Bisnes

Jualan Kencang Lepas Guna My Ads Shopee

Jualan kencang lepas guna My Ads Shopee

Bagi anda yang sudah ada pengalaman buat bisnes di Shopee, anda pasti sudah biasa dengar My Ads Shopee. Menurut pendapat pendiri bisnes, jualan kencang lepas guna My Ads Shopee pada kedai mereka. Selain dari teknik pengiklanan percuma, anda boleh guna My Ads Shopee untuk menjual barang di Shopee.

 

Jualan di Shopee mulai menurun

Bagi anda yang baru bermula dengan dropship Shopee atau sudah lama buat bisnes di Shopee, pasti anda pernah berdepan dengan situasi seperti tiada jualan walau pun sudah ada lebih dari 100 produk yang dijual dan angka jualan menurun. Dahulu boleh jual setiap hari, tapi sekarang jualan setakat 1 unit saja seminggu atau sebulan.

Situasi ini adalah perkara biasa bagi mereka yang pernah bergelar peniaga, sama ada berniaga di kedai atau di berniaga di Shopee. Oleh itu, anda perlukan seseorang untuk menunjukkan jalan penyelesaiannya.

Anda perlu belajar menggunakan My Ads Shopee sebagai salah satu senjata untuk bangkit semula dari kegagalan. Bagi anda yang baru berniaga di Shopee, tidak menjadi satu halangan untuk anda sama-sama belajar guna My Ads Shopee.

 

Kenapa anda wajib guna My Ads Shopee?

Kalau anda nak naikkan jualan sepantas roket, My Ads Shopee adalah jawapannya. Sebelum itu, anda harus tahu rahsia untuk melonjakkan jualan kedai Shopee dengannya. Jadi, anda perlu kenal dahulu apa itu My Ads Shopee.

My Ads Shopee ini adalah kemudahan iklan berbayar yang diperkenalkan oleh Shopee. Anda perlu bijak membida kata kunci yang menjadi carian oleh pelanggan dalam Shopee. Anda hanya akan dicaj jika kata kunci tersebut di klik sahaja. Selain itu, iklan produk anda akan tersiar di laman pertama Shopee jika anda menggunakan My Ads Shopee.

Memandangkan ia adalah sebuah iklan berbayar, anda perlukan ilmu yang betul supaya kos iklan yang dilaburkan boleh memberi pulangan yang lumayan. Salah teknik nanti wang anda hangus, jualan pun tak ada hasil.

 

jualan kencang lepas guna my ads shopee
Ini adalah contoh paparan My Ads Shopee.

 

Apa itu My Ads Shopee?

My Ads Shopee menggunakan konsep prabayar, anda tambah nilai dahulu baru boleh jalankan iklan. Sebagai contoh, anda cari kata kunci “baju tidur baby”. Maka iklan yang bertanda dengan “Ad” adalah iklan My Ad Shopee. Senang saja nak buat iklan Shopee ini kalau sudah tahu caranya.

Masalahnya, banyak iklan yang dibuat mendatangkan masalah sebab tak dapat panduan yang betul. Oleh itu, anda kena belajar ilmu My Ads Shopee supaya dapat kurangkan kos iklan dan mendapatkan pulangan yang tinggi.

 

Salah iklan, produk tak laku

Kenapa kos iklan hangus? Salah satunya sebab iklan tersebut tersasar dari target yang sepatutnya. Kalau anda nak tahu, ada beberapa produk yang hangat untuk dijual menggunakan iklan My Ads Shopee. Kalau anda tak nak rugi dan mahukan keuntungan yang lumayan, belajarlah dari panduan video My Ads Shopee ini dengan segera. Support Group turut disediakan untuk membantu anda menjawab soalan dan permasalahan dalam My Ads Shopee, tanyalah apa-apa soalan sebab sokongan ini diberikan untuk seumur hidup!

Kos untuk memiliki panduan My Ads Shopee ini tidaklah setinggi mana, kalau nak dibandingkan dengan pulangan yang anda bakal perolehi. Terus dapatkan panduan video iklan Shopee sekarang!

 

–> klik sini untuk mendapatkan panduan My Ads Shopee <–

1 thought on “Jualan Kencang Lepas Guna My Ads Shopee”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.