Kewangan

Jangan Kutuk Orang Kahwin Lambat

Jangan kutuk orang kahwin lambat

Memang menjadi isu yang hangat bila berbicara tentang kahwin. Lebih-lebih lagi melibatkan mereka yang masih belum melangsungkan perkahwinan. Kita sedia maklum bahawa sebahagian besar penduduk di Malaysia ramai yang masih belum berkahwin kerana beberapa faktor. Di antaranya ialah isu belum berjumpa dengan calon yang sudi atau masalah kewangan. Jadi jangan kutuk orang kahwin lambat.

Bila ditanya kepada perempuan yang masih bujang, mereka dikatakan terlalu memilih dan mempunyai jawatan atau pendidikan yang lebih tinggi. Bagi lelaki yang bujang juga tidak terkecuali. Mereka dikatakan tidak berketrampilan dan tiada harta seperti rumah dan kereta. Sebab itu masih belum bertemu jodoh. Ini semua tidak benar sama sekali.

 

jangan kutuk orang kahwin lambat
Kita tak tahu nasib seseorang di masa depan, termasuklah orang yang belum kahwin.

 

Salah anggap oleh masyarakat

Sebahagian besar masyarakat telah melemparkan pandangan yang buruk kepada mereka yang bujang. Soal jodoh bukanlah di dalam pilihan kuasa kita untuk mempersoalkannya. Namun tidak dinafikan ada di antara orang bujang ini menetapkan standard yang agak tinggi untuk menjadi jodoh mereka. Rugilah mereka kerana ada calon yang berpeluang lalu terlepas kerana terlalu mengikut standard tersebut.

Ada sebahagian orang bujang yang lain bersikap sederhana dan tidak terlalu memilih. Ciri-ciri suami atau isteri yang memiliki rupa sederhana, bersopan santun dan taat pada perintah Tuhan terdapat dalam diri mereka. Jodoh sahaja yang masih belum ditemukan. Masyarakat haruslah membantu mereka dan memberikan sokongan motivasi. Itu lebih baik daripada mengutuk mereka.

 

Sudah stabil tapi masih belum ada jodoh

Ada orang bujang yang sudah mencecah usia 30an namun masih belum berkahwin biar pun sudah mempunyai tahap kewangan yang dikatakan stabil. Kereta sudah ada, rumah pun sudah dibeli namun jodoh masih lagi belum ditemui. Oleh itu sedikit usaha yang lebih serius haruslah digerakkan supaya jodohnya dapat dipercepatkan.

Di antara usaha yang boleh diambil ialah bertanyakan pada ibu bapa atau saudara-mara. Mungkin ada kenalan mereka yang masih belum berkahwin. Biarkan ibu bapa yang membantu untuk membuat pilihan. Tidak salah berkahwin dengan sepupu atau saudara-mara sendiri. Berkawan dan berkahwinlah dahulu, bercintanya kemudian. Itu lebih baik daripada keluar berdua-duaan tanpa sebarang ikatan.

Apa pun situasi anda, belum atau sudah berkahwin, ada baiknya anda belajar menguruskan kewangan dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *