Komisyen keenam dari Uber
Sebelum November melabuhkan tirai, saya mendapat makluman seorang Uber Partner dari Johor Bahru telah menyelesaikan 39 perjalanan dengan Uber. Komisyen keenam dari Uber yang berjumlah RM200 telah diberikan kepada saya. Ia berbeza dengan kadar komisyen di Lembah Kelang yang jauh lebih tinggi.
Wanita boleh memandu dengan Uber
Setiap pengguna yang mendaftar menerusi link saya akan masuk ke data Uber. Nombor telefon mereka akan dipaparkan di bahagian Not Activated Yet, Take First Trip dan Complete Remaining Trips. Dari situ saya boleh lihat siapakah yang masih belum mengaktifkan akaun, siapa yang belum mula memandu dan siapa yang sudah menyelesaikan perjalanan.

Saya ada menghantar mesej WhatApps kepada seorang wanita yang mendaftar Uber. Saya bertanya adakah beliau sudah mula memandu atau tidak. Beliau membalas mesej mungkin bukan beliau, tetapi suaminya yang akan memandu. Selang beberapa hari kemudian, saya mendapat emel bahawa akaun beliau sudah aktif dan memulakan perjalanan dengan Uber.
Bukan mudah nak dapat komisyen
Nampak mudah nak buat duit dengan Uber. Daftar dan promosikan link kepada orang, hantar mesej peringatan, kemudian tunggu Uber Driver selesaikan 49 perjalanan barulah komisyen diberi. Sebelum ini saya promosikan Uber menerusi blog dan Facebook. Namun pergerakan iklan dari situ amat perlahan.
Akhirnya saya memilih Google Adwords untuk mempercepatkan penyampaian iklan. Lagi pun teknik iklan berbayar dengan Google ini amat berkesan dan menjimatkan masa saya. Saya sudah mula menaikkan bajet sebanyak RM15 sehari. Mudah-mudahan sebelum November tamat, saya dapat mencari lebih ramai orang yang mahu memandu dengan Uber.
Marilah memandu dengan Uber. Usah biarkan kereta yang anda miliki menjadi liabiliti. Tukarkan ia menjadi aset yang boleh menjana wang untuk anda. Sekurang-kurangnya boleh guna untuk bayar ansuran bulanan dan menyumbangkan wang belanja harian untuk anda. Buat secara sampingan di hari Sabtu dan Ahad pun boleh.
Terus daftar dan aktifkan akaun Uber di sini :
[+] https://get.uber.com/drive/?invite_code=m6wmnf62ue
Bestnye dapat komisen macam ni..macam mana nak dapatkan link referral ye tuan?
Terasa ingin mencuba menjadi uber lah. Baca blog ini baru terbuka sedikit hati. Salam kenal saudara
Encik Spider recently posted…Malaysia To Boycott AFF Suzuki Cup 2016
wanita pun boleh, bagi wanita elok juga ada option camni
raihanah recently posted…Tiada Kesan Walaupun Berbulan-bulan Ambil Shaklee
Tahniah, komisen ini pun sama juga macam gaji kita tengok usaha dan daya kita juga lah baru ada hasil.
Khairul Zamri recently posted…Cara Buat Iklan Facebook Yang Efektif
selamat ya … semoga terus sukses dengan komisi dari uber
Ahmad recently posted…Jasa Karikatur Murah
kalau boleh tahu , bagaimana cara daftar dari memandu uber ini tuan ???????
Mmg menarik dapat tambah pendapatan melalui Uber…duit yg dapat boleh guna untuk beli barang-barang yg penting…
Asraff recently posted…Minyak Petrol Percuma Untuk 250 Penunggang Motosikal di Tambun
Memang makin ramai dah join UBER ni. Bukan setakat income biasa-biasa sahaja. Siapa rajin boleh dapat lebih banyak dari income UBER ni.
Noriza Rahman recently posted…Bapa Anak 2 Bebas dari Penyakit Penapis Buah Pinggang Bocor tanpa Melakukan Ujian Biopsi