Jika ada wang tunai RM200 ribu
Wang yang banyak harus diuruskan dengan bijak. Jika ada wang tunai RM200 ribu, apa yang anda nak buat dengannya? Untuk menguruskan wang yang besar, anda perlu belajar menguruskan wang yang kecil dahulu. Wang tunai RM200,000 boleh dikembangkan lagi kepada beberapa pecahan untuk menambahkan keuntungan dalam masa yang panjang.
Ini adalah cadangan yang pertama. Bahagikan kepada 3 pecahan.
1. RM50,000 untuk 5 unit sublet
- Aliran tunai sebulan RM600 seunit
- 5 unit x RM600 dapat RM3,000 sebulan
- Gunakan wang ini untuk melunaskan hutang piutang yang ada
- Bila selesai hutang, wang ini dimasukkan ke dalam akaun pendidikan anak-anak
2. RM100,000 untuk 2 rumah lelong
- Jika dibeli secara tunai, hutang pun tiada
- Anggaran aliran tunai dari sewaan RM650 setiap satu
- Sebulan boleh dapat RM1,300 sebulan
- Gunakan wang ini untuk dilaburkan dalam unit amanah
3. RM50,000 dilaburkan ke dalam unit amanah
- Masukkan RM50,000 dalam unit amanah
- Cari unit amanah patuh syariah dengan pulangan 10% atau lebih

Jumlah RM200,000 yang dilaburkan berpotensi untuk berkembang kepada RM1,000,000 atau lebih berpandukan “power of compounding”.
3 tips buat duit dengan rumah sewa
Anis Hafiza menerusi perkongsian di Facebook ada mencadangkan supaya biar orang lain bayarkan rumah anda. Ini 3 cara buat duit dengan rumah sewa menurut beliau dengan kaedah guna wang orang lain.
Cari rumah yang bernilai RM100,000 dan beli. Bank mengenakan faedah bank 5.15% dengan ansuran bulanan sebanyak RM500. Kemudian anda sewakan dengan perabot dan caj RM1,100. Untung sewa anda ialah RM600.
Kemudian beli rumah bernilai RM90,000. Andaikan bank memberi faedah 4.6% dengan ansuran bulanan RM430. Sewakan rumah secara asas tanpa perabot dengan RM700. Kadar keuntungan sewa anda ialah RM270.
Seterusnya, cari rumah RM170,000. Mohon pembiayaan dengan bank. Katakan faedah ialah 5.25%. Ansuran bulanan sebanyak RM950. Letakkan kadar sewa RM1,300. Di sini anda sudah untuk RM350.
Jumlah pendapatan pasif yang bakal diterima ialah RM600 + RM270 + RM350 = RM1,220. Wang ini anda boleh guna untuk buat belanja dapur, makan dan minum atau bayar bil air dan elektrik. Anda juga boleh guna wang tersebut untuk buat pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau beli rumah yang seterusnya.
Jika anda tiba-tiba kehilangan kerja, wang RM1,220 ini akan jadi pendapatan anda. Jika anda tidak mampu membeli rumah, anda boleh sewa rumah dan sewakan kembali dengan harga yang lebih tinggi sublet).
Jika anda mahu belajar membuat hartanah sublet, sila rujuk kepada Panduan Memulakan Hartanah Sublet dengan segera.
terima kasih atas perkongsian sewa rumah ni..