Facebook

Jualan Penapis Air 5 Angka Sebulan

Jualan penapis air 5 angka sebulan

Semasa saya menyiapkan tugasan di pejabat, ada 2 orang warga emas datang berbincang denga rakan saya yang menjadi konsultan Facebook Ads mereka. Sambil berbual, salah seorang dari mereka bercerita perihal anak mereka yang membuat jualan penapis air 5 angka sebulan. Sambil itu saya mendengar si makcik bercerita.

Bagaimana ia bermula

Kisahnya, si anak datang ke program seorang konsultan. Bukan seorang dua yang hadir, malah ada ramai lagi agen penapis air yang datang. Konsultan tersebut ajar mereka untuk guna iklan di Facebook, iaitu Facebook Ads atau biasa dipanggil FB Ads. Iklan ini kena keluarkan kos, jadi ia perlu dibuat dengan memastikan kos yang keluar dapat menghasilkan jualan.

Memang ramai orang tahu FB Ads, tapi tak ramai yang boleh buat FB Ads yang boleh menjual. Konsultan tersebut ajar perkara-perkara asas bagaimana nak buat FB Ads. Kalau anda cari di Google pun boleh jumpa. Cuma apa yang anda jumpa tak semestinya sama macam beliau ajar. Bagi orang baru, ini perkara penting sebelum keluarkan banyak kos untuk FB Ads.

Fokus perkara yang perlu

Kalau orang yang sudah biasa, panduan asas ini tidak memberi manfaat sebab mereka sudah ada pengalaman. Cuma ada beberapa perkara yang ditekankan oleh konsultan tersebut iaitu :

  • Cara ubah Boost Post untuk lebih menarik
  • Cara Set Audience guna Save Target Target Group
  • Custom Audience dan Lookalike
  • Cara Closing FB Ads (macam mana nak baiki FB Ads)

 

Bila dengar cerita makcik itu, memang rasa kenal dengan konsultan yang ajar mereka. Dan makcik itu sendiri pernah datang ke program yang beliau anjurkan. Perkara yang penting di sini juga saya pernah datang untuk belajar Power Editor sampai pening kepala!

Makcik guna cara asas sahaja

Berbalik kepada cerita makcik tadi, si konsultan ajarkan perkara asas bermula dengan buat Fanpage untuk tarik Likes, buat Engagement kemudian FB Ads untuk Close Sale. Itu saja yang makcik ceritakan. Saya yang dengar pun rasa, macam itu saja ke?

Ya, macam itulah. Makcik tadi belajar FB Ads sebab anak dia jual penapis air sampai 5 angka sebulan. Jadi beliau pun belajar untuk pasarkan produk kecantikan guna FB Ads. Amboi, warga emas pun nak belajar FB Ads inikan kita yang muda. Kalau tak ambil peluang ini rugilah nanti.

 

jualan penapis air 5 angka sebulan
Media sosial juga boleh dijadikan tempat untuk berniaga.

 

FB Ads bukan sekadar untuk jual produk penapis air sahaja. Banyak lagi yang anda boleh buat dengan FB Ads, contohnya kumpul database, cari agen, jual produk makanan, produk kesihatan dan banyak lagi. Jangan berkira dengan kos iklan, tapi kiralah berapa pulangan dari iklan.

Beliau adalah Firdaus Azizi. Kepakaran beliau ialah dalam FB Ads. Anda boleh lihat profil dan senarai program yang pernah beliau anjurkan :
[+] https://fatc.onpay.my/order/form/vr-preview/dpli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.