Jumlah ayat al-quran 6236 atau 6666?
Memang sebelum ini saya ada menghantar emel beritahu anda yang ayat Al-quran berjumlah 6236. Jumlah itu memang tepat sebab kalau anda ambil kalkulator dan kira sendiri pun, anda akan dapat jumlah yang sama.
Tapi selepas itu, saya mendapat banyak emel yang isinya lebih kurang begini :
1. Tapi saya belajar dari ustaz saya jumlah ayat Al-quran 6666.
2. Dulu saya pernah baca yang jumlahnya 6666 bukan seperti ustaz beritahu.
Saya pun agak terkejut dan cuba mencari jawapan dari mana angka 6666 itu berasal. Alhamdulillah, akhirnya saya ketemu jua jawapannya.

Jawapan sebenar
Jumlah 6666 itu bukan jumlah ayat Al-quran, tetapi ia adalah jumlah ayat Al-quran yang dikategorikan berdasarkan topik.
Ia ada dalam kitab Aqidah Al-Najin tulisan Tuan Minal. (Kitab boleh didapati di kedai jualan kitab lama). Jumlah bilangan ayat yang disusun oleh ulama tersebut ialah :
- 1000 ayat Al-quran berkaitan menyuruh membuat kebaikan.
- 1000 ayat Al-quran berkaitan mencegah kemungkaran.
- 1000 ayat Al-quran berkaitan janji diberi pahala.
- 1000 ayat Al-quran janji dibalas seksa.
- 1000 ayat Al-quran berkaitan ayat membandingkan sesuatu.
- 1000 ayat Al-quran berkaitan dengan kisah dan khabar.
- 500 ayat Al-quran berkaitan halal dan haram.
- 100 ayat Al-quran berkaitan dengan doa dan tasbih.
- 66 ayat Al-quran berkaitan dengan nasakh dan mansuh.
Jumlah keseluruhan ialah 6666.
Penulis asal
Ustaz Hj. Mohammad Asraff Bin Ayob Al-Hafiz
B.A (Hons) Al-Quran & Qira’at, Universiti Al-Azhar
Masters (Psychology I.O), UKM
Memiliki pengalaman 18 tahun dalam dunia hafazan dan ilmu Al-Quran
Latar belakang pendidikan
Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz berkelulusan B.A (Hons) Al-Quran dan Qiraat, Universiti Al-Azhar, Mesir serta Masters dalam bidang Psychology (Industri dan Organisasi), U.K.M.
Ketika di Mesir, Ustaz Asraff merupakan graduan ke 2 terbaik bagi pelajar Malaysia dalam bidangnya. Ketika menyambung Masters di UKM, Ustaz Asraff menduduki senarai anugerah graduan paling cemerlang bagi penuntut Master dan Ph.D (CGPA 3.75 keatas) bagi tahun 2006.
Sebelum itu, Ustaz Asraff menuntut dan menghafaz Al-Quran selama 7 tahun di Maahad Ahmadi, sekolah dibawah kerajaan Negeri Sembilan yang menggabungkan sistem tahfiz dan akademik (kini dikenali sebagai ITQAN – Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan).
Pada tahun 2006, beliau pernah secara aktif mencurahkan kepakaran beliau di pusat hafazan Al-Quran utama Malaysia iaitu Darul Quran JAKIM, melatih pelajar untuk lebih berdedikasi dalam menghafaz Al-Quran melalui corak hafazan yang sistematik.
Usaha beliau untuk memartabatkan al-quran
1. Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz lebih dikenali ramai dengan produk teknik hafazan untuk golongan awamnya iaitu Kaedah Jibril. Teknik ini telah disebarkan secara aktif ke seluruh megara melalui seminar dan ia telah membantu beribu-ribu orang menghafaz surah-surah popular.
2. Ustaz Asraff juga telah menerbitkan pakej DVD TajwidPro, satu pakej DVD yang membantu masyarakat untuk upgrade ilmu tajwid mereka dari pertengahan ke tahap pro.
3. Ustaz Asraff juga telah menerbitkan pakej bagaimana nak membaca Fatihah dengan tajwid yang betul, serta teknik untuk mengelak dari melakukan 15 kesalahan besar serta 30 kesalahan kecil tajwid semasa membaca Fatihah.
4. Terbaru, beliau menghasilkan panduan tajwid yang membongkar 165 Tempat Yang Sering Dibaca Salah Dalam Al-Quran. Ia akan membantu anda menguasai ilmu tajwid dengan kaedah yang cepat dan mudah.
semoga petikaian begini tidak begitu serius..
Benar, ada banyak lagi perkara yang perlu diutamakan.
Ya, begitulah penjelasannya.
Perkongsian yang sangat bermakna. Sebelum ni kita cuma tahu jumlah ayat tanpa kajian yang mendalam. Angka 6666 selalu diguna untuk jumlah hantaran.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Resepi Ikan Bakar Berkuah Simple
Sama-sama, perkara ini asas sahaja, namun tidak banyak pendedahan yang dibuat.
hoho…terima kasih atas perkongsian, betul-betul menjawab persoalan. Selama ni pun saye memang faham jumlah ayat 6236 sebab dah kire sendiri. rupe2nye ade explanation dari angka 6666 tu
huda recently posted…Harga Runtuh ESP Shaklee
Ya, perkara ini pernah jadi isu, jadi perlu ada satu inisiatif untuk menjelaskannya.
Nice sharing. Semoga membawa manfaat untuk semua
myliferia recently posted…Tips Menjadi Manusia Yang Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yang Ada
Terima kasih kongsikan.. Juga pencerahan yang diberikan..
Hafizul recently posted…Petua Kawin Dua Dan Muda (Laris!!! )
Ooo thanks atas perkongsian ni =)
Ibu Zarith recently posted…Tips Menyimpan Susu Perahan Ibu Yang Paling Ideal
maknanya 6666 ayat tu ada ayat yang bertindanlah macam alongxp kata.
kerja sendiri recently posted…Cara Buat Produk Jenama Sendiri
Ya, ada ayat yang berulang-ulang.