Jika tak mampu bayar hutang
Soalan :
Saya terlalu banyak hutang, dan kini tak mampu lagi nak bayar kesemua hutang saya.
Jawapan :
Jika anda dibebankan oleh banyak hutang sehingga tidak mampu lagi untuk melangsaikannya, anda perlu berurusan dengan Jabatan Insolvensi menerusi pengisytiharan diri sebagai muflis.

Mengapa perlu mufliskan diri?
Sekiranya hutang anda dibiarkan berpanjangan seperti hutang kad kredit, hutang tersebut akan bertimbun. Jika anda berhutang RM3,000 dengan kad kredit dan membayar kadar minimum setiap bulan, kadar faedah yang dicajkan boleh meningkat sehingga RM30,000 dalam masa beberapa tahun sahaja.
Sekiranya anda membuat pengisytiharan muflis dengan lebih awal, kadar faedah yang dikenakan boleh dibekukan daripada terus berganda. Seterusnya anda harus berjumpa dengan Jabatan Insolvensi untuk menjelaskan aset-aset yang anda miliki dan menstrukturkan semula jadual pembayaran hutang kepada pemiutang anda.
Boleh bekerja seperti biasa
Ini akan membantu anda untuk bekerja seperti biasa sekaligus menerima gaji ke akaun bank. Anda juga wajib membayar hutang mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Jabatan Insolvensi. Gaji dan perbelanjaan anda akan dipantau oleh jabatan tersebut supaya mereka boleh membuat keputusan berapakah jumlah bayaran yang perlu anda lunaskan setiap bulan.
Sekiranya bayaran bulanan anda berjaya dibayar dalam masa 36 bulan, hutang-hutang yang lain mungkin akan dihapuskan jika anda bernasib baik. Sebagai contoh, anda mempunyai hutang RM200,000 dan anda berurusan dengan Jabatan Insolvensi untuk membuat ansuran bulanan. Sebanyak RM60,000 sudah pun dibayar dan berkemungkinan Jabatan Insolvensi akan melupuskan hutang-hutang anda selepas itu.
Jika anda berjaya, status nama anda akan kembali bersih dan tidak memiliki sebarang hutang selepas Jabatan Insolvensi membantu membersihkan nama anda.
Ini mungkin salah satu cara untuk membebaskan diri anda daripada bertambah hutang.
Semoga pihak Insolvensi berlaku adil terhadap pihak muflis.
Membebaskan atau senarai bersih nama agar mereka boleh hidup dalam kesusahan sepanjang hayat.
sensasi2020 recently posted…Sambutan Ambang Merdeka 2016
Bagus juga isytihar muflis dari terus menerus dicaj bunga yang bertimbun2.
Terima kasih atas perkongsian.. 🙂
Ada syarat jumlah hutang ke?
Gerun juga bila sebut insolvensi ni…
Introducer maybank recently posted…Kelulusan akaun semasa syarikat-feedback positif daripada usahawan/peniaga
itulah sebabnya kita perlu latih diri dari awal lagi spy tidak berhutang.. perit nak membayarnya nanti
nikkhazami recently posted…Ciri Menarik dan Harga Oppo F9 Malaysia
ada baik juga jadi muflis walaupun gelaran tersebut tidak baik..
yang paling penting ada kerja atau bisnes yang boleh digunakan untuk bayar hutang..
mudahan kita dijauhkan dari hutang
mrhanafi recently posted…Secebis Kisah Sedih Di Pagi Hari Raya Aidiladha 2018
Baik juga buat macam ni. Jadi tak terlalu stress bila tengok interest makin naik
Xplorasi Destinasi recently posted…Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018
Jika tak mampu bayar hutang, lebih baik jangan behutang, menabung dahulu untuk mengumpulkan uang.
Saya tidak suka berhutang, kalau Saya menginginkan sesuatu, Saya akan menabung dahulu.