Inspirasi pendapatan dari lot parkir kereta
Katakan anda kerja di Kuala Lumpur, pasti ada inspirasi pendapatan dari lot parkir kereta di tengah bandaraya. Ada ruang-ruang parkir kereta yang terselit di celahan bangunan. Setiap hari ada kereta masuk dan parkir di situ. Masuk 9 pagi, keluar 6 petang. Sekali masuk anda caj RM10.
Bukan setakat orang kerja pejabat, tapi orang yang bercuti pun datang menghulur duit pada anda. 1 parkir dapat RM10, kalau ada 150 parkir boleh dapat RM1,500 sehari. Kalau sebulan boleh dapat RM45,000. Setiap bulan boleh selfie dengan resit cukai LHDN.

Modal bina lot parkir bukan rendah
Masalahnya sekarang, anda kena ada modal untuk buat lot parkir tersebut. Kena beli tanah, turap tapak parkir dengan tar, buat pondok untuk kutip bayaran dan sebagainya. Belum kira lokasi lagi, tak boleh beli ikut suka. Silap hari bulan nanti dibabikan orang. Menteri pun kena, apatah lagi orang biasa.
Kos rumah di Kuala Lumpur pun sudah sedia tinggi, inikan pula nak beli tanah nak buat lot parkir. Kalau buat di kawasan lain, sambutan dari pemilik kereta pasti berbeza, jadi pendapatan pun mungkin terjejas. Silap langkah anda rugi besar, tapak parkir bakal jadi tapak hutang. Aset yang diharapkan menyumbang pendapatan kini jadi liabiliti.
Jadi anda pun terpaksa lupakan hasrat nak selfie dengan resit LHDN tadi…
Solusi untuk dapat wang macam lot parkir
Anda boleh buat cara lain untuk dapat pendapatan yang lebih kurang macam cerita di atas. Bagi anda yang ada modal besar, boleh bina atau beli rumah dan sewakan. Bagi yang ada modal kecil usahanya sama, masih perlu bina lot parkir tapi secara online. Lot ini nanti anda guna untuk jual produk di sebuah portal antarabangsa. Bukan dalam RM, tapi dalam USD.
Kalau anda dapat wang USD, tukar kepada RM akan dapat pulangan 3 ke 4 kali ganda. Ibarat anda usaha sekali, dapat hasil 4 kali. Terus dapatkan panduan bina pendapatan pasif USD sekarang sebelum anda terlepas peluang keemasan ini.
hahaha…
menarik juga perumpamaan begini..
sangat mudah untuk difahami
mrhanafi recently posted…Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya
terima kasih..
Wan syahida recently posted…Bercuti Bersama Keluarga di Port Dickson dan Melaka