Jurupulih Perubatan Anggota
Pendidikan fisioterapi yang terdapat dalam diploma Jurupulih Perubatan Anggota adalah kerjaya yang berkait rapat dengan penjagaan kesihatan fizikal dan tubuh badan manusia. Fisioterapi akan menilai rawatan yang sesuai terhadap seseorang pesakit berdasarkan kepakaran yang mereka ada tentang tubuh badan manusia, penyakit, kecederaan dan penyembuhan, perbezaan pergerakan normal dan tidak normal, bahan rawatan yang digunakan dan kemampuan untuk mendidik pesakit. Teruskan bacaan untuk mengetahui tentang kerjaya Jurupulih Perubatan Anggota.
Fisioterapi juga dikenali sebagai terapi fizikal. Kerjaya ini mampu membantu masyarakat berkaitan rawatan yang menjaga, mengembang dan mengembalikan fungsi fizikal dan gerakan badan manusia tidak terkecuali pergerakan badan dan fungsi yang terjejas akibat faktor usia, penyakit, kecederaan atau persekitaran.

Kadar gaji Jurupulih Perubatan Anggota bermula dengan RM1,312.00 sehingga RM5,173.00 dengan kenaikan setiap tahun sebanyak RM145.00.
Syarat lantikan Jurupulih Perubatan Anggota adalah seperti berikut :
- Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan disiarkan.
- Memiliki kelulusan dalam diploma Jurupulih Cara Kerja atau Diploma Fisioterapi daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji bermula pada kadar RM1,687.59.
- Memiliki kelulusan dalam diploma Jurupulih Cara Kerja (Occupational Theraphy) daripada London School of Occupational Theraphy yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yan diiktiraf setaraf dengannya. Gaji bermula pada kadar RM1,762.79.
- Lulus subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi tugas Jurupulih Perubatan Anggota
- Melibatkan pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.
- Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
- Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
- Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
- Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
- Membuat pesanan bekalan peralatan.
- Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.
Borang Daftar Ebook Percuma
Isikan nama dan emel anda untuk download ebook percuma Separa Perubatan.
salam boleh terangkan perbezaan antara jurupulih cara kerja dan jurupulih anggota ?