Uber

Komisyen Kelima Dari Uber

Komisyen kelima dari Uber

Di pertengahan bulan November ini, saya menerima berita gembira kerana peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 akan diadakan. Sudah tiba masanya untuk syarikat kami mengemaskini ebook PTD M41 yang bakal diedarkan kepada calon-calon peperiksaan PTD M41 yang terlibat. Dalam masa yang sama, komisyen kelima dari Uber juga sudah diterima.

Kami mula menyiapkan nota dan soalan yang disertakan dengan jawapan untuk rujukan bakal-bakal pembeli ebook PTD M41. Ini adalah model bisnes kami, bergiat aktif untuk menghasilkan rujukan peperiksaan untuk bakal-bakal pegawai kerajaan. Bezanya kami hasilkan rujukan dalam fail PDF dan bukannya seperti buku fizikal di kedai.

 

Calon-calon peperiksaan PTD tidak amanah

Ada sebahagian daripada pembeli ebook PTD M41 mengedarkan secara percuma kepada rakan-rakan mereka. Kemudian aktiviti ini mula menjalar kepada calon-calon peperiksaan PTD yang lain. Ebook kami dikongsikan tanpa izin kepada calon-calon yang lain. Aktiviti ini berjalan dengan pantas menerusi WhatApps dan Telegram.

Agen-agen kami turut membantu kami memberi amaran kepada calon-calon yang berbuat demikian. Namun kami juga tidak mampu untuk mengejar keseluruhan calon-calon peperiksaan PTD yang tidak amanah itu. Ada yang buat kumpulan WhatApps dan Telegram untuk meniru semasa peperiksaan, tak kurang juga yang nak sebarkan ebook PTD M41 yang kami tulis.

Kalau sebelum dilantik menjadi PTD M41 pun tidak amanah, bagaimana pula bila sudah jadi PTD M41? Lihat sahaja kes-kes rasuah yang melibatkan pegawai kerajaan yang tersiar di media hari ini. Sebahagian besar dari mereka memiliki kekayaan yang melimpah ruah akibat tidak amanah semasa bertugas dengan kerajaan.

Calon-calon peperiksaan PTD M41 ada 63,000 orang. Mudah-mudahan mereka yang lulus dan berjaya dalam temuduga adalah calon-calon PTD yang amanah dan berwibawa. Biarlah mereka yang menjadi pemimpin-pemimpin negara. Calon-calon yang korup dan pecah amanah itu mudah-mudahan mereka bertaubat dan tak mengulangi kesalahan mereka.

 

komisyen-kelima-dari-uber
2 pemandu Uber yang berjaya menamatkan 49 kali perjalanan.

 

Komisyen kelima dari Uber

Jumlah pendaftaran Uber Partner yang dahulunya sedikit kini sudah mencecah lebih 100 orang. Mereka ini bukanlah pemandu yang aktif. Mereka perlu dihubungi secara telefon atau menghantar mesej untuk diingatkan untuk mengaktifkan akaun Uber. Apa yang saya buat ialah salin semula nombor-nombor telefon mereka dan mula menghantar mesej.

Banyak mesej yang saya hantar. Mula-mula perkenalkan diri, kemudian beritahu dari mana saya dapat nombor telefon mereka. Seterusnya saya akan bantu mereka bagaimana untuk mengaktifkan akaun. Bagi yang membalas mesej, saya akan memberi panduan video berkaitan dengan Uber. Bagi yang senyap, saya biarkan dahulu dan akan dihubungi di lain waktu.

Selepas menerima komisyen dari jualan ebook PTD M41, saya bercadang untuk menaikkan bajet Google Adwords dari RM10 kepada RM30 sehari. Dahulu saya belanjakan RM200 boleh dapat komisyen Uber hampir RM2,000. Jika saya belanjakan RM900 mungkin boleh dapat lebih lagi. Mana tahu boleh dapat RM20,000 atau lebih.

Jika target tercapai, banyak perkara yang saya boleh buat dengan komisyen RM20,000. Contoh paling mudah ialah membayar semula wang pinjaman pelajaran, selesaikan ansuran bulanan rumah, buat deposit untuk membeli rumah kedua dan membeli kereta baru. Paling penting, boleh guna untuk belanja keluarga termasuklah bagi belanja ibu dan ayah di kampung.

Jika anda berminat untuk buat duit dengan Uber, anda boleh jadi Uber Partner. Anda buat duit dengan membawa penumpang Uber dan anda juga boleh menjemput orang lain untuk memandu bersama Uber. Daftar sekarang di sini untuk mula buat duit dengan Uber :
[+] https://get.uber.com/drive/?invite_code=m6wmnf62ue

5 thoughts on “Komisyen Kelima Dari Uber”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.