Bisnes

Juara Affiliate Niche Kerjaya

Juara affiliate niche kerjaya

Baru-baru ini berlangsungnya satu cabaran affiliate untuk niche kerjaya yang dianjurkan oleh Tim Infokerjaya. Lumrah apabila bermulanya sesuatu cabara affiliate, pelbagai senjata pemasaran akan digunakan. Shamsuriyadi Mamat, juara affiliate niche kerjaya menggunakan teknik lagenda beliau iaitu Google Adwords.

Dalam pemasaran niche kerjaya, kaedah yang biasa digunakan ialah seperti SEO, SERP, SEM, Facebook Ads, Pemasaran Emel dan Google Adwords. Ada satu teknik yang kerap dipraktikkan baru-baru ini iaitu remarketing. Ada yang menamakannya sebagai retargeting. Dalam Google Adwords, fungsi ini digunakan untuk mengekori pelawat yang pernah datang ke laman sesawang anda.

 

juara-affiliate-niche-kerjaya
Saya bersama Shamsuriyadi Mamat dalam majlis Gathering 2014.

 

Iklan muncul bagaikan saka

Ada sebahagian pengguna internet menggelarkan remarketing sebagai teknik saka. Maklumlah saka akan mengekori seseorang ke mana sahaja beliau pergi. Iklan yang pernah dilihat dan diklik oleh pengguna berkenaan akan muncul di mana-mana sahaja laman yang memasang kod Google Adsense.

 

juara affiliate niche kerjaya
Shamsuriyadi menjuarai cabaran affiliate dalam niche kerjaya.

 

Jika dilihat pada carta di atas, Muhammad Suhaili turut menggunakan teknik yang sama untuk mempromosikan produk niche kerjaya ini. Ternyata Shamsuriyadi Mamat lebih berpengalaman dengan teknik Google Adwords sekaligus menjuarai cabaran affiliate ini.

 

Kepentingan pemasaran remarketing

Biasanya, pengguna yang melihat iklan untuk pertama kali memang sukar untuk membuat pembelian. Iklan yang berkali-kali ditayangkan pada mereka boleh mengubah persepsi daripada melihat kepada membeli. Lihat pada syarikat-syarikat yang menjalankan remarketing di enjin carian Google.

Iklan yang disiarkan berkali-kali akan mula tertanam di minda pelawat. Buka laman Berita Harian, iklan tersebut keluar. Buka pula laman Utusan Malaysia, iklan tersebut keluar lagi. Sampai satu peringkat, satu memori akan tertanam di mindanya tentang produk tersebut.

Satu hari nanti apabila pelawat tersebut hendak membuat pembelian, mindanya akan membuat keputusan untuk memilih produk yang berkali-kali dilihat. Beliau akan terus mencari produk tersebut di internet. Contoh syarikat yang menjalankan kempen remarketing ialah Zalora dan Lazada.

 

Panduan Google Adword yang terbaik

Cara yang paling baik untuk mempelajari teknik ini ialah belajar dari beliau sendiri. Seni Adwords : Affiliate Marketing Dengan Adwords adalah hasil nukilan berdasarkan pengalaman beliau sendiri menjalankan pemasaran menggunakan Google Adwords. Belajar dari mereka yang berpengalaman adalah pilihan yang tepat.

Ini bukanlah kali pertama beliau menjana pendapatan lumayan dari affiliate niche kerjaya, tetapi sudah terbukti kaedah yang beliau jalankan pernah menjana komisyen sehingga 5 angka hanya dengan menggunakan Google Adwords. Biar pun teknik pengiklanan ini berbayar, namun pulangannya amat memberangsangkan.

Jika anda membuat trial and error untuk belajar sendiri, anda bakal kerugian wang dan masa. Lebih teruk lagi jika anda melakukannya tanpa rujukan yang terbukti berjaya. Oleh itu dapatkan terus Seni Adwords : Affiliate Marketing Dengan Adwords supaya anda mampu menjalankan pemasaran menggunakan Google Adwords dengan lebih berkesan.

20 thoughts on “Juara Affiliate Niche Kerjaya”

  1. Adwords ni x rugi belajar..skang pun ramai dh beralih ke adwords dr FB.. Sbb lg targeted..tp perlu ad ilmu..bkn main bid mahal2..habis duit ad la.. QS kene bagus jugak baru naik position kt ads 🙂
    Pakej Umrah recently posted…Pakej Umrah 2015My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.