Keluar dari zon selesa untuk hidup fleksibel
Akhir tahun 2014, saya berhenti kerja sebagai pensyarah jabatan grafik di sebuah institusi vokasional di Shah Alam. Saya bercadang untuk menjalankan bisnes sepenuh masa dengan menjual produk digital di internet. Saya mahu keluar dari zon selesa untuk hidup fleksibel. Ini bermaksud bekerja dengan pendapatan yang tidak tetap seperti kerja makan gaji.
Bermula dengan gaji yang lebih rendah dari kerja dahulu membuatkan kerja dengan bisnes sendiri terasa lebih mencabar. Saya perlu belajar hidup di bawah kemampuan dengan memotong belanja yang tidak diperlukan. Saya juga perlu berfikir sebelum mengeluarkan wang yang tinggi untuk membeli belah.

Syarikat untung besar di tahun pertama
Sejak awal tahun 2015, saya dan Tim Infokerjaya berjaya membuat jualan dan untung secara konsisten. Syarikat untung, komisyen saya pun melambung. Masuk tahun 2016, awal tahun diwarnai dengan jualan yang memberangsangkan. Namun pada bulan-bulan yang berikutnya jualan syarikat tidak menunjukkan sebarang graf yang mencanak.
Biar pun jualan tidak konsisten, syarikat masih mempunyai sejumlah wang untuk membiayai gaji dan perbelanjaan mengurus. Persoalannya, mengapa kerja sebegini menjadi pilihan saya? Bekerja dengan gaji di bawah RM2,000 bukanlah pilihan orang muda masa kini. Kebanyakan rakan yang sebaya saya sudah mempunyai gaji paling kurang RM3,500 ke RM5,000 sebulan.
Ada orang mengukur kejayaan dengan kereta mewah, rumah besar dan wang ringgit yang melimpah ruah. Ukuran kejayaan bagi saya bukanlah semua itu. Ada masa yang banyak untuk keluarga pun sudah dikira sebagai satu pencapaian. Bukan semua orang boleh duduk lepak di rumah di siang hari macam yang saya buat sekarang.
Kejayaan bagi orang yang berjaya
Sebahagian anak muda hari ini memilih kerja yang fleksibel, mempunyai lebih masa untuk keluarga dan bayaran gaji dalam bentuk komisyen. Tanpa ada sebarang caruman KWSP dan PERKESO, anak muda hari ini gigih bekerja dengan mengikut kadar bayaran jam dan jumlah jualan yang berjaya dihasilkan.
Ada juga anak muda yang memilih untuk hidup menyewa tanpa ada rumah sendiri. Mereka tidak mahu dibebankan dengan bayaran ansuran rumah yang memakan masa bertahun-tahun. Kereta pun digunakan sekadar sewa mengikut keperluan. Kebebasan adalah pilihan mereka yang berjaya. Mungkin cara ini sukar untuk diterima oleh orang lain.
Mahu gaji yang stabil atau ikut komisyen?
Ada orang pilih kerja kerajaan, ada yang pilih kerja swasta dan ada yang pilih kerja dengan bisnes sendiri. Ada yang kerja makan gaji sambil berbisnes. Itu pilihan individu untuk mendapatkan wang perbelanjaan harian. Sama ada ekonomi negara meningkat atau menurun, anda tetap perlukan sumber kewangan untuk hidup.
Menyalahkan kerajaan mungkin boleh meredakan sedikit tekanan yang anda rasakan. Namun perkara tersebut tidak semestinya membantu pendapatan anda meningkat dengan pesat. Boleh jadi mengutuk kerajaan hanya akan membazirkan masa anda. Kenaikan kos sara hidup harus ditampung dengan usaha ekonomi, bukan sekadar menuding jari.
Salam jumaat, selamat pagi & selamat memburu lailatul qadr Mama ucapkan kepada tuan fahmi.
Meniaga sendiri banyak cabaranyya
mama hakim recently posted…8 Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Sensitif! [BEST] Wajah Tak Pedih & Sakit Lagi.
PErnah baca kisah ni beberapa tahun lepas. Semoga terus sukses dalam perniagaan
mazni azmi recently posted…10 Set bersalin terbaik di Malaysia untuk ibu berpantang ceria!
hidup adalah pilihan. Yang penting usaha keras diperlukan jika ingin berjaya.
Zon selesa perlu ditinggalkan.
Zulfikarullah recently posted…Bergembira di Aidilfitri Sambil Mengumpul Pahala