Jual produk informasi 300 unit 3 hari
Bulan Oktober ini saya agak sibuk dengan jualan produk informasi. Ianya berkaitan dengan niche kerjaya iaitu peperiksaan online Penolong Akauntan Gred W27. Untuk sasaran pelanggan kali ini adalah lepasan diploma. Kadar tempahan amat menggalakkan kerana dalam masa 3 hari sahaja ia sudah terjual melebihi 300 unit. Saya akan kongsikan tips jual produk informasi 300 unit 3 hari supaya anda juga boleh belajar menghasilkan produk dan jualan yang sama, bahkan lebih baik dan banyak dari saya.

Permintaan dari pelanggan yang lapar
Menjual makanan kepada orang yang lapar memang mudah. Begitu juga menjual air kepada mereka yang haus. Dalam hal ini, saya bersama dengan rakan-rakan affiliate yang lain menawarkan ebook persediaan peperiksaan online Penolong Akauntan untuk calon-calon yang dipanggil ke peperiksaan tersebut. Ebook ini dijual kepada calon-calon yang terlibat untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan online dengan menyediakan nota dan contoh soalan yang berkaitan.
Begitu juga dengan produk untuk menaikkan berat badan. Ianya ada permintaan di pasaran. Anda sebagai usahawan harus bertindak untuk mencari dan menawarkan produk yang boleh memenuhi permintaan dan menyelesaikan masalah pelanggan anda. Sebagai balasan, mereka akan membeli produk yang ditawarkan sebagai tanda terima kasih. Ia juga sebagai pertukaran nilai kerana anda telah membantu mereka mendapatkan penyelesaian masalah yang diperlukan.
Produk yang memenuhi permintaan
Menjual produk atau servis kepada orang yang salah tidak akan menghasilkan keuntungan. Sama seperti menawarkan ubat batuk kepada orang yang sihat. Mereka sama sekali tidak memerlukannya. Produk untuk menurunkan berat badan tidak berguna bagi orang yang kurus kerana mereka sudah sedia maklum tidak memerlukannya. Jadi anda harus pilih produk atau servis yang benar-benar diperlukan oleh pelanggan. Jika tidak, masalah tidak akan selesai malah masalah lain pula muncul.
Jadi ebook peperiksaan online Penolong Akauntan tersebut disasarkan kepada pelajar lepasan diploma. Jawatan Penolong Akauntan dikhususkan untuk mereka yang berusia 21 tahun dan ke atas. Mereka yang memenuhi kriteria ini merupakan golongan yang sudah bekerja dan mempunyai kuasa membeli yang tinggi. Menjual produk kepada pekerja jauh lebih mudah kerana mereka berkemampuan untuk mengeluarkan wang bagi membeli produk yang anda tawarkan.
Ejen affiliate yang agresif
Ini adalah sumber kekuatan yang paling berharga dalam sesebuah syarikat. Ejen affiliate ini terdiri dari pelbagai latar belakang akademik dan kemahiran yang berbeza-beza. Ada ejen yang mahir dengan pemasaran laman sosial, ada yang mahir dengan pemasaran blog dan ada yang mahir dengan pemasaran emel serta Google Ad. Setiap seorang daripada mereka mampu mempengaruhi ejen-ejen yang lain bagi bersaing untuk menghasilkan jualan yang tertinggi.
Bagi agen yang berjaya menghasilkan komisyen terbanyak, mereka berpeluang untuk menerima hadiah tambahan dari penganjur program affiliate tersebut. Selain itu, beliau boleh menghasilkan satu ebook untuk case study bagaimana nak dapatkan jualan terbanyak dan teknik pemasaran yang digunakan bagi menjadi agen yang paling banyak menjana komisyen.
semua memang hebat-hebat belaka tu..Zeo sekali hadap je..ehehe
reezluv recently posted…Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Dia punya blog yang atas sekali dalam Google 🙂
Tahniah! SEbab itu kena ada target customer, tak boleh semberono je.
kerja sendiri recently posted…Tolak Gores dan Menang!
Nak rehat pun ada masa sendiri, nak kerja pun tak boleh lalai 🙂
Rugi tak sempat nak joint
Sani recently posted…Tips Bisnes Air Jus Mangga Dari Puan Ainon ABS
Ada peluang di masa akan datang 🙂
tahniah, untung sapa join
Raihanah Ahmad recently posted…Mengecutkan Dan Mencegah Fibroid Dengan Shaklee
memang untung sapa dapat join. tahniah!
kaki pelangi recently posted…APA ITU RESVERATROL?
tahniah, bro buktikan tak susah sebenarya job ni.
fokus to targeted audience & support from group.
all the best bro!
nurul recently posted…Bertukar jenama boleh menukarkan hidup anda
terbaik dan tuan antara orang yang hebat dalam bidang ini..
mrhanafi recently posted…Cerita Bajet 2016 Hangat Di Pasaran
Jual pada audience yang memang sedang cari info tersebut. Jangan jual produk kita suka tapi orang tak cari.
rahimah recently posted…5 Perkara Kena Tahu Sebelum Bercuti Ke Australia
haha masih bertatih saya untuk mencapai seperti ini
onlajer recently posted…Panduan Bisnes Aiskrim Yang Menguntungkan
Terima kasih, berkat kerjasama tim dan agen IKR 🙂
kencang sale org berpengalaman ni
JMR recently posted…Cara Sediakan Susu Anak Semasa Penerbangan
semua info kat atas tu betul. kita jual produk dan servis yang menyelesaikan masalah orang ramai. baru sale padu. hehe
nikkhazami recently posted…SGShop Malaysia Haul – Beli Barang dari Taobao
Kalau jual makan pada org yg tak suka makan pon satu masalah juga. Kena kenal audiens kita supaya jualan cpt laris
Kauthar mohd recently posted…Pemilihan Pencuci Muka Yang Sesuai Penting Ke Untuk Dapatkan Kulit Sihat?
Sangat menarik 🙂