Bisnes

Jurutera Dilanda Hutang Sebelum Jadi Sifu

Jurutera dilanda hutang sebelum jadi sifu

Pernah tak anda rasa tak yakin nak buat duit dari internet, tiada ilmu nak bermula, rasa sibuk tak cukup masa, tak berani keluarkan modal atau ada apa-apa lagi alasan?

Anda perlu baca cerita ini sampai habis. Ia boleh menjadi inspirasi buat anda untuk berjaya dalam bisnes.

 

jurutera dilanda hutang sebelum jadi sifu
Ada 11 video percuma untuk anda. Baca artikel ini sampai habis.

 

Berhutang untuk hidup

Ada seorang jurutera di sektor awam berdepan dengan hutang. Macam-macam hutang yang dia buat. Hutang dengan kawan, hutang kad kredit, pinjaman pendidikan dan bermacam-macam hutang lagi. Belanja bertambah dengan adanya anak yang baru lahir.

Dapat gaji terus bayar hutang. Baki dalam tangan RM100 sahaja! Belanja rumah setakat cukup makan sahaja. Belum campur susu anak, belanja dapur, duit mak ayah, kereta, rumah sewa dan minyak kereta. Tak pernah cukup untuk bajet keluarga.

Kad kredit selalu dileret untuk dapat duit lebih. Senang sekejap, derita bertambah. Lepas 3 tahun kahwin, duit memang selalu kurang. Setiap bulan defisit memanjang. Semuanya kerana hutang. Kerana hutang, hidup pun tak senang.

Titik perubahan dalam hidup

Satu hari beliau menatap laman web majalah Maskulin untuk mencari berita seorang rakannya. Tiada apa yang dijumpai setelah sekian lama tercari-cari. Tiba-tiba beliau terpandang wajah seorang usahawan internet berstatus jutawan, Dr Irfan Khairi.

Banyak informasi bisnes di internet yang dikongsikan dalam artikel majalah Maskulin. Jurutera tersebut mengatur langkah untuk berjumpa dengan Dr Irfan Khairi. Sekali lagi beliau berhutang RM200 dari kad kredit untuk berjumpa dengan usahawan tersebut.

Dengan duit tersebut beliau melabur untuk buku dan ebook bisnes di internet yang dihasilkan oleh Dr Irfan Khairi. Panduan asas tersebut berjaya membuka minda beliau untuk memulakan bisnes yang pertama, menulis dan menjual ebook di internet.

Lepas setahun, beliau masih lagi bekerja makan gaji. Siang kerja pejabat, malam untuk bisnes di internet. Jual ebook dan buat komisyen affiliate. Seluruh jualan ebook beliau telah mencecah 6 angka. Pendapatan dalam bidang affiliate turut menyelesaikan masalah hutang beliau.

Beliau mulakan secara sampingan, bukan terus berhenti kerja. Berhutang, belajar dan praktikkan ilmu yang dipelajari dengan konsisten.

Siapakah jurutera “hutang” ini?

Beliau banyak memberi khidmat nasihat dan seminar untuk pemasaran emel dan affiliate. Dengan bergerak dalam pemasaran internet, beliau banyak melahirkan usahawan-usahawan baru dan berjaya membuat jualan yang tinggi menerusi internet.

Dahulu beliau bergerak solo, kini sudah ada syarikat yang kukuh dengan kekuatan staf yang besar. Dari pemasaran emel dan affiliate, beliau menjadi rujukan untuk pemasaran media sosial.

Paling penting, beliau adalah individu yang mengajar saya untuk menulis ebook dalam niche kerjaya dan menceburi bisnes di internet. Dari bisnes sampingan sehinggalah jadi bisnes sepenuh masa. Beliau adalah Jamaludin Bahari, atau dikebali sebagai Sifu FB Ads.

4 thoughts on “Jurutera Dilanda Hutang Sebelum Jadi Sifu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.