Bisnes

Kenapa Perlu Rekrut Ejen Syarikat

Kenapa perlu rekrut ejen syarikat

Bila lihat syarikat besar hasilkan produk, mereka akan bentuk kumpulan atau jabatan untuk buat jualan. Dari hasil jualan mereka akan dapat untung bagi membesarkan syarikat. Di sini anda boleh lihat kenapa perlu rekrut ejen syarikat. Tanpa ejen, produk syarikat sukar dijual dengan maksimum.

Sama seperti syarikat PLT yang kami tubuhkan 3 tahun lepas. Turun dan naik pendapatan syarikat bergantung pada jualan yang dihasilkan oleh ejen. Tanpa ejen jualan akan berjalan dengan perlahan. Dari situ kami hasilkan dorongan dalam bentuk ganjaran bonus untuk ejen yang berjaya buat jualan tertinggi.

 

kenapa perlu rekrut ejen syarikat
Dengan adanya ejen syarikat, jualan akan meningkat dengan lebih tinggi berbanding jualan sendiri.

 

Kongsi rezeki dengan ejen

Kuota bonus ikut turutan dan terhad sehingga 10 hingga 20 orang sahaja. Setiap pencapaian ada naik dan turunnya. Ada masanya ejen yang buat Paid Marketing jadi juara. Kadang-kadang yang buat Free Marketing cantas kedudukan. Kedudukan sentiasa silih berganti tempat. Jadi pemilik produk tak semestinya untung selalu. Dapat tengok ejen buat duit pun sudah gembira.

Rezeki yang dapat bukan nak makan seorang. Makan ramai-ramai pun boleh rasa kenyang. Kalau buat Paid Marketing macam FB Ads dan Google Adwords tak berkesan, kena patah balik ikut cara Free Marketing walau pun bukan 100% percuma. FB Page kena Flag, Adwords kena Banned, duit pula banyak terbakar buat Split Test. Hasilnya masih belum dapat pulangan lagi.

 

Cara bina nama dan pengikut

Laburkan masa untuk buat artikel blog, asah kemahiran SEO dan artikel untuk blog. Alih-alih ada pula cara yang tak perlukan Paid Marketing yang boleh buat jualan paling banyak. Jadi Social Media Influencer, kumpul sampai 10,000 ke 20,000 Follower lepas itu buat Soft Selling atau Hard Selling sikit. Sekejap saja sudah boleh buat komisyen.

Jualan 6 angka tanpa FB Ads bukan benda yang mustahil. Kalau ada kemahuan pasti ada caranya. Masa orang lain bertelagah nak buat Soft Selling atau Hard Selling, ada orang yang sudah berjaya menjual produk dengan kedua-dua teknik. Macam nak beli rumah lah, orang kita sibuk debat nak beli kereta atau rumah dahulu, orang lain pakat-pakat beli 1 bangunan terus.

 

Budak sekolah pun berbisnes

Budak sekolah pun pandai buat duit sekarang. Buat Fake Account dalam Instagram, letak gambar gadis yang diambil entah dari mana. Bila Follower sudah ramai, jual seratus ke dua ratus ringgit. Buat satu akaun IG, Link dengan akaun IG yang Fake. Backup katanya. Cuma soalnya berkat atau tidak saja. Kalau duit sudah jadi berhala, kirim doa pun boleh jadi bisnes.

Contoh bisnes yang baik sudah banyak di pasaran. Salah satunya ialah bisnes tanpa iklan berbayar. Tinggal mahu ikut atau sekadar jadi pemerhati sahaja.

Yang bijak dan pantas bertindak pasti akan berjaya. Yang ketinggalan bolehlah bertepuk tangan sambil tengok drama. Pesan pengasas Like Method, buat satu jualan dahulu guna Facebook Ads, lepas itu Repeat, Repeat, Repeat sampai lah capai target.

2 thoughts on “Kenapa Perlu Rekrut Ejen Syarikat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.