Homestay Shah Alam Seksyen 25 Di Pangsapuri Damai
Terletak 4.1 kilometer dari Uptown Shah Alam, Homestay Shah Alam Seksyen 25 terletak di kawasan apartment di Pangsapuri Damai. Homestay di Taman Sri Muda ini menawarkan 1 parkir kereta persendirian secara percuma dan beberapa unit parkir pelawat. Mempunyai kawalan keselamatan 24 jam, homestay Shah Alam Seksyen 25 ini adalah pilihan terbaik untuk homestay keluarga.
Kelengkapan homestay
Homestay ini dilengkapi dengan perabot rumah, penyaman udara, saluran televisyen Astro Njoi, ruang keluarga dan ruang makan. Ia turut dilengkapi dengan pembakar roti, ketuhar elektrik dan cerek elektrik di bahagian dapur. Bilik airnya turut dilengkapi dengan pemanas air, jadi anda boleh mandi dengan tenang walau pun cuaca sejuk. Mesin basuh turut disediakan untuk kemudahan anda membasuh pakaian.
Bagi anda yang mengutamakan kecergasan, kemudahan gymnasium ada disediakan di tingkat bawah. Untuk menggembirakan anak-anak, anda boleh bawa mereka bermain di taman permainan mini yang berhampiran dengan gymnasium. Selain itu, tetamu mempunyai banyak pilihan restoran berhampiran dengan homestay ini.
Tempat-tempat menarik sekitar Shah Alam
Untuk ke bandar I-City mengambil masa 15 minit (kereta) dari homestay Shah Alam Seksyen 25, AEON Big 5 minit (kereta) dan lapangan terbang Sultan Abdul Aziz pula 25 minit (kereta). Untuk ke pusat bandar Shah Alam pula mengambil masa 10 minit (kereta).
Jarak ke Stadium Malawati adalah 5.3 kilometer, pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor 5.3 kilometer, Hospital Shah Alam 6.1 kilometer, Masjid Negeri Shah Alam 6.3 kilometer, Galeri Sultan Selangor 9.1 kilometer dan Sunway Lagoon 9.2 kilometer.
Info ringkas homestay Shah Alam Seksyen 25
- Terletak di Taman Sri Muda Seksyen 25
- mempunyai 2 unit homestay
- Keluasan 918 dan 980 kaki persegi
- Tingkat 1
- Kemudahan lif
- Kawalan keselamatan 2-tier
- 1 parkir percuma
Kemudahan yang disediakan
- Penghawa dingin di bilik utama dan kedua
- 1 katil saiz King di bilik utama
- 2 katil single di bilik kedua
- 1 katil single di bilik ketiga
- Iron dan iron board
- Peti sejuk
- Cerek dan ketuhar elektrik
- Dapur gas dan perkakas memasak
- Pemanas air di bilik air utama
- Sejadah
Berikut adalah gambar-gambar homestay di unit pertama kami yang di rakam oleh jurugambar booking.com





















Lokasi menarik di sekitar homestay
- Masjid Negeri Shah Alam
- Pasaraya Giant
- KFC dan Pizza Hut
- Pasaraya Mydin
- 99 Speedmart
- Kedai runcit
- Medan selera di Plaza Sri Muda
- Allianze Bank
- Public Bank
- Politeknik Shah Alam
- Kolej Vokasional Shah Alam
- UiTM
- CIAST
- MSU
Info terkini
Homestay ini sudah ditutup kerana kami mahu fokus pada bisnes lain. Anda boleh tengok bisnes terbaru kami di sini :
bagus la semua kemudahan disediakan
nikkhazami recently posted…Kegunaan Hand Sanitizer Selain Mencuci Tangan
wah banyak sekali kemudahan yang disediakan..,
ada pula taman mini buat anak
Saya pun prefer duduk homestay saja berbanding tinggal di hotel
Ibu Zaid recently posted…Homestay Melaka Di Tempat Menarik Tarikan Pelancong!
wah lengkap homestay ni. Yang datang dari jauh tu, bolehlah dok sini nnt
Maznee dan keluarga memang suka duduk homestay berbanding tinggal hotel
Mazni Azmi recently posted…Pencuci muka Shaklee YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser!
Di homestay boleh masak-masak, tak macam hotel.
Menarik nampak hiasan dan semua peralatan yang kengkap di homestay ni
NORIZA ABDUL RAHMAN recently posted…Manfaat dan Kebaikan CoQ-Trol Plus Shaklee Yang Terbaru
5