Insentif lumayan Uber di Kuala Lumpur
Semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang berminat untuk memandu dengan Uber. Mereka perlu mendaftar sebagai Uber Partner sebelum merebut bayaran lumayan yang dijanjikan. Berapakah kadar yang diberikan oleh Uber kepada pemandu-pemandu mereka? Insentif lumayan Uber di Kuala Lumpur ini adalah contoh bayarannya.
Insentif UberX bagi kawasan Kuala Lumpur
Uber menjamin tambang mengikut jam kepada Uber Partners menjelang waktu tertentu sepanjang minggu. Keutamaan mereka ialah untuk melindungi pendapatan dan memastikan Uber menjadi pilihan terbaik untuk pelanggan. Untuk melayakkan anda menerima insentif Tier 1, pastikan anda mendapat RM500 ke atas untuk tambang kasar setiap minggu.
Bagi Tier 1, anda berpeluang untuk menjana RM2,095 seminggu bagi tambang kasar.
Isnin – Jumaat dari 6 AM – 10 AM : RM30/jam
Isnin – Khamis dari 4 PM – 8 PM : RM22/jam
Jumaat dari 11 AM – 2 PM dan 4 PM – 8 PM : RM25/jam

Bagi Tier 2, anda berpeluang untuk menjana RM1,887 seminggu bagi tambang kasar.
Isnin – Jumaat dari 6 AM – 10 AM : RM25/jam
Isnin – Sabtu dari 4 PM – 8 PM : RM18/jam
Jumaat 11 AM – 2 PM : RM25/jam
Untuk selain waktu di atas, sila rujuk gambar di bawah.
Terma dan syarat
1. Terima semua perjalanan semasa mengikut jam di atas (kekalkan sekurang-kurangnya 90% kadar penerimaan perjalanan untuk minggu tersebut).
2. Melengkapkan sekurang-kurangnya 1 perjalanan setiap jam menjelang setiap blok insentif. Perjalanan per jam dikira oleh jumlah perjalanan lengkap dibahagikan dengan jumlah jam anda online dengan Uber. Sebagai contoh, jika anda melengkapkan 6 perjalanan semasa hari Isnin 4 PM – 8 PM blok insentif, perjalanan per jam anda ialah 1.5.
3. Kekalkan penilaian mingguan pemandu pada kasar 4.3* dan ke atas.
4. Online dengan Uber di kawasan servis utama (Core Service Area) Petaling Jaya, Golden Triangle, Mount Kiara dan lain-lain. Perlu diingat bahawa kawasan servis utama digunakan untuk masa yang berlainan hari. Untuk hari bekerja, jaminan waktu 6 AM – 10 AM dan 4 PM – 8 PM tertakluk pada kawasan servis utama. Untuk jam selain dari waktu tersebut, sila rujuk kepada peta untuk waktu bukan puncak di kawasan servis utama.
5. Tambang UberX dan UberXL dikira ambang RM500 untuk melayakkan diri bagi mendapat jaminan top tier.
6. Uber berhak untuk mengambil apa-apa tindakan yang perlu sekiranya mereka menemui sebarang aktiviti yang mencurigakan atau penipuan. Semua maklumat insentif, jaminan cara kerja dan pengiraan boleh didapati di bawah tab “Pembayaran”. Maklumat boleh dilihat untuk semua pilihan UberX, UberXL atau Black) dan ianya dikemaskini dengan kerap.
Untuk kecemasan, sila hubungi talian 03-2725 3060. Perlu diingat hanya kes kecemasan kritikal seperti kemalangan dan keselamatan sahaja. Isu pembayaran atau pertanyaan yang berkaitan hendaklah dirujuk menerusi Partner Support Center.
perkhidmatan uber memberi saingan kepada perkhidamatan teksi yang sedia ada..
tapi bagus juga kerana boleh memberi pekerjaan kepada mereka yang ada kemudahan seperti kereta
mrhanafi recently posted…Rahsia Aplikasi Buat Duit Terbongkar
Betul, peluang kepada mereka yang mahu memandu tapi tiada permit teksi.
Bestnya boleh jana pendapatan macam ni..seminggu pun dah banyak kan..tapi kena hati2 sekarang ni sebab pemandu grabcar dah kena rompak oleh penumpang…
Noriza Rahman recently posted…5 Sebab Kenapa Surirumah Perlukan Iron Philips
Memang masyuk uber ni klau kna gayanya…
best UBER ni sekurang-kurangnya..dapat buat bayar ansuran kereta bulanan kan..
zara recently posted…Pengedar Shaklee Ready Stock Di Serdang, UPM dan Seri Kembangan
syukur pihak kerajaan pun dah iktiraf uber ni..tak ada lagi isu dengan teksi..
doa qunut recently posted…Doa Qunut Bacaan dalam Arab, Rumi dan Maksudnya
Semoga tiada lagi isu dengan Uber nanti.