Insentif Ace untuk Uber Driver capai pendapatan konsisten
Uber baru sahaja melancarkan Ace, satu insentif baru untuk membantu pemandu Uber menjana pendapatan dengan lebih baik. Insentif Ace untuk Uber Driver capai pendapatan konsisten ini mampu mencapai sehingga RM1,850 seminggu.
Dengan Ace, anda akan mendapat peringkat mengikut jumlah perjalanan yang anda lengkapkan pada minggu tersebut. Sekiranya pendapatan bersih anda pada minggu tersebut lebih rendah dari peringkat yang ditetapkan, anda akan mendapat top-up untuk perbezaannya. Tiada syarat yang khusus contohnya kadar penarafan dan penerimaan minimum.
Pendapatan bersih Uber Driver dalam sistem Ace bagi setiap minggu dikira dengan : tambang kasar – yuran Uber + insentif (boost dan quest).
Contoh kiraan Ace
Anda menyelesaikan 125 perjalanan pada minggu ini. Tambang kasar anda ialah RM1,200. Tambang bersih ialah RM900 lepas ditolak yuran servis Uber. Insentif boost dan quest anda ialah RM200. Kedudukan anda sekarang berada dalam peringkat Gold. Uber akan menambah top-up RM220 supaya anda mendapat RM900 + RM200 + RM220 = RM1,320 bersih!
Minggu hadapan, anda menamatkan 62 perjalanan dan mendapat tambang kasar RM800. Jumlah bersih ialah RM600 selepas ditolak yuran servis Uber. Insentif boost dan quest anda ialah RM100. Pendapatan bersih anda ialah RM600 + RM100 = RM700, lebih tinggi dari peringkat Bronze, jadi tiada top-up diberi kepada anda.
Tambang tol dan insentif rujukan tidak dikira sebahagian daripada kiraan pendapatan bersih. Berdasarkan contoh yang diberikan, anda masih mendapat top-up sebanyak RM220 tidak kira berapa banyak rujukan yang anda dapatatau dibayar semula dalam bentuk tambang tol.
Siapakah yang layak menyertai Ace?
Ace sedang dalam percubaan, ia ditawarkan kepada pemandu Uber dari Seremban dan Lembah Klang. Jika anda terpilih, anda akan mendapat makluman menerusi emel, sms atau notifikasi menerusi aplikasi Uber.
Berapa lamakah Ace akan dijalankan?
Program Ace akan dijalankan selama 4 minggu bermula pada 27 November 2017, hari Isnin. Peserta yang terlibat akan diminta untuk memberi pendapat dan cadangan selepas terlibat dengan Ace.
Jika seorang Uber Driver menyelesaikan 90 perjalanan minggu ini dan pendapatan bersihnya lebih dari RM900, adakah lebihan pendapatannya akan ditolak?
Tidak, sekiranya Uber Driver tersebut memiliki lebih dari pendapatan bersih mingguan seperti yang ditulis dalam jadual, pendapatan tersebut adalah hak beliau.
Apakah jenis perjalanan yang dikira sebagai sebahagian daripada keperluan perjalanan mingguan yang minimum?
Uber mengira keseluruhan perjalanan yang diselesaikan termasuklah UberX, UberXL, UberBlack dan UberFlash. Pendapatan mingguan dikira dari hari Isnin jam 4 pagi sehingga Isnin jam 4 pagi minggu yang berikutnya.
Jika seorang Uber Driver tidak berjaya memenuhi peringkat Bronze selama seminggu? Adakah beliau masih berpeluang untuk mendapat Ace pada minggu yang seterusnya?
Uber tetap memberi peluang untuk memandu dengan sistem Ace. Jika minggu ini anda tidak dapat memenuhi sasaran, anda masih berpeluang untuk mencuba pada minggu hadapan selagi ada mampu memenuhi sasaran.
Adakah struktur sistem Ace sama bagi setiap minggu?
Ace masih lagi dalam peringkat percubaan. Uber mungkin mengubah untuk menambahbaik sistem Ace. Setiap perubahan akan dimaklumkan menerusi emel, SMS atau aplikasi.
Untuk melayakkan diri menerima imbuhan Ace, sila daftar sebagai Uber Driver dahulu.
tambah semangat pra driver uber nih ada tambahan uang yang lumayan
jalan jalan recently posted…Resep Smoothie Jambu Biji
Lebih bersemangat selepas ada insentif lumayan.
Grab nampaknya berjaya berlumba dengan baik dengan uber di Malaysia
Mazni Azmi recently posted…Senangnya petua awet muda dari pakar kecantikan! Ramai dah cuba
Benar, Grab dan Uber sentiasa bersaing.
Baik Uber atau Grab, kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan.
huhu..
aku ingat cerita ultraman ace tadi.
titan recently posted…School’s OUT. Work still ON.
Pergh, itu Ultraman Ace zaman kegemilangan kita dulu, sekarang anak anak layan Ultraman Ribut.
bagus grab ni. sentiasa nak bersaing
nikkhazami recently posted…Sinopsis Syurga Yang Kedua di Astro Prima