Uber

Komisyen Kelapan Dari Uber

Komisyen kelapan dari Uber

Pada awal bulan Disember, saya dan isteri berulang alik ke bank untuk menandatangan perjanjian jual beli kereta Isuzu D-Max. Selesai sahaja urusan di bank, kami ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk urusan tukar nama. Selepas itu kami kembali ke kedai kereta terpakai untuk membawa pulang kereta sambil menunggu komisyen kelapan dari Uber.

Adat membeli kereta terpakai, jaminan tidak sama dengan kereta baru. Lepas beberapa hari memandu, penyaman udara mulai berasa panas. Tak lama kemudian, enjin kereta tak dapat dihidupkan kerana bateri sudah rosak. Mujur ada kawan yang boleh bantu jumpstart kereta untuk hidupkan enjin. Saya mula menghubungi penjual kereta berkenaan untuk minta jaminan.

 

Bateri kereta rosak

Bila tiba di kedai kereta, beliau mengajak kami untuk menukar bateri baru di kedai aksesori. Mekanik memberitahu alternator yang bermasalah. Untuk tukar baru, perlu sediakan kos sekitar RM1,000. Jadi kami pilih alternator yang sudah diselenggara semula yang bernilai RM800. Kami bayar RM300 sahaja kerana sebahagiannya ditanggung oleh kedai kereta.

Sementara menunggu kereta siap diselenggara, kami ke Shah Alam untuk menguruskan homestay. Bersihkan rumah untuk menerima kemasukan penyewa baru. Alhamdulillah sebahagian dari wang homestay kami gunakan untuk membayar kos alternator tersebut. Naik kereta dengan ibu dan bapa mertua, semasa kami mengemas rumah, mereka melayan cucu.

 

Suhu enjin naik mendadak

Selesai sahaja urusan homestay, kami kembali ke Bangi untuk menguruskan servis dobi. Balik dari kedai dobi hajatnya mahu ke rumah ibu di kampung, tapi tergendala kerana tiba-tiba sahaja suhu enjin kereta menjadi panas dengan mengejut. Kami berhenti di tepi jalan untuk memeriksa enjin. Rupa-rupanya kipas radiator tak berfungsi kerana belt sudah putus.

Sekali lagi kami diuji, cuma kali ini di waktu malam. Telefon pihak insurans kereta untuk membawa kereta kami ke bengkel kawan di Mutiara Height. Dari Putrajaya terus ke Kajang tanpa sebarang bayaran kerana kos ditanggung oleh pihak yang menyediakan insurans. Selesai letak kereta, kami balik semula ke Semenyih dijemput oleh keluarga mertua.

Esok paginya kami ke bengkel kereta semula untuk menukar belt dalam enjin. Kos tidak banyak, hanya dalam RM94 untuk 3 belt. Jika dibandingkan dengan kerosakan kereta dahulu, banyak wang yang sudah dibelanjakan. Boleh mencecah RM1,000. Tak mengapalah, mampu pakai kereta mestilah mampu untuk menjaganya.

 

Perkara yang perlu disyukuri

Pertama kali semasa kereta kami rosak , kami sudah sampai di rumah. Anak-anak masih boleh main dalam rumah sementara kereta dibaiki. Orang lain kereta rosak di pertengahan jalan, belum sampai di rumah. Kali kedua kereta rosak, kami berhenti di tepi jalan pada waktu malam. Orang lain kereta rosak di waktu cuaca panas terik.

Ada banyak perkara yang nak ditambah pada kereta kedua ini. Di antaranya ialah filem dengan perlindungan UV, kanvas belakang dan pelekat kenderaan. Namun buat masa ini kami fokus untuk pasang filem, kalau tak kasihan anak-anak kepanasan dalam kereta. Dengan komisyen dari Uber, saya percaya perkara yang tertangguh ini boleh dilancarkan.

 

Komisyen Uber sebagai belanja

Saya gunakan komisyen dari Uber untuk pusingan perbelanjaan jika terdesak. Bayar belanja makan, sewa rumah, bil elektrik dan lain-lain. Tak rugi saya belanjakan iklan Google Adwords untuk menambah bilangan pemandu Uber setiap hari. Dengan kos RM30 sehari, saya boleh mendapatkan 5 ke 15 orang pemandu Uber. Bulan ini dapat RM800, hasil usaha bulan lepas.

 

Komisyen-kelapan-dari-Uber
3 pemandu Uber berjaya menamatkan perjalanan bersama Uber.

 

 

Sertai Uber dengan saya, dapat komisyen boleh buat belanja :
[+] https://get.uber.com/drive/?invite_code=m6wmnf62ue

3 thoughts on “Komisyen Kelapan Dari Uber”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.