Kehidupan

Jangan Kutuk Orang Kahwin Lambat

Jangan kutuk orang kahwin lambat

Memang menjadi isu yang hangat bila berbicara tentang kahwin. Lebih-lebih lagi melibatkan mereka yang masih belum melangsungkan perkahwinan. Kita sedia maklum bahawa sebahagian besar penduduk di Malaysia ramai yang masih belum berkahwin kerana beberapa faktor. Di antaranya ialah isu belum berjumpa dengan calon yang sudi atau masalah kewangan. Jadi jangan kutuk orang kahwin lambat.

Bila ditanya kepada perempuan yang masih bujang, mereka dikatakan terlalu memilih dan mempunyai jawatan atau pendidikan yang lebih tinggi. Bagi lelaki yang bujang juga tidak terkecuali. Mereka dikatakan tidak berketrampilan dan tiada harta seperti rumah dan kereta. Sebab itu masih belum bertemu jodoh. Ini semua tidak benar sama sekali.

 

jangan-kutuk-orang-kahwin-lambat
Lambat kahwin bukan semestinya kerana memilih.

 

Salah anggap oleh masyarakat

Sebahagian besar masyarakat telah melemparkan pandangan yang buruk kepada mereka yang bujang. Soal jodoh bukanlah di dalam pilihan kuasa kita untuk mempersoalkannya. Namun tidak dinafikan ada di antara orang bujang ini menetapkan standard yang agak tinggi untuk menjadi jodoh mereka. Rugilah mereka kerana ada calon yang berpeluang lalu terlepas kerana terlalu mengikut standard tersebut.

Ada sebahagian orang bujang yang lain bersikap sederhana dan tidak terlalu memilih. Ciri-ciri suami atau isteri yang memiliki rupa sederhana, bersopan santun dan taat pada perintah Tuhan terdapat dalam diri mereka. Jodoh sahaja yang masih belum ditemukan. Masyarakat haruslah membantu mereka dan memberikan sokongan motivasi. Itu lebih baik daripada mengutuk mereka.

 

Sudah stabil tapi masih belum ada jodoh

Ada orang bujang yang sudah mencecah usia 30an namun masih belum berkahwin biar pun sudah mempunyai tahap kewangan yang dikatakan stabil. Kereta sudah ada, rumah pun sudah dibeli namun jodoh masih lagi belum ditemui. Oleh itu sedikit usaha yang lebih serius haruslah digerakkan supaya jodohnya dapat dipercepatkan.

Di antara usaha yang boleh diambil ialah bertanyakan pada ibu bapa atau saudara-mara. Mungkin ada kenalan mereka yang masih belum berkahwin. Biarkan ibu bapa yang membantu untuk membuat pilihan. Tidak salah berkahwin dengan sepupu atau saudara-mara sendiri. Berkawan dan berkahwinlah dahulu, bercintanya kemudian. Itu lebih baik daripada keluar berdua-duaan tanpa sebarang ikatan.

Bila sudah berkahwin, setiap pasangan hendaklah bekerjasama menjaga hubungan suami dan isteri dengan baik. Pendek kata masing-masing memainkan peranan bagi memelihara keharmonian rumah tangga. Biarlah perkahwinan tersebut berkekalan hingga akhir hayat.

29 thoughts on “Jangan Kutuk Orang Kahwin Lambat”

  1. Huhu…dah mampu kawin tu, kawin aje la.. jangan tangguh2 lagi..saya sekarang dah kawin.,.dah anak dua..tapi belum rasa kepuasan lagi apabila belum berjaya untuk menyuruh isteri menjadi suri rumah sepenuh masa.. tambahan pula, sekarang ni bisnes masih baru.. belum ada rezeki lagi untuk menyara isteri sepenuhnya.. insyaAllah.. bila dah dapat rezeki tu, barulah akan ada kepuasan 100% dalam rumahtangga… kepuasan menjadi ketua keluarga..huhu
    Hafizul recently posted…Buat Akaun Syarikat Sendiri, Ofkos STRESS GILERMy Profile

  2. Manusia bila belum kahwin di tanya bila nak kahwin, bila kahwin akan ditanya bila nak dapat anak.. semua itu ditangan Allah, cuma pelik yang ada jodoh nak kahwin lambat2 tu apa hal?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.