Jual 20 ribu helai baju kurung sebulan
Kisah ini dipetik dari laman Sifu FB Ads. Ada seorang peniaga baju kurung berjaya jual 20 ribu helai baju kurung sebulan di bulan puasa atau bulan Ramadan. Sebanyak 20,000 helai berjaya dijual dalam masa 10 hari sahaja. Dengan menggunakan platform media sosial Facebook, ada lebih dari 400 mesej yang diterima menerusi WhatApps.
Beliau pada asalnya tidak tahu langsung pemasaran di Facebook. FB Ads pun tak tahu. Selepas menyertai kelas FB Ads, beliau berjaya menjual 4 helai baju kurung sebagai permulaan. Untuk 2 hingga bulan berikutnya barulah dapat RM30,000 secara konsisten.
Facebook tempat jual baju kurung
Beliau sendiri bermula dengan pemasaran yang paling asas menggunakan Facebook. Beliau berjaya kerana meluangkan masa, tenaga dan kos termasuk wang ringgit untuk berjaya. Korbankan masa untuk belajar, praktikkan dan urus bisnes.
Sudah pasti kos yang dikeluarkan dahulu sudah melebihi ribuan ringgit. Buat bisnes baju kurung ini tidak semestinya terus berjaya menjual. Kena belajar dahulu, kemudian berhadapan dengan trial and error barulah boleh berjaya.

Mulakan bisnes baju kurung sekarang
Jadi sekarang anda letakkan matlamat untuk berjaya dalam bisnes baju kurung. Pastikan anda melakukan perkara-perkara seperti berikut :
1. Mula cari pembekal untuk menjual atau buat dropship.
2. Tetapkan matlamat untuk jual baju kurung di setiap bulan.
Jika anda tak dapat capai sehingga RM10,000 sebulan, sekurang-kurangnya anda capai RM1,000 dahulu. Tidak semestinya anda berniaga terus dapat untung besar, tetapi belajar untuk terima untung kecil dahulu.
Jika anda tidak berjaya 100% sekali pun, sekurang-kurangnya anda capai 50% kejayaan pun sudah cukup bermakna.
pergh mantapnya dapat jual 20 ribu baju kurung sebulan…ciktom baru berjinak2 buat bisnes tahun ni…
cik tom recently posted…Servis Design Logo dan Resit Rasmi Perniagaan
syok dengar kisah orang yang berjaya menjalankan perniagaan dengan jualan yg tinggi..
JMR recently posted…Susahnya nak Wefie!
Masalah juga, kalau yang baru nak mula berniaga terus nak pendapatan yang besar. Bila hasil tak banyak, terus give up. Bahaya mentaliti macam ni .
sabree hussin recently posted…Rose Face Serum Zeeta – Rahsia bagaimana menghilangkan jeragat dan parut jerawat sepantas 14 hari
Alhamdulillah, usaha tangga kejayaan, sales tentu banyak, rezeki
Dila recently posted…3 Faktor Penyebab Rahim Rosak
Consider jualan yang hebat dengan kuantiti baju yang dijual ini. Jika kos dikawal dengan baik dah tentu boleh dapat untung yang banyak.