Kita yang cipta magis itu…
Farhan mengeluh. Dilihat rantai jentera R1 miliknya mulai kendur. Pomen motor kata kena tempah dulu. Harga masuk upah pasang dekat RM500. Dengar harganya pun semangatnya sama-sama kendur macam rantai motornya…
Gaji sebulan RM5,000. Tolak KWSP tinggal RM4,000 lebih, itu pun lepas tolak pinjaman R1. Belum masuk pembiayaan peribadi lagi. Isi minyak motor pula guna kad kredit. Sewa rumah pula di kondominium yang ada beranda. Senang nak cari ilham katanya.
Tak nak duduk rumah kos rendah, sebab susah nak letak Myvi SEnya. Takut calar. Astro ambil pakej paling mahal. Unifi pun ambil pakej 300mbps, sebab tak nak sangkut tengok Youtube. Selalu terlepas rancangan Akasia.

Tak beli rumah sebab susah nak simpan duit
Rumah tak beli lagi, sebab susah nak menyimpan. Asal makan je fast food belaka. Reward diri katanya. Penat kerja nak manjakan diri. Pakaian nak yang branded memanjang. Bundle tak mainlah. Semua nak original.
Sambil tunggu pomen siapkan motornya, dia lepak di kedai mamak. Ternampak kelibat seorang ejen hartanah sedang berbincang dengan pemilik rumah. Nampak macam kenal. Setelah selesai isi borang, ejen itu berlalu menuju ke motorsikalnya.
Fahmi!
Dulu dia naik R25, sekarang setakat Y115 je. Nampak tak puas hati, Farhan pun memanggil Fahmi. Best friend la kan, takkan tak tegur.
“Wah dah jadi ejen hartanah sekarang, mesti juta-juta duit kau”
“Baru 0.005 juta bro haha”
“Mana motor kau, sekarang naik kapcai je”
“Aku jual, buat modal”
“Modal?”
“Ye, aku besarkan bisnes. Beli kereta untuk delivery. Buat servis, hantar barang client”
Harga rumah makin mahal, siapa nak beli?
“Kau jadi ejen ni, boleh jalan ke? Harga rumah sekarang mahal la, siapa nak beli?”
“Aku buat part time, ada peluang aku sambar. Ada je orang beli rumah, cuma bukan hari-hari. Separuh duit komisen aku simpan untuk anak-anak”
Farhan terdiam. Dia kenal dengan Fahmi. Masa belajar, Fahmi duduk depan komputer buat affiliate, buat duit kahwin, deposit rumah. Dia main Command & Conquer, kadang-kadang Counter Strike.
“Blog kau jalan lagi ke?”
“Jalan macam biasa, ada peluang ada la komisen orang beli ebook panduan bisnes Lazada. Kalau tak ada, kumpul pahala aje la”
Fahmi minta izin untuk beredar. Farhan bagi soalan terakhir sebelum berpisah.
“Kau rasa boleh ke aku berjaya macam kau?”
“Benda ni, kau kena decide sendiri yang kau nak berjaya macam mana. Berapa harga yang kau sanggup bayar. Aku berhenti kerja, tak ada cuti macam kerja pejabat dulu. Kena reject tu biasa. Income kerja sendiri ni ada naik turun, bukan macam kerja makan gaji. Kau sendiri tentukan magis macam mana kau nak”.
“Kalau kau nak pakai Mustang, usaha kau pun kena macam Mustang juga. Tak boleh usaha setakat BMX saja, tapi impian setinggi BMW”.
“Jangan terus berhenti kerja sebab nak kerja sendiri, siapa nak bayar R1 kau nanti” Fahmi bagi pukulan terakhir sebelum menyarung helmet SGVnya.
Farhan terdiam, dia mula memandang dompetnya yang semakin kurus lepas tukar rantai R1. Malam ni makan mee segera la jawabnya…