Facebook

Kerugian Bisnes Di Facebook

Kerugian bisnes di Facebook

Saya ada Group perniagaan di Facebook sejak tahun 2008 lagi. Fokus untuk sebuah Niche perniagaan yang berkaitan dengan kerjaya awam. Bisnes saya ditumpukan pada 4999 orang ahli. Kenapa 4999 orang ahli saja, walhal boleh letak lebih dari itu? Sebab Group saya menggunakan format lama, tak seperti Group Facebook yang anda lihat hari ini. Boleh hantar mesej ke Inbox 4999 orang dengan satu klik sahaja. Lebih 5000 orang, Option mesej tak akan terpapar. Group sekarang tiada Option ini.

 

kerugian-bisnes-di-facebook
Mempelajari ilmu pemasaran yang betul boleh mengelakkan kerugian.

 

Setiap bulan saya akan cuba optimakan untuk dapatkan sekurang-kurangnya RM300 ke RM500. Boleh dikatakan tuntas setiap bulan. Pada tahun 2010, Facebook telah menaiktaraf sistem laman sosialnya kepada format baru. Banyak Option yang ditambah dan ada beberapa perubahan yang tak disenangi oleh penggunanya.

Namun kita harus faham, platform yang digunapakai adalah percuma. Barang percuma tertakluk kepada penyedia laman sosial ini. Mahu atau tidak, kena patuh pada syarat dan terma. Masuk tempat orang, bawa otak bukan pisau.

 

Facebook sentiasa ubah polisi

Setelah proses menaiktaraf selesai, saya hilang 4970 orang dalam lubuk emas yang saya bina selama 2 tahun. Yang tinggal hanyalah beberapa orang sahaja. Sayang betul. Nak saman Facebook? Saya bukan ada saham dengan Mark Zuckerberg! Kita masuk mendaftar di Facebook sebagai tetamu.

Kena akur dengan keputusan tuan rumah. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk mempelajari semula kaedah pemasaran emel. Kalau Facebook ditutup pun tak mengapa, saya sudah ada senarai pelanggan.

 

Cara mudah berniaga di Facebook

Kini ada banyak kemudahan untuk menjual di Facebook. Salah satu cara yang berkesan ialah dengan menggunakan Facebook Page. Dengan Facebook Page, anda boleh mengumpul senarai pelanggan dan sekaligus membuat jualan dengan pantas. Jika anda tak mahu rugi dengan lebih banyak, saya cadangkan anda terus belajar cara menjual di Facebook Page dengan berkesan sekarang juga.

18 thoughts on “Kerugian Bisnes Di Facebook”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.