Komisyen kedua dari Uber
Buat kali yang kedua, Uber mengirimkan komisyen referral kepada saya. Komisyen kedua dari Uber ini mengambil kira selepas 30 kali Uber Partner memandu bersama Uber. RM300 sebagai pendapatan tambahan ini saya kira amat tinggi. Takkan tiba-tiba sahaja orang nak beri RM300 tanpa buat apa-apa kerja.

Kaedah promosi Uber Partner
Bagi mereka yang sudah berdaftar dengan Uber, mereka akan dibekalkan dengan aplikasi UberDOST. Dari sini terdapat fungsi untuk menghantar SMS dan emel kepada rakan-rakan yang berminat untuk memandu bersama Uber. Bagi setiap jemputan yang berjaya, anda berpotensi untuk mendapat RM100 hingga RM300.
Anda akan diberikan laman promosi seperti di laman Pendaftaran Uber Partner. Pihak Uber tidak mengenakan bayaran bagi setiap individu yang berminat untuk memandu bersama Uber. Saya turut menggunakan medium blog untuk bercerita tentang Uber. Boleh dikatakan ramai pengunjung yang membaca artikel tentang Uber setiap hari.
Promosi Uber dengan Google Adwords
Untuk menarik lebih banyak orang menyertai Uber, saya turut belajar menggunakan pemasaran Google Adwords kerana saya mendapati kos pengiklanan Adwords jauh lebih rendah dari kos Facebook Ads. Walau bagaimana pun, eksperimen yang saya buat masih belum menunjukkan hasil yang pasti.
Saya merancang untuk mendapatkan 5 orang prospek sehari. Sebulan boleh dapat 150 orang. Jika saya adapat 15 orang yang mengaktifkan akaun dan menyelesaikan 30 kali perjalanan yang ditetapkan oleh Uber, maka saya akan mendapat komisyen RM4,500 sebulan. Jika dapat 5 orang sahaja pun, saya masih ada komisyen RM1,500.
Itu semua hanyalah rancangan sahaja. Ia masih belum dapat dibuktikan kerana saya perlu pastikan kesemua pemandu yang berdaftar dapat menyelesaikan perjalanan mereka dengan Uber. Iklan yang dibuat belum tentu akan mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Mungkin ada banyak klik, tetapi jumlah mereka yang mendaftar itu jauh lebih sedikit.
Jika saya berjaya mendapatkan kos pengiklanan yang lebih rendah dengan, bolehlah saya hasilkan satu lagi artikel khas pemasaran Uber menggunakan Google Adwords.
Seronok jugak ya kalau dapat income dari uber macam ni. RM300 dah kira banyak tu.Bolehlah tampung mana yang patut. 🙂
Kalau boleh dapat lebih RM300, boleh buat bayar rumah atau kereta 🙂
Alhamdulillah syukur, banyak tu untuk amaun RM300 tanpa memandu..semoga terus berjaya dengan UBER
Noriza Rahman recently posted…Keunikan Anggur Muscadine dan Manfaatnya
Terima kasih, insyaallah ada komisyen yang ketiga dari Uber.
wow terbaik! kipidap!!!
Terima kasih bro 🙂
wah berbaloi2 dengan Uber ya. Saya ni pula mmg pengguna Uber setia.
Saya rekrut Uber Driver, tapi tak pernah bawa penumpang Uber 🙂