Uber

Jana RM8 Ribu Sebulan Dengan Uber

Jana RM8 ribu sebulan dengan Uber

Adakah anda mahu menjana RM8,000 sebulan hanya dengan memandu bersama Uber? Pemandu ini bakal memberitahu bagaimana ia mendapatkannya. Meski pun seluruh negara mendapat tentangan yang hebat berkaitan Uber, populariti Uber tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menurun.

Uber baru sahaja memperkenalkan servis terkini mereka, UberXL untuk menampung sehingga 6 orang dalam satu kenderaan. Menurut laporan media, lebih 91,000 orang pemandu teksi di Asia Tenggara berdaftar dengan MyTeksi dan GrabCar. Ada di antara mereka yang berjaya jana RM8 ribu sebulan dengan Uber.

Polisi Uber tidak boleh mendedahkan berapakah jumlah pemandu mereka tetapi kewujudan pemandu mereka telah memberi impak kepada pemandu teksi di mana terdapat banyak protes termasuklah di ibu pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) oleh lebih 100 orang pemandu teksi. Mereka mahu permohonan sewa beli kenderaan Uber dan GrabCar dibekukan.

Protes lain yang berlangsung melibatkan 6,000 orang pemandu teksi ke atas SPAD untuk mempertahankan kerjaya mereka yang telah dirompak oleh pemandu Uber dan GrabCar.

SPAD memaklumkan bahawa aplikasi perkongsian perjalanan tidak menyalahi undang-undang kecuali mereka dibayar untuk kerja-kerja mereka. Walaupun peraturan rasmi masih belum selesai, SPAD telah mengharamkan mana-mana aplikasi perkongsian perjalanan.

Apa yang menarik minat untuk menjadi pemandu Uber walau pun berisiko untuk dipukul dan kereta mereka ditunda? Mereka berpeluang untuk jana RM8 ribu sebulan dengan Uber. Bagi mereka yang mahu menjadi pemandu Uber, ini rahsia bagaimana anda boleh mendapat wang tunai tambahan.

 

Pendapatan RM2,000 sebulan secara sampingan

Seorang pemandu Uber mampu menjana RM2,000 hingga RM3,000 secara sampingan bergantung pada berapa jam mereka memandu di siang hari. Kos petrol sudah mampu ditampung. Mereka mengambil penumpang jauh dari perhentian teksi dan meminta pelanggan duduk di kerusi hadapan.

Mereka tidak mengambil wang tunai dari pelanggan. Anda akan dilayan seperti rakan sendiri. Tidak seperti sebahagian pemandu teksi di stesen komuter Kajang, seluruh teksi mengenakan caj RM25 seorang ke Universiti Nottingham. Sebagai pelajar, ini amat membebankan kerana pemandu teksi tidak menggunakan meter. Mungkin pemandu teksi layak untuk kehilangan kerja mereka kerana menolak penggunaan meter.

Baca artikel buat duit RM2,000 sebulan dengan Uber.

 

Jana RM8 ribu sebulan dengan Uber
Beza pemandu Uber dan pemandu teksi.

 

Caj teksi tanpa guna meter

Pemandu Uber mengakui sikap pemandu teksi yang mengenakan caj berlebihan. Di Kuala Lumpur dan Kajang. Ada pelanggan yang mengadu kos dari Puchong ke Mid Valley atau Pavilion dikenakan sebanyak RM80 tanpa mengira penumpang tempatan atau tidak.

Sebahagian pemandu Uber boleh mengimbangkan kerja sampingan ini. Anda hanya perlu mempersiapkan diri dan pergi ke tandas sebelum memandu.

Seorang pemandu Uber mula memandu sejak 3 ke 4 bulan yang lepas. Tetapi sejak isu ini diketengahkan oleh pemandu teksi kepada SPAD, beliau berhenti memandu untuk mengelakkan keretanya ditunda oleh SPAD. Beliau memandu bersama Uber untuk mengisi masa lapang di samping mendapatkan pendapatan tambahan di hujung minggu.

 

Terima komisyen dengan perkenalkan Uber

Terdapat juga program Uber Partner, di mana anda boleh mencadangkan Uber kepada rakan anda untuk mendapatkan komisyen. Selepas beberapa kali perjalanan diselesaikan, komisyen akan diberikan kepada individu yang memperkenalkan Uber. Ganjaran ini berubah dari masa ke semasa. Setiap pemandu baru yang diperkenalkan akan menerima beberapa ganjaran.

Sebagai pemandu Uber, 75% dari tambang yang dikenakan akan diberikan kepada pemandu Uber semula. Pendapatan ini bergantung kepada berapa jam yang diluangkan dan servis yang diberikan iaitu Uber X-Low, Uber XL-Medium, UberBlack-Premium.

Caj yang dikenakan adalah secara mingguan atau bulanan. Menjelang waktu puncak, caj dikenakan 3 atau 4 kali ganda sejam di kawasan panas seperti KLCC. Anggaran kasar untuk kadar jam dan hari yang maksimum, pendapatan seorang pemandu Uber boleh mencecah RM8,000 lebih sebulan. Mereka akan meneruma emel dari Uber secara mingguan atau bulanan, pada bayaran maksimum yang mereka boleh perolehi.

Pihak Uber turut menghantar emel promosi untuk menggalakkan pemandu mereka meningkatkan pendapatan mereka. Terdapat pemandu wanita dalam Uber. Ketepatan masa, komunikasi mesra dan ketepatan masa merupakan punca mengapa orang ramai memilih Uber.

Untuk menjadi pemandu Uber, anda mesti mempunyai kereta dari tahun 2009 dan ke atas. Anda harus mendaftar sebagai pemandu Uber secara percuma.

 

Lain-lain maklumat dan syarat akan dimaklumkan menerusi emel dan SMS. Nota liputan insurans pula perlu disertakan semasa pendaftaran bersama wakil Uber.

Setakat ini tiada pengalaman buruk dari penumpang, kerajaan dan pemandu teksi yang ke atas pemandu Uber. Mereka digalakkan untuk memastikan kebersihan dan keselesaan penumpang, berbual-bual dengan penumpang dan menyediakan minuman air mineral serta servis caj telefon.

Pemandu Uber boleh berhenti seketika dari memandu untuk Uber dan boleh bermula kembali pada bila-bila masa kerana tidak terikat sepenuhnya dengan Uber.

 

Apa kata pemandu teksi tentang Uber

Ada seorang pemandu teksi yang jujur, tetap menggunakan meter dan membayar RM1,200 untuk mendapat permit atau RM40 sehari bagi menggunakan kenderaan dan lesen teksi, kini membawa pulang wang yang sedikit.

Tidak adil untuk Uber mengenakan caj lebih rendah dari teksi.

Selain bayaran untuk menjadi pemandu teksi, kereta mesti dihantar untuk pemeriksaan, membayar insurans penumpang, lesen dan yuran dari syarikat teksi dan kenaikan kos petrol serta GST.

Jika Uber mahu beroperasi di Malaysia, mereka mestilah mempunyai peraturan yang sama seperti pemandu teksi, dari lesen, pemeriksaan kenderaan dan permit. Mereka haruslah meletakkan kadar tambang yang sama tinggi, bukan lebih rendah dari teksi. Pemandu teksi tidak boleh merendahkan kadar tambang mereka menurut undang-undang.

Pemandu teksi yang tidak menggunakan meter adalah punca mengapa orang ramai menjauhi perkhidmatan teksi. mereka patut dikenakan tindakan oleh SPAD dengan menangkap dan menghukum mereka untuk mendapatkan kembali kepercayaan terhadap pemandu teksi. Uber turut dikehendaki untuk mendapatkan lesen, insurans untuk penumpang dan pemeriksaan kenderaan.

Syarikat teksi juga boleh disalahkan kerana ketamakan mereka. Pemandu teksi terpaksa membayar lebih untuk menjadi pemandu teksi kerana SPAD memberikan mereka permit yang banyak. Mengapa tidak SPAD memberikan permit kepada pemandu individu? Baik pemandu teksi dan pemandu Uber sama-sama makan dari periuk nasi, tetapi usah tabor pasir pada periuk orang lain.

 

Nasihat yang berinspirasi untuk pemandu Uber

Seorang pemandu Uber yang memandu kereta untuk Uber XL memandu untuk suka-suka. Beliau tidak fikir boleh mendapat RM4,000 ke RM8,000 sebulan. Ia bergantung pada bagaimana anda fikir mahu dapatkan RM4,000. Jika anda dapat jumlah tersebut 2/3 darinya akan disalurkan untuk kos petrol.

Beliau memandu tanpa ada sebarang masalah tetapi pemandu teksi menjadi semakin agresif. Katanya, rakan beliau yang tercedera melakukan sesuatu yang bodoh kerana pergi ke perhentian teksi untuk mengambil penumpang. Pihak polis tidak boleh menangkap pemandu teksi yang terlibat kecuali ada nombor plat kenderaan sebagai bukti.

Pemandu Uber XL tersebut bukan mahu membuat wang, tetapi mahu bertemu dengan orang yang berketrampilan. Beliau mempunyai bisnes pengurusan acara dan mengendalikan acara dari seberang. Jadi beliau boleh bertemu dengan rakan bisnes yang berpotensi. Berapa sahaja wang yang anda dapat dari Uber, sebahagiannya akan digunakan untuk kos petrol.

Kanak-kanak turut menggunakan Uber. Ibu bapa menggunakan Uber untuk mengambil anak mereka selepas sekolah.

Leon Foong, Pengurus Uber Malaysia menjawab soalan temuramah berkaitan isu kontroversi berkaitan Uber dan rancangan masa hadapan untuk Malaysia. Beliau menekankan bahawa, Uber menapis setiap pemandu yang memohon termasuklah rekod jenayah, latar belakang kewangan, rekod bersih memandu, umur, lesen memandu dan insurans kereta.

Beliau mendakwa, Uber berbanggsa untuk menyediakan pilihan pengangkutan yang mampu dinaiki, peluang menjana ekonomi rakyat untuk menjadi usahawan yang memilih kerjaya pemandu sebagai sumber pendapatan sekaligus menjadi penyelesaian kepada masalah pengangkutan yang efisien di bandar seperti Kuala Lumpur.

 

Rakyat Malaysia pilih Uber daripada teksi

Kajian terkini oleh SPAD, 75% rakyat Malaysia memilih Uber daripada perkhidmatan teksi. kajian ini melibatkan 45,000 orang pengguna. Ini dinyatakan sendiri oleh Pengerusi SPAD, Syed Hamid Albar. Pengguna Uber sebahagiannya kesal dengan sikap pemandu teksi yang tidak menggunakan meter dan mengenakan caj yang melampau.

Tambahan pula, caj yang dikenakan oleh Uber jauh lebih murah dan servis yang lebih baik. Kertas cadangan untuk membenarkan Uber dan GrabCar beroperasi seperti teksi akan siap sebelum akhir tahun 2016. SPAD masih menjalankan kajian dan beberapa perubahan sebelum ia dibawa ke Kabinet untuk perbincangan.

SPAD sedang berusaha untuk mewujudkan keseimbangan dan persaingan yang sihat di antara penyedia servis kenderaan tersebut. Panduan ini amat penting bagi SPAD untuk meleraikan konflik yang melanda pemandu teksi dan pemandu Uber kerana ada permintaan pengguna untuk menaiki Uber.

13 thoughts on “Jana RM8 Ribu Sebulan Dengan Uber”

  1. salam tuan, suami saya seblum ini adalah pemandu uber dan grab, tp br 2 hari akaun uber dan grab di block kerana ada masalah melibatkan kes polis 11 tahun lepas dan dh settle. suami sya telah pun pergi ke HQ uber utk meminta penjelasan tp masih lg dorang kata x boleh. masalah skang adakah pihak uber akan terus membekukan akaun uber suami saya walaupun kes polis dh settle dan masih ke boleh buat rayuan utk terus buat uber mcm seblum ni. kerana suami saya mmg betul berharap utk menyara keluarga kami dgn uber kerana beliau seorang OKU. mohon penjelasan tuan dlm perkara ini

  2. Uber…. Bagus untuk masyarakat malaysia kerana ia mempunyai service yang terbaik kepada pelanggan dan harga uber lebih murah dari teksi…dan saya juga selalu menguna uber untuk pelancong dari luar negara kerana mereka tiada data internet….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.