Jana RM4 ribu dengan Uber secara sambilan
Memandu dengan Uber secara sampingan boleh menjana wang dari RM1,500 sebulan jika dilakukan dalam masa 10 jam seminggu. Jika anda memandu melebihi 40 jam seminggu dengan Uber, anda berpeluang untuk menjana wang sebanyak RM4,300. Tak mustahil anda boleh jana RM4 ribu dengan Uber secara sambilan dan dapat lebih dari itu jika memandu sepenuh masa.
Dalam pembentangan Bajet 2017, kerajaan telah mengumumkan potongan RM4,000 bagi mereka yang menempah Proton Iriz. Wang BR1M pula boleh digunakan untuk bayaran deposit bagi kereta tersebut. Ini adalah satu dorongan yang sihat untuk menjana wang dengan Uber bagi rakyat Malaysia.

Cabaran terkini pemandu Uber
Jika dahulu Uber mengambil 20% dari tambang pemandu Uber, kini kadar potongan telah naik 5% menjadikan ia berjumlah 25%. Seorang pemandu Uber yang telah memandu hampir 2 tahun biasanya menjana RM5,000 sebulan kini hanya dapat menjana sekitar RM4,000 sahaja. Insentif kepada pemandu Uber juga sudah mula ditarik balik.
Biar pun Uber dilanda kontroversi, ia boleh menjadi alternatif kepada servis pengangkutan awam kerana ia memenuhi citarasa penumpang. Caj servis Uber yang lebih rendah dari teksi turut menyumbang kepada faktor pemilihan. Insentif yang diumumkan oleh kerajaan dalam pembentangan Bajet 2017 menguatkan lagi sebab mengapa orang ramai beralih kepada Uber.
Cabaran bagi pemandu teksi
Jika pemandu teksi tidak mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan, tidak mustahil perkhidmatan teksi akan lenyap dengan lebih cepat. Salah satu pilihan bagi pemandu teksi yang ada ialah berhenti memandu teksi dan menyertai Uber. Persoalannya, apakah kos yang ditanggung oleh pemandu teksi hingga sukar bersaing dengan Uber?
Sebuah teksi Proton Persona perlukan bayaran harian dari RM60 ke RM65. Kos selenggara pula ditanggung oleh pemandu teksi. Kemunculan Uber telah menurunkan pendapatan mereka. Dahulu boleh dapat sehari RM150 ke RM200, tetapi sekarang nak dapat RM100 pun sukar. Kadar caj teksi hanya naik 5 tahun sekali dan syarikat teksi turut menaikkan kadar sewa.
Seorang pemandu teksi mendakwa pendapatan beliau adalah sebanyak RM2,000 ke RM2,500 sebulan jika dibandingkan dengan pemandu Uber yang boleh menjana RM5,000 ke RM6,000 sebulan.
Kerjasama Proton dan Uber
Pihak Uber Malaysia akan mengumumkan kerjasama dengan Proton dalam masa yang terdekat. Dijangkakan kerjasama antara 2 syarikat ini akan merancakkan lagi perkembangan ekonomi di Malaysia. Rakyat Malaysia akan dapat memiliki kereta baru untuk memandu bersama Uber dan Proton akan dapat melonjakkan jualan kereta mereka.
Pandu secara sambilan pun boleh dapat RM1,500 ke RM4,300 sebulan. Jika dibuat sepenuh masa, sudah pasti lebih banyak wang yang dapat dibawa pulang untuk keluarga anda.
Kesian la pulak dengan pemandu teksi kan? Tergugat mata pencarian mereka.. Hmm tapi teknologi pun makin maju. Orang pun nak cari perkhidmatan yang memudahkan dan menjimatkan untuk mereka. Ni satu lagi revolusi perkhidmatan pengangkutan di Malaysia siap masuk Bajet 2017.