Bisnes

Kabhi Khushi Kabhie Gham Untuk Orang Bisnes

Kabhi Khushi Kabhie Gham untuk orang bisnes

1. Mahukan anak. Ambil Rahul sebagai anak, barulah dapat Rohan. Dalam bisnes kena kreatif untuk dapatkan sesuatu. Kena ambil alternatif jika target tak capai.

2. Bisnes dengan sekutu. Raichand nak Rahul kahwin dengan Naina, tapi Rahul kahwin Anjali. Dalam berurusan dengan bisnes juta-juta, jangan lupa bisnes sen-sen pun boleh buat duit.

3. Jalan keluar. Rahul tinggalkan famili bukan dengan tangan kosong. Kalau tak mustahil dia ada syarikat di London selepas dihalau.

4. Zon selesa. Rohan keluar dari rumah cari Rahul. Duduk rumah kan senang. Harta dan syarikat sudah tersedia.

5. Buat kajian. Rohan ada strategi macam mana nak bawa Rahul balik. Cari lokasi, geografi dan demografi. Dalam bisnes mesti ada ilmu kalau nak untung. Cari lubuk pembekal dan prospek.

6. Mengaku kesilapan. Raichand dan Rahul masing-masing mengalah untuk kepentingan famili. Dalam bisnes perlu ada toleransi untuk menjaga kepentingan bisnes.

7. Usah perkecil perkara biasa. Tiap pagi Raichand akan minta Nandini pakaikan tali leher. Takkan tak boleh pakai sendiri. Ada perkara biasa yang boleh mengikat hubungan antara pemilik bisnes, pelanggan dan prospek. Diskaun, tiket percuma atau pek percubaan percuma.

8. Prestasi bisnes. Rohan dulu kan gemuk. Nak lari pun semput. Sekarang dah gagah. Masa yang diambil pun dalam 10 tahun baru jadi kacak. Dalam bisnes harus ada pengembangan prestasi. Mula-mula untung sen-sen. Lepas itu ringgit-ringgit. Baru boleh main puluh dan ratus. Ribu dan juta itu cerita kemudian.

3 thoughts on “Kabhi Khushi Kabhie Gham Untuk Orang Bisnes”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.