Temuduga

Kenapa Kami Perlu Pilih Anda Untuk Jawatan Ini

Kenapa kami perlu pilih anda untuk jawatan ini

Di antara soalan yang popular ditanya semasa temuduga ialah mengapa kami patut memilih anda untuk jawatan ini atau kenapa kami perlu pilih anda untuk jawatan ini. Soalan ini mungkin pernah ditanya kepada anda oleh panel-panel penemuduga semasa proses tapisan temuduga berlangsung.

 

kenapa-kami-perlu-pilih-anda-untuk-jawatan-ini
Anda boleh mendahului calon temuduga yang lain asalkan persiapan anda lebih terperinci.

 

Soalan ini nampak mudah, tapi bila anda nak jawab pasti ada perasaan berbelah bagi yang muncul tiba-tiba difikiran seperti :

“Apa yang aku nak jawab? Mana boleh angkat bakul nak puji diri sendiri”

“Nak jawab nanti macam meninggi diri, rasa riak pun ada”

Sebahagian besar calon temuduga akan menjawab dengan jawapan di bawah :

“Saya mempunyai minat yang mendalam dengan jawatan ini, jadi saya layak untuk menjawat jawatan ini”

“Saya dapat CGPA 3.5 ke atas, sebab itu saya layak. Tambahan itu bukan mudah nak skor CGPA macam ini di universiti”

“Ibu dan bapa saya kerja kerajaan, jadi mereka mahu saya kerja kerajaan juga dengan jawatan yang lebih tinggi dari mereka”

“Sejak dari sekolah saya memang nak kerja kerajaan”

 

Dan ada pelbagai soalan lagi yang diberikan oleh calon-calon kerja kerajaan.

Untuk menjawab soalan ini, anda perlu melihat dari perspektif lain seperti :

“Mengapakah anda berpendapat anda adalah calon yang layak untuk jawatan ini?

Fikirkan apa yang ada disebalik soalan yang ditanya. Cara anda menjawab amat dipandang serius oleh panel penemuduga.

Oleh itu, jawapan anda haruslah begini :

“Saya adalah calon yang layak untuk menerima amanah ini kerana :

  • Saya memiliki kemahiran dan kebijaksanaan yang berkaitan untuk membuat penilaian tinggi bagi mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang susah.
  • Saya turut memiliki keyakinan yang jitu dan berkemampuan untuk berkomunikasi dan mampu menerima maklumat dan tugasan dengan baik sekaligus menyelesaikannya dengan segera.
  • Saya boleh bergerak dan bekerja dalam pasukan dan membantu serta bekerjasama dengan ahli pasukan yang lain bagi mencapai misi dan visi jabatan/organisasi kami.
  • Saya merupakan seorang yang bijaksana dalam pengurusan masa dan menjalankan tugas secara sistematik. Setiap kali menunaikan tugas, saya berpegang kepada prinsip “Gagal merancang ialah merancang untuk gagal”.
  • Kesimpulannya, saya merupakan staf yang berdedikasi dengan semangat mahu mencapai visi dan misi jabatan/organisasi, jadi saya merupakan calon yang terbaik untuk mengisi kekosongan jawatan ini.

 

Ini adalah contoh jawapan yang boleh membantu menunjukkan kelebihan dan kesesuaian anda bagi merebut jawatan yang ditawarkan. Jawapan yang diberikan masih boleh diubahsuai supaya ia sesuai dengan kelebihan diri anda.

Berusahalah untuk membuat persiapan dan hadir ke sesi temuduga anda. Berjaya atau gagal bukanlah penamat kerjaya anda. Berusahalah untuk berjaya supaya impian anda tercapai.

 

Bagi anda yang terlibat dengan temuduga kerja kerajaan dan swasta, panduan di bawah pasti boleh membantu anda membuat persediaan :

–> contoh soalan & jawapan temuduga kerja <–

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *