Juruteknologi Makmal Perubatan
Dalam bahasa inggeris, kerjaya Juruteknologi Makmal Perubatan dikenali sebagai Medical Laboratory Technologist. Mereka berkhidmat dalam makmal klinikal atau makmal patologi. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah :
- Analisis darah
- Analisis cecair badan
- Analisis sel-sel
- Analisis tisu
Juruteknologi Makmal Perubatan menjadi pembantu doktor bagi menentukan penyebab penyakit dan memberi rawatan yang betul. Selain itu, Juruteknologi Makmal Perubatan menjadi pembantu kepada pakar penyelidik semasa menjalankan ujian penyelidikan.

Di antara subjek yang bakal dipelajari dalam diploma Juruteknologi Makmal Perubatan adalah seperti berikut :
- Sains asas seperti biostatik, anatomi, biologi, imunologi dan kimia.
- Sains perubatan seperti, sitologi dan histologi, biokimia klinikal, sains transfusi darah, mikrobiologi perubatan dan hematologi.
Waktu belajar bagi pelatih Juruteknologi Makmal Perubatan ialah seperti hari bekerja dari Isnin hingga Jumaat. Kelas akan bermula dari jam 8 pagi hingga ke 5 petang. Mereka wajib mengenakan uniform rasmi yang dibekalkan sepanjang latihan dijalankan.
Perbezaan pelatih dikenali menerusi warna tudung dan tag nama. Sebagai contoh, pelatih tahun 1 ialah hijau, warna pelatih tahun 2 ialah biru dan pelatih tahun 3 ialah merah.
Syarat kelayakan Juruteknologi Makmal Perubatan
Bagi mereka yang berminat untuk melibatkan diri dalam bidang ini, anda haruslah memenuhi kritirea yang berikut :
- Warganegara Malaysia
- Lelaki atau perempuan bujang
- Berusia dari 17 hingga 25 tahun semasa memohon
Sekiranya pelatih ada mengikat kontrak dengan pihak Kerajaan, mereka wajib berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun dalam sektor awam selepas tamat tempoh latihan nanti.
Di antara keistimewaan yang diterima semasa latihan adalah seperti berikut :
- Menerima elaun RM835.57 sebulan selama 3 tahun
- Ditempatkan dalam asrama
- Kemudahan pengangkutan bas pergi dan balik kuliah
- Dapat 2 pasang uniform dan 2 pasang kasut setahun
- Yuran pengajian percuma semasa latihan
- Kemudahan yuran alat tulis, kertas kerja, nota dan buku bernilai RM250 setahun
- Jaminan kerja selepas tamat latihan
Kadar gaji yang bakal diterima oleh Juruteknologi Makmal Perubatan ialah bermula dengan RM1,312.00 dan gaji maksimum ialah RM5,173.00 dengan kenaikan tahunan RM145.00.
Syarat lantikan Juruteknologi Makmal Perubatan
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Diploma Teknologi Makmal Perubatan daripada Kolej Teknologi Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Gaji bermula pada kadar RM1,687.59.
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi tugas Juruteknologi Makmal Perubatan
1. Kajian/Penyelidikan :
- Mengambil contoh-contoh untuk kajian daripada pesakit-pesakit dan binatang-binatang.
- Menyediakan ujian dan simpanan reagcut, media, standard solution suspension dan lain-lain.
- Membantu kerja-kerja pembedahan mayat yang berkaitan undang-undang.
2. Pentadbiran
- Menerima, merekod dan mengirim contoh-contoh untuk ujian.
- Menyelenggara perjalanan, pembersihan dan meminyakkan alat-alat kelengkapan makmal.
- Membantu dalam pemesanan bekalan dan menyimpan senarai alat-alat kelengkapan (inventory).
- Mengemukakan semua laporan keputusan ujian dan menyimpan peraturan-peraturan yang dijalankan dan keputusan ujian-ujian yang diperolehi bagi perkhidmatan, penyelidikan dan pengajian.
- Memangku dan mengambil tanggungjawab Juruteknologi Makmal Perubatan Tingkatan Khas semasa ketiadaan beliau.
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke masa.
Borang Daftar Ebook Percuma
Isikan nama dan emel anda untuk download ebook percuma Separa Perubatan.
thnks ats maklumat..hope dpat share maklumat berkaitan separa perubatan sbb saya akan menghadiri temudga pada 31 hb ni..
Saya doakan anda berjaya dalam sesi temuduga.
Ikhwan Fahmi recently posted…Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Gred U29
Juruteknologi Makmal Perubatan bukan Medical Lab Technician, ia dikenali sebagai:
MEDICAL LABORATORY TECHNOLOGIST
salam ..saya memilih kerjaya ni ..tp saya aliran sastera ..dapat ke seorng yg tiada basic dlm fizik bio n kimia ikut apa yg akan di pelajari nanti ?
Salam, tahniah kerana anda mengambil cabaran untuk mempelajari bidang yang berbeza semasa SPM dahulu.
Apa yang anda perlu lakukan ialah mengambil inisiatif yang tinggi kerana anda perlu belajar banyak perkara dalam subjek fizik dan kimia. Banyakkan bertanya dan bercampur dengan sahabat yang ada asas kedua perkara tersebut untuk memudahkan pembelajaran anda nanti.
Ok ..tq ..doakan saya berjaya 3 tahun saya mengikuti latihan ini ..amin
Mudah-mudahan Allah kabulkan dan mudahkan urusan anda.
Assalamualaikum…sy nk tye..kalau smbung bidang ni ke degree apakah pekerjaan selepas tamat pengajian?bolehkan menjadi seorang pensyarah
ERM..says sebenarnya mengambil subjek sains stream masa SPm dulu & skrg masih menunggu result tapi saya x yakin ngan result saya.Apa syarat kelayakan utk memasuki bidang ni?
kos ini bnyk guna bio/kimia?
Fizik x guna kan? Addmt ada guna sikit2 ke?
Salam,
saya nak tny , jika kita amek kos diploma teknologi perubatan , then kita nk smbg ijazah dlm bidang perubatan plak , ade harapan ke nk jd doktor??
Salam, adakah harapan saya masih tinggi ingin menjadi pegawai mlt nanti sedangkan saya baru nak start belajar pada umur 21 tahun untuk diploma?? persoalan nya masih Kah ada harapan tinggi Mohon pencerahan sangat2 kerana betul2 dalam delima nie
Mohon dahulu sehingga layak dapat jadi pelatih Separa Perubatan.
adakah tugas sebagai juruteknology makmal perubatan juga termasuk mengambil darah pesakit (phlebotomi)?
Salam. Sy nak tanya…masa belajar nnti guna bahasa inggeris ke bahasa melayu?
nak tanya diploma teknologi makmal pun dikira boleh ambil pekerjaan ini ke?
Boleh mohon jawatan ini di portal SPA.
Assalmualaikum, terima kasih atas info yg dikongsikan. Saya akan menghadapi interview pada pagi nanti.. Doakan saya supaya dpt masuk diploma teknologi makmal perubatan.
Assalamualaikum…sy deg in statististic second year..dan bru dpt twaran bljar dr SPA dip dlm makmal perubatan..
Yg mnakah ptut sy pilih?mohon pndgan
Habiskan belajar dalam ijazah, gaji lebih tinggi.
Bahasa inggeris saya tak kredit, lulus atas saja. Boleh ke saya mohon?
salam, saya sekarang masih study di matriks and berminat sangat for bidang kerja ni jadi sya nak tanya course apa yg sesuai utk saya sambung degree nnti