdekat kejatuhan nilai wang ringgit..ada negara yang dah tak terima wang ringgit Malaysia..lepas nilai makin jatuh berbanding dolar..
Junaidy Jaimi recently posted…Jana Pendapatan Usd Dengan Iklan Mobicow
Nak beli barang pun fikir 2 – 3 kali 🙁
sangat menakutkan kan.. jadi kita pilih jalan untuk survive yang terbaik… moga2 di dalam lindungan Allah.
Lenny recently posted…Kembar Siam untuk Menuju Kejayaan
Amin, semoga kita dalam lindungan Allah.
saya pun sedang berjinak dengan emas. insyaAllah
Raihanah Ahmad recently posted…Selepas Kesusahan Ada Kemudahan
Beli emas tiap-tiap bulan. Duit dah tak ada harga.
rahimah recently posted…Cara Aktifkan Kad Debit Sebelum Ke Luar Negara
Betul, usahakan dengan 1 gram sebulan.
Dah jadi di zimbabwe kan. Sampai kena rombak nilai duit kertas beberapa kali
Mazni Azmi recently posted…Shaklee YOUTH Activating Serum Putihkan Kulit Berminyak & Sensitif!
Wang kertas ni nilainya pada kepercayaan orang saja. Tak macam emas
Ibu Zaid recently posted…Susu Kambing Wildan Untuk ibu Mengandung!
Wang kertas ni nilainya pada kepercayaan orang saja. Tak macam emas yang sentiasa ada nilai.
Ibu Zaid recently posted…Susu Kambing Wildan Untuk ibu Mengandung!
sekarang ni pun dah terasa bahang inflasi. kene mula berjaga2 dari sekarang
Mohd Rasul recently posted…Lori Sewa Shah Alam & KL Murah Dengan TempahLori.com