Hartanah

Kerja Sebab Nak Bayar Kereta

Kerja sebab nak bayar kereta

Hajat di hati nak pergi kerja dengan kereta, akhirnya pergi kerja sebab nak bayar kereta. Tiada salahnya untuk membeli kereta, yang silapnya bayaran ansuran bulanan tidak padan dengan gaji. 1/3 gaji dihabiskan untuk menjelaskan hutang kereta. Jika ditambah dengan belanja minyak petrol, kos selenggara, insurans dan cukai jalan. Itu belum masuk kos nak tukar cat dan sport rim lagi.

Lebih menyedihkan lagi gaji yang tidak seberapa dibazirkan untuk membeli kereta baru berjenama luar negara. Alasan yang diberi kereta tempatan atau kereta terpakai tidak berkualiti atau lebih tepat lagi mahu membuat orang lain berasa kagum. Tanpa disedari, wang gaji sukar disimpan kerana setiap kali gaji bertambah, ada sahaja yang mahu diubah pada kereta kesayangan.

 

kerja-sebab-nak-bayar-kereta
Bagaimana anda membayar ansuran kereta? Guna wang gaji atau wang dari sumber lain?

 

Tepuk dada tanyalah bajet

Individu kaya yang memiliki kereta mewah ini telah bersabar dalam jangka masa yang lama sebelum membuat keputusan untuk menghadiahkan diri mereka dengan kereta tersebut. Mereka ada bisnes yang membantu mereka membayar kereta mewah setiap bulan.

Namun begitu ada yang memilih untuk memiliki kereta biasa sahaja. Mereka laburkan wang di tempat lain untuk mengembangkan kekayaan. Ya, mereka membeli kereta mewah sebagai aset yang membawa mereka berjumpa dengan pelanggan dan membina jaringan usahawan dengan individu lain.

 

Beli kereta orang lain bayar

Orang yang bijak akan menggunakan wang orang lain untuk membayar bagi mereka. Salah satunya ialah dengan menggunakan hartanah sebagai mesin wang anda. Beli hartanah yang berpotensi di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Kemudian sewakan ia sehingga boleh menampung bayaran ansuran bulanan dari bank dan mendapatkan aliran tunai yang positif daripadanya.

Sebagai contoh, anda beli sebuah apartment berharga RM178,000. Lebih baik lagi jika anda boleh dapat harga di bawah pasaran. Bayaran bulanan untuk tempoh 30 tahun ialah RM800 sebulan. Sewakan dengan kadar RM1,200. Lebih baik lagi jika anda boleh tambahkan perabot untuk menaikkan lagi harga sewa hingga ke RM1,500 sebulan.

Dengan lebihan RM400 ke RM700 sebulan boleh digunakan untuk membiayai deposit dan ansuran bulanan kereta. Namun begitu jumlah tersebut mungkin tidak cukup untuk membiayai kereta yang berharga RM100,000 ke atas. Tidak mengapa, anda boleh gunakan ia untuk membeli hartanah yang seterusnya.

Ulang langkah sebelum ini dan uruskan keuntungan anda sehinggalah anda mampu memiliki seberapa banyak mesin wang yang boleh membayar kereta anda setiap bulan. Jika tak mahu bayar untuk kereta, boleh gunakan wang tersebut untuk belanja sekolah anak-anak.

 

Jika tiada info untuk dapatkan deposit kereta atau rumah, rujuk panduan kumpul deposit kewangan dengan segera.

15 thoughts on “Kerja Sebab Nak Bayar Kereta”

  1. oh sedih sekali apabila pergi keja hanya untuk membayar kereta.
    Tidak dinafikan keretapun sudah menjadi satu keperluan disebabkan kebanyakan tempat khususnya luar bandar saya boleh katakan sistem pengankutan awam sangat terusk, malah ada yang hampir takde.
    Tak percaya anda lihat sahaja jika di kawasan itu ramai anak – anak yang masih bersekolah sudah menungang motorsikal anda boleh tahu apa maksudnya. sama ada kurangnya pengankutan awam atau mahalnya tambang . penjaga yang tidak peka lebih memikirkan dari bayar tambang lebih baik isi minyak motor ,nilai tambang pasti dapat dijimatkan sehingga 50%.

    Berbalik pada kereta , saya rasa golongan muda rakyat malaysia perlu fikir dari segi keperluan.perlu menahan nafsu untuk membeli kereta anda fikir berprestasi tinggi atau cantik. Sementara belum bergitu kukuh beli sahaja yang selesa tidak banyak masalah dan murah bayaran bulanan.

    Ingat kereta itu sebenarnya perlu berkhidmat untuk kita mendapatkan wang bukan kita pula yang sentiasa mengeluarkan wang.

    Dari saya selagi kereta itu belum habis bayar , ia sebenarnya bukan lagi milik anda secara mutlaknya…
    onlajer recently posted…Jenama terbaik perisa minumanMy Profile

    1. Setuju, cari kereta yang asas, bukan yang ada rupa canggih sampai menjejaskan belanja bulanan, cukup sekadar untuk lindugi anak dari hujan dan panas.

      Satu lagi pilihan ialah kereta terpakai, boleh jimat banyak belanja jika dapat kereta yang elok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.