Komisyen keempat dari Uber
Awal bulan November disambut dengan berita gembira dari Uber. Komisyen keempat dari Uber akan mula dibayar pada hari Rabu. Sambutan promosi buat duit dengan Uber diterima baik oleh mereka yang mendaftar dengan saya. Mereka memilih untuk jadi Uber Partner dan mencari pendapatan tambahan dengan memandu di sekitar Lembah Kelang.
Ada Uber Partner yang mengambil masa seminggu untuk menamatkan 30 perjalanan. Ada yang memandu 10 kali sahaja dan ada yang sekadar memandu untuk mencuba. Begitulah cabaran yang saya tempuhi untuk buat duit dengan UberDOST. Saya tak memandu dengan Uber, tapi saya mempromosikan Uber kepada sesiapa yang berminat untuk jadi Uber Partner.

Uber Partner atau Uber Driver?
Biasanya orang ramai akan panggil Uber Driver, tetapi nama rasminya ialah Uber Partner. Mereka yang memandu dengan Uber bukanlah pemandu teksi, tetapi pemandu peribadi anda. Anda yang pernah menaiki teksi dan menaiki kereta Uber Partner boleh membuat perbandingan dari segi bayaran, keselesaan dan komunikasi di antara kedua-duanya.
Prestasi iklan Uber dengan Google Adwords
Kos iklan yang saya keluarkan untuk Google Adwords sudah mulai menurun. Kos per klik menjadi semakin rendah tetapi kadar orang yang mendaftar dengan Uber berkurangan, mungkin kerana faktor cuti Deepavali yang membuatkan ramai orang balik ke kampung. Jadi saya pun menghantar mesej kepada mereka yang sudah mengaktifkan akaun dengan Uber.
Ada yang memberikan respon untuk mula memandu di awal bulan November. Ada juga yang sekadar membaca mesej tanpa membalas apa-apa. Bagi yang membalas, saya ajarkan mereka tips untuk sama-sama rekrut orang lain jadi Uber Partner. Itulah di antara cabaran yang saya hadapi untuk mengajak orang buat duit dengan Uber.
Walau bagaimana pun, saya tidak boleh berputus asa. Saya bercadang untuk menaikkan bajet Google Adwords dari RM5 sehari kepada RM6. Bila bajet mencapai RM150, Google ada kata nak bagi kupon RM150 sebagai hadiah. Jadi saya teruskan dahulu iklan tersebut. Mungkin nak kena tayang iklan sampai 6 ke 7 kali baru orang berminat nak daftar dengan Uber.
Uber kini di Melaka
Marilah buat duit dengan Uber. Anda boleh pilih untuk memandu di Kuala Lumpur, Selangor, Ipoh, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Terkini Uber telah meluaskan perkhidmatan mereka di Melaka. Bolehlah orang Melaka buat duit dengan Uber sambil pusing-pusing di Bandaraya Bersejarah. Daftarlah sekarang juga di sini :
[+] https://get.uber.com/drive/?invite_code=m6wmnf62ue
Hari-hari iklan uber ni masuk dalam email saya. Masyarakat sekarang pun dah suka menggunakan perkhidmatan UBER ni kan
Noriza Rahman recently posted…Bagaimana Cara untuk Kurangkan Visceral Fat
Tahniah bro ikhwan, member pejabat pun ada daftar sebagai pemandu uber.. mencari duit sampingan
ema recently posted…Stress Mak Tengok Kepala Anak Ada Kutu
Uber & Grab Car sgt memudahkan pelanggan berbanding perkhidamatan teksi.. (ini pengalaman sebenar saya). Maaf terpaksa compare,tapi ia realiti. 🙂
Azlan recently posted…Rekod Jualan Alibaba USD17.8 Bil Dalam Tempoh 24 Jam