Komisyen kesembilan dari Uber
Bulan Disember ini banyak belanja yang menanti. Kereta mahu pasang filem dan kanvas. Anak sulung bakal bersekolah tahun depan. Komisyen kesembilan dari Uber boleh saya gunakan untuk membayar yuran sekolah beliau. Wang yang lain mahu disimpan untuk kegunaan di masa akan datang. Bila sudah simpan pasti akan keluar semula.

Kejutan dari Uber
Baru-baru ini Uber telah menghantar notis peringatan berkaitan iklan Google Adwords yang saya jalankan. Pihak Uber memberi amaran untuk saya mengeluarkan jenama Uber dari iklan tersebut. Ia dikatakan melanggar peraturan iklan yang telah ditetapkan oleh Uber. Akaun Uber saya boleh dikenakan tindakan sekiranya gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan.

Isu yang dipersoalkan ialah saya telah membida jenama Uber dalam Google Adwords. Pihak Uber memberi masa saya selama 5 hari untuk mengeluarkan jenama Uber dari iklan tersebut. Oleh itu saya meningkatkan bajet iklan dari RM50 kepada RM500 sehari sebelum tarikh tersebut. walau bagaimana pun hanya bajet RM150 sahaja yang berjaya dihabiskan.

Tukar target kepada pesaing
Sekian lama berfikir, saya mendapat idea untuk menukar sasaran. Selain Uber, ada satu lagi syarikat yang menjalankan bisnes ride sharing di Malaysia, iaitu GrabCar. Saya mula menukar kata kunci yang diletakkan dalam Google Adwords. Ia tidak mendapat carian setinggi Uber, tetapi masih berpotensi untuk mendapatkan sasaran.
Jika dahulu Adwords untuk Uber saya mendapat kedudukan 1.7 hingga 1.9, Adwords untuk GrabCar mendapat 2.7 hingga 2.9. Barang kali saya perlu menambahkan saluran pengiklanan untuk mendapatkan lebih ramai prospek Uber Partner. Jadi saya telah pasangkan WordPress pada blog saya untuk mengumpul data.
Dalam blog tersebut akan diisikan dengan borang untuk prospek mengisi nama dan emel. Sebaik sahaja emel mereka disahkan, bersiri dengan tajuk-tajuk seperti di bawah akan mula dihantar ke emel mereka.
- Cara daftar pemandu Uber
- Bagaimana nak dapat insentif lumayan dari Uber
- Jana komisyen dengan aplikasi UberDOST
- Tips iklankan Uber di Google dan Facebook
Walau bagaimana pun, emel tersebut masih dalam peringkat penulisan. Ia akan dilancarkan pada akhir bulan Disember ini.
Pergh..pakai adword..
Anyway, say kadang2 guna uber. Seronok macam ada deiver sendiri he he. Selamat maju jaya!
Tahniahlah. Awal-awal dulu ramai yang skeptik nak jadi driver uber. Sekarang dah berebut-rebut. Yang berhenti kerja untuk fokus pada uber pun ada.
Azwan recently posted…4 Perkara Utama Yang Wajib Dielakkan Apabilan Menggunakan Fanpage Sebagai Platform Pemasaran.