Kehidupan

Kerjaya Lepasan SPM Yang Popular

Kerjaya lepasan SPM yang popular

Selepas keputusan SPM diumumkan, pasti ada wajah-wajah gembira dengan keputusan masing-masing. Yang gagal pun apa kurangnya. Kesedihan dan kemuraman sudah tertera pada riak wajahnya. Pilihan kerjaya lepasan SPMyang popular agak kabur bagi mereka yang tidak mendapat pendedahan yang jelas. Oleh itu saya cuba membantu calon-calon lepasan SPM ini dengan membuat senarai ringkas dalam artikel ini.

 

kerjaya-lepasan-spm-yang-popular
Lepas habis SPM, nak kerja atau sambung belajar?

 

1. Kerja sementara menunggu keputusan panggilan universiti. Carilah apa-apa kerja yang halal dan mendatangkan hasil yang baik untuk diri anda. Simpan wang yang diperolehi dari kerja tersebut untuk belanja yuran sekiranya anda dipanggil melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Paling tidak pun boleh jadikan belanja dapur untuk ibu dan bapa di kampung.

2. Meluangkan masa ke karnival kerjaya. Cari seberapa banyak maklumat tentang kerjaya yang anda minat. Baca surat khabar yang mempunyai seksyen khas mengenai kerjaya. Dapatkan maklumat di mana karnival kerjaya akan berlangsung. Di situ anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan banyak peluang pekerjaan dan cara-cara untuk memohon jawatan tersebut.

3. Mendaftar di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Menerusi portal ini, anda akan dapat melihat pelbagai jawatan dengan pelbagai peringkat kelulusan ditawarkan kepada anda. Rujuk portal SPAย untuk melihat maklumat lanjut tentang peluang kerjaya tersebut.

4. Memohon kursus Latihan Separa Perubatan. Terdapat 3 kursus peringkat sijil dan 10 kursus peringkat diploma yang ditawarkan di bawah bidang Separa Perubatan. Biasiswa sepanjang kursus ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

5. Menceburi bidang perniagaan sebagai usahawan. Perkara ini amat jarang dilakukan oleh kebanyakan calon-calon lepasan SPM. Dalam usia yang dikatakan amat hijau ini ramai yang memilih untuk menyambung pelajaran atau bekerja makan gaji dengan orang lain. Tidak menjadi satu kesalahan sama ada hendak bekerja dahulu kemudian menjadi usahawan atau terus membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang usahawan. Lihat kembali kelebihan dan peluang yang ada dalam diri anda sebelum membuat keputusan.

Sebelum anda membuat keputusan untuk memilih mana-mana poin di atas, kenalpasti apakah pilihan yang anda boleh buat berdasarkan peluang yang ada dengan kekuatan yang ada dalam diri anda. Banyak faktor yang perlu anda pertimbangkan seperti ekonomi, masa dan keluarga itu sendiri. Berbincanglah dengan ibu bapa anda supaya anda benar-benar dapat membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan anda.

27 thoughts on “Kerjaya Lepasan SPM Yang Popular”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.