Kapal Equanimity Untuk Dijual
Sebuah syarikat yang berpusat di London telah dilantik menjadi ejen eksklusif bagi kapal Equanimity untuk dijual oleh Mahkamah Tinggi Malaysia. Saya telah menghubungi syarikat tersebut untuk memohon sebagai referral bagi jualan kapal Equanimity. Sehingga artikel ini ditulis, rundingan masih berjalan antara saya dan syarikat tersebut. Kapal Equanimity untuk dijual ini masih belum dibida oleh mana-mana pihak lagi.








Harga kapal Equanimity
Kapal Equanimity ini dibina oleh syarikat Oceanco dari Netherlands pada tahun 2014. Dengan panjang 300 kaki, Equanimity boleh bergerak sehingga 18.5 knot. Kapal ini boleh memuatkan seramai 22 orang tetamu dan 31 orang krew. Ianya dijual dengan harga USD 130 juta atau RM543 juta.









Keistimewaan yang ada dalam kapal Equanimity
Kemudahan yang ada dalam kapal Equanimity termasuklah gimnasium, bilik urut, sauna, salun kecantikan dan kolam renang. Kemudahan hospital dan pad helikopter juga ada disediakan. Kapal Equanimity dikuasakan dengn 2 unit enjin MTU 20v 400073 L.







*Kapal ini sudah dijual kepada Genting Group.
kalau berjaya dijual..berapa komisen ni? kayo kita!
ahmadyani recently posted…Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
Boleh bersara awal, cipta wang pencen sendiri.
harap2 denga terjualnya kapal ni boleh bantu masalah ekonomi dan kewangan malaysia..berapa la nilai agaknya tu. dah macam hotel 6 star
zara recently posted…Masalah Hormon Tidak Seimbang Dan Simptom Yang Patut Anda Ketahui
Boleh bantu kerajaan bayar hutang negara.