Karnival Upin dan Ipin kini berbayar
Bulan lepas aku terlihat iklan untuk karnival Upin dan Ipin yang bakal diadakan hujung tahun 2015. Aku tak ada cadangan nak ke sini kalau masih bujang. Memandangkan anak pun dah besar panjang, aku cadang nak bawa jalan-jalan. Sekali sekala keluar dari kepompong kerja untuk luangkan masa dengan famili.
Bukan lagi masuk percuma
Karnival kali ini nampaknya ada penambahbaikan dari yang lepas. Lokasi pun dah ditukar ke tempat yang lebih selesa. Untuk masuk ke sini ada yuran yang dikenakan. Aku tak terkejut pun sebab dah namanya karnival, mesti ada kos yang perlu dikeluarkan oleh penganjur. Nilai ringgit dah turun jadi susah nak bagi percuma lagi.

Pilih hari yang tak sibuk
Macam tahun lepas, aku pilih untuk pergi hari Jumaat petang jadi mudah-mudahan orang tak berapa ramai. Sebenarnya ramai juga sebab masa itu percuma. Cuma hari Sabtu dan Ahad lagilah ramai sampai jalan nak ke Putrajaya pun sesak. Jadi kali ini aku harap tak sesak macam tahun lepas.
Untuk tiket aku cadang untuk ambil pakej famili, RM85 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Tak mengapalah sebab anak pun baru seorang. Mudah-mudahan tarikh yang aku pilih tak ramai orang datang, kalau tak viral lah kisah makcik membebel pasal Upin dan Ipin macam tahun lepas.