Kewangan

Kerja 3 Kali Sehari Pakai RM500 Sebulan

Kerja 3 kali sehari pakai RM500 sebulan

Bayangkan anda bangun pagi untuk bersiap pergi kerja di pejabat. Petang bersiap-siap pula untuk memulakan kerja yang kedua di waktu malam. Kalau pagi dan petang asyik bekerja, bila pula waktu nak rehat dan tidur? Mustahil untuk melakukan banyak jenis kerja dalam masa sehari. Tetapi warga asing yang datang ke Malaysia boleh kerja 3 kali sehari pakai RM500 sebulan. Bagaimana mereka kerja?

Contohnya pagi mereka kerja kontrak waktu pagi, petang kerja di stesen minyak sebagai juruwang atau jurupam, malam pula kerja sebagai pengawal keselamatan. Waktu tidur sekadar 2 hingga  jam sehari atau mereka akan tidur bergilir-gilir semasa kerja. Mereka amat berjimat, makan pada waktu tengahari sahaja dengan nasi campur kuah dal. Kerja yang mereka buat boleh dapat RM2,000 sebulan.

 

kerja-3-kali-sehari-pakai-RM500-sebulan
Buat komisyen di luar negara lebih tinggi nilainya.

 

Belanja RM500 sebulan untuk hidup

Mereka cuma gunakan tidak lebih dari RM500 sebulan untuk berbelanja. Selebihnya akan dihantar ke kampung masing-masing. Anda yang tinggal di Malaysia seharusnya berasa untung kerana tidak perlu bekerja seperti mereka untuk mencari pendapatan yang lumayan. Dengan kemudahan internet yang ada, anda hanya perlu belajar dan mula menjana pendapatan dengan masa yang singkat.

 

Rahsia kejayaan warga asing

Warga asing yang datang ke Malaysia boleh hidup di mana-mana sahaja kerana semangat mereka yang tinggi untuk hidup. Mereka sanggup berniaga dengan barang makanan yang dikitar semula untuk mencari wang. Sampah di Malaysia banyak yang boleh dikitar semula seperti tepung yang sudah luput, perabot, pinggan mangkuk dan pakaian yang boleh digunakan lagi.

Anda sendiri boleh lihat bagaimana warga asing yang membuka gerai makanan, bisnes kad pra bayar, jual sayur, kuih-muih dan sayur-sayuran mula dikuasai oleh mereka. Bukan itu sahaja, kerja-kerja pembersihan seperti sapu sampah, potong rumput dan cuci rumah juga sudah dikebas oleh mereka. Sektor pembinaan sahaja sudah dimonopoli oleh mereka.

Mereka mengambil risiko untuk membuka kedai tanpa premis tetap. Cukup sekadar membentang tikar atau kotak terpakai. Ikan yang sudah rosak dikitar semula untuk dijadikan bahan membuat kuah laksa. Sayur-sayuran pula dikutip dari tempat pembuangan sampah. Sayur yang masih kelihatan elok akan dibersihkan untuk dijual. Mereka berniaga meski pun di tempat yang dilarang oleh kerajaan.

 

Beza warga asing dengan anak tempatan

Warga asing ini tidak menjadikan halangan berbahasa untuk mencari wang. Mereka berniaga tanpa bahasa Melayu yang fasih. Tanpa rasa malu, mereka akan bertutur sebaik mungkin sehingga orang Malaysia pula yang terikut-ikut dengan loghat lidah mereka. Bandingkan sikap mereka dengan anak-anak muda yang banyak merungut dengan situasi semasa di Malaysia, amat jauh bezanya.

Anak-anak tempatan masih sibuk dengan soal mahu kerja kerajaan, mahu gaji tinggi, kereta besar, rumah besar, citarasa tinggi dan macam-macam lagi. Warga asing yang datang ke Malaysia masih boleh hidup tanpa semua itu. Sudah pasti kita tidak menyokong sikap warga asing tersebut tetapi dengan mengambil kira dari sudut kelangsungan hidup, mereka jauh lebih baik lagi.

Jadi anda yang bijak harus membuat pilihan, hendak kerja susah seperti warga asing tersebut, atau mahu buat kerja yang perlukan sedikit komitmen dengan hasil yang lumayan. Jika warga asing gunakan kudrat tulang 4 kerat untuk hasil 3 kali ganda, anda pula gunakan otak bergeliga untuk hasil sehingga 4 kali ganda. Belajarlah berniaga di internet menerusi video bisnes Shopee.

9 thoughts on “Kerja 3 Kali Sehari Pakai RM500 Sebulan”

  1. Boleh je buat sebenarnya tapi rakyat Malaysia ni terutama saya (kikiki) sibuk nak ikut orang berbelanja… Tak sedar diri tu sengkek… Bagus story ni bagi kesedaran sikit…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.