Bisnes

Kalau Sudah Tahu Kenapa Datang Seminar

Kalau sudah tahu kenapa datang seminar

Semasa di sekolah dahulu, ada kelas pembelajaran di sekolah. Tiada bayaran dan pelajar hanya perlu dengar dan belajar. Namun begitu ada juga kelas berbayar di luar waktu sekolah iaitu tuisyen. Mengapa pelajar perlu ke kelas tuisyen walhal sudah ada kelas percuma? Begitu juga dengan bisnes, kalau sudah tahu kenapa datang seminar?

 

kalau-sudah-tahu-kenapa-datang-seminar
Ilmu pemasaran yang betul akan membantu meningkatkan jualan bisnes anda.

 

Ilmu di internet tidak sama dengan ilmu di seminar

Ilmu bisnes percuma boleh dapat percuma dari blog, forum, Facebook dan Group WhatApps. Buku-buku dikedai pun banyak. Tapi kenapa mesti datang ke seminar juga? Sejak kecil lagi pendidikan sudah dimulakan. Belajar ABC dari usia 3 ke 5 tahun. Belajar adalah satu kemestian dalam hidup. Tanpa ABC mustahil untuk mengenali ilmu yang lain.

 

Wajib belajar ilmu pemasaran

Dalam bisnes atau perniagaan, ilmu pemasaran adalah perkara yang menjadi kewajipan. Tiada pemasaran maka bisnes akan mati. Ilmu pemasaran tidak terhad kepada Google sahaja. Laman sosial seperti Facebook, blog, emel, pemasaran di luar internet juga memainkan peranan. Perkara yang penting ialah pemasaran tersebut tepat pada pelanggan.

Seorang pembeli akan membuat pembelian selepas 6 kali melawat ke laman jualan anda. Sasaran anda adalah kepada mereka yang benar-benar mahu beli. Ibarat anda menghantar saka kepada mereka, iklan anda akan dilihat berkali-kali sehingga mereka membuat keputusan untuk membeli. Teknik ini dipanggil Remarketing.

Remarketing wujud dalam FB Ads dan Google Ad. Jika di Facebook, anda akan dapat lihat iklan tersebut mengekori anda sepanjang waktu anda melayari Facebook. Jika Google Ad, iklan tersebut akan muncul di laman-laman yang dimiliki oleh Google seperti Youtube dan Google Adsense.

 

Pemasaran Google Adwords

Walau bagaimana pun, saya sarankan anda belajar pemasaran Google Adwords dahulu. Mengapa pula Google Adwords? Ya, jika anda perasan ramai orang akan gunakan enjin carian Google untuk cari maklumat. Lebih ramai pengguna internet memilih Google berbanding dengan enjin carian yang lain.

Jadi belajarlah menggunakan Pemasaran Google Ad dahulu untuk menguasai pemasaran di Google.

8 thoughts on “Kalau Sudah Tahu Kenapa Datang Seminar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.