Jadi jutawan dalam masa 30 hari
Ramai individu yang mengimpikan untuk jadi jutawan. Sebagai rakyat Malaysia, pasti yang ramai mahu menjadi jutawan dalam Ringgit Malaysua. Tidak kurang juga yang nak jadi jutawan dalam masa 30 hari . Persoalannya di sini, mampukah status tersebut dicapai dalam masa yang singkat?
Persediaan sebelum jadi jutawan
Sebelum bergelar jutawan, perkara yang perlu difikirkan sekali ialah apa jenis produk atau servis yang nak ditawarkan kepada pelanggan? Adakah ianya mempunyai permintaan di pasaran? Takkan anda mahu jual produk yang tiada permintaan?
Kemudian anda perlu fikirkan kepada siapa anda mahu tawarkan. Dengan mengenali pelanggan anda, proses menjual akan menjadi lebih mudah. Ada sesetengah produk atau servis yang memang mudah untuk dijual tanpa perlu membuat promosi yang keterlaluan.
Seterusnya ialah berapa untung yang mahu anda capai untuk bergelar jutawan. Berapa jumlah yang diperlukan untuk jualan, berapa orang pelanggan yang diperlukan untuk membeli dan berapa ramai agen atau wakil jualan yang anda perlukan untuk memasarkan produk tersebut.
Jika dilihat, teorinya amat mudah sekali berbanding dengan apa yang perlu anda lakukan. Kerana praktikal sememangnya lebih sukar berbanding melihat perancangan di atas kertas. Ya, bukan mudah untuk menjadi seorang jutawan. Lebih-lebih apabila melihat masalah kewangan yang kian meruncing setiap hari.

Boleh jadi jutawan dalam masa 30 hari?
Ada seseorang individu yang sudah sekian lama bekerja makan gaji dan baru hendak belajar berniaga. Beliau mahu mendapatkan jualan bernilai 1 juta ringgit dengan perniagaan yang baru sahaja dirancang.
Ianya tidak mustahil untuk dicapai. Tetapi sanggupkah beliau belajar sambil berniaga, bekerja keras siang malam sampai ditimpa sakit? Sampai satu tahap kerana terlalu fokus pada perniagaan hingga hilang kebahagiaan.
Untuk menjadi seorang jutawan, bukan kerja yang boleh dicapai dalam masa sehari, bukan juga 30 hari, mungkin perlukan masa setahun. Jika proses jual belinya tidak dapat berjalan dengan lancar, maka perjalanan untuk menjadi seorang jutawan juga akan memakan masa yang lebih lama.
Oleh itu, jika anda mahu menjadi seorang jutawan di internet, anda perlukan ilmu asas seperti panduan memulakan bisnes. Ramai individu yang berminat untuk menceburi bisnes informasi menjadikan panduan tersebut sebagai rujukan.
Tiada jalan mudah untuk berjaya. Tiada panduan yang benar-benar menjamin pendapatan anda di internet melainkan disertakan dengan ilmu, usaha yang berterusan tanpa mengenal erti jemu dan sikap putus asa.
Platform affiliate kerjaya
Hari ini, saya bersama Tim Infokerjaya komited untuk menyediakan satu jalan untuk menjana pendapatan di internet menerusi affiliate niche kerjaya. Kami berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan produk-produk untuk memenuhi keperluan graduan yang tamat belajar setiap tahun supaya impian mereka untuk berjaya dalam karier masing-masing.
Selain membantu graduan, kami juga membantu individu yang berminat untuk menjadi agen produk-produk kami menjana pendapatan sampingan di internet. Anda boleh sertai kami di Facebook dalam ejen affiliate Tim Infokerjaya.
Terima kasih, kami amat menghargai semua Tim Affiliate IKR, bantu orang lain jana pendapatan dari affiliate 🙂
30 hari jadi jutawan eden pun mau…:p
Zul recently posted…Sarapan Pagi Best di Lontong King Hulu Langat
work work semoga cita-cita tercapai jadi jutawan
islam Didadaku recently posted…AKAL Antara Islam dan Filsafat
Amin, terima kasih ya 🙂
Jutawan adalah cita-cita bagi setiap insan 🙂
nak berniaga seperti menanam durian, makan masa tapi hasilnya lumayan. cuma perlu sabar dan konsisten
kauthar mohd recently posted…Atasi Simpul Biawak, Sakit Pinggang Dan Sakit Urat Dengan Ostematrix Shaklee